KDYMM Tengku Hassanal LULUS Kursus Asas Sniper di PULPAK - Kompilasi gambar & video Majlis Penutup.

Majlis Penutup Kursus Asas Sniper Siri Khas KDYMM Pemangku Raja Pahang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Penutup Kursus Asas Sniper Siri Khas KDYMM Pemangku Raja Pahang di Lapang Sasar 600 Meter (m), Kem Terendak pada 7hb April yang lepas.
Kursus Asas Sniper ini telah dilaksanakan selama empat minggu bermula pada 15 Mac hingga 7 Apr 2021 di Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK) dimana kursus ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu kelas teori di Kem Sungai Udang, latihan menembak di Lapang Sasar 600 M di Kem Terendak serta latihan dan ujian aplikasi medan di sekitar Lendu.
Acara diteruskan dengan demonstrasi menembak senjata sniper oleh KDYMM iaitu menembak sasaran jenis Plate di pelbagai jarak, menembak belon di kedudukan 300 M dan menembak Popper Banner.
Diakhir majlis, acara pemakaian lencana Sniper dan penyampaian Sijil Kursus Asas Sniper Kepada KDYMM yang disempurnakan oleh PTD.
Info;- PORTAL BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Пікірлер: 413

  • @joejepan
    @joejepan Жыл бұрын

    Terbaikkk kawe 🦾

  • @AryanCuteWorld
    @AryanCuteWorld

    Pehhh, sniper bukan senang tu...

  • @zahrulzahrul8110
    @zahrulzahrul8110 Жыл бұрын

    askar rimba hutan sniper ni sepatutnya muka harus di tutup ☑️kerana akan bnyk musuh dlm selimut☑️

  • @seanfire7679
    @seanfire76793 жыл бұрын

    Ada satu part dalam video ni dimana TMP jalan menghala kearah PTD dan TMP berdiri tegak dan salute kepada PTD. Sedangkan TMP yang sepatutnya menerima salute dari PTD. Nampak jelas disitu bahawa TMP sangat merendah diri dan sangat menghormati pangkat dibahu dalam perkhidmatan. DAULAT TUANKU!

  • @muhamadyusof9632
    @muhamadyusof9632 Жыл бұрын

    Kem komando Sg Udang

  • @PakMatTempe434
    @PakMatTempe4343 жыл бұрын

    Nie bru btul raja...anak jantan...bkn lembik duk atas kerusi istana...

  • @piring1645
    @piring16453 жыл бұрын

    Tahniah kepada pahlawan-pahlawan negara yang lulus latihan sniper

  • @nursyafiqahsabri6676
    @nursyafiqahsabri66763 жыл бұрын

    Ini satu satunya ASET NEGARA yang berbahaya. Unit ini ujiannya sangat berat. Skill menembak penentu segalanya sama ada kau layak atau tidak, dan selepas lulus ujian, orang ini akan dipantau oleh unit unit khas. Gaji sniper kalau dia keluar daripada tentera, takpayah cakap, bersepah gengster luar negara dok offer atas kemahiran sniper ni. GengMataHelang

  • @necrobalsagoth
    @necrobalsagoth3 жыл бұрын

    Tahniah.. Kursus sniper jauh lebih perit, diuji mental fizikal pada tahap tertinggi, menyusup masuk kawasan musuh sejauh 40km tanpa bantuan kenderaan, berada dalam keadaan muka bumi yg paling tidak selesa, memerhati target selama 36jam..tak suma yg sanggup hadap

  • @erzalkaping5312
    @erzalkaping5312

    Mcm prnah nmpk dlu msa dkt pangsapuri di bawah limpas depan sy.. 🙂

  • @aminthegreat1646
    @aminthegreat16463 жыл бұрын

    A king must also be able to be a warrior. Tahniah Tunku.

  • @ermar-shad8500
    @ermar-shad8500

    Hebat..sebagai rakyat pahang..patik bangga punya bakal sultan yang berjiwa pahlawan, kental dan bersemangat waja..setara dengan gelarannya nanti penaung agama dan negara..daulat tengku mahkota..moga allah lanjutkan usia tengku mahkota pahang.amin

  • @osmanyunus566
    @osmanyunus5663 жыл бұрын

    Setiap raja muda atau tengku mahkota raja2 melayu wajib tahu menggunakan senjatapi dan bersedia utk mengetuai pasukan sekiranya berlaku perang

  • @Danial-x1q
    @Danial-x1q3 жыл бұрын

    Sapa bangga kita rakyat malaysia 🇲🇾 _

  • @wahyuafandi1287
    @wahyuafandi12873 жыл бұрын

    Salam chakra Kostrad Indonesia untuk saudaraku Malaysia jaya,Kostrad Cakra Cakra Cakra🇲🇨🇲🇾🔥

  • @pandamental6584
    @pandamental65843 жыл бұрын

    Tahniah buat tengku da la hensem pro sniper lepastu paling humble mesra rakyat

  • @kojackchannel38
    @kojackchannel383 жыл бұрын

    Tahniah ke duli yg maha mulia pemangku raja pahang tengku mahkota tengku hassanal ibrahim alam shah ibni al- sultan abdullah ria'yatuddin al- mustafa billah shah..daulat tuanku😊🙏

  • @zulhelmirosli3721
    @zulhelmirosli37213 жыл бұрын

    Bakal2 king was here...salute...daulat tuanku....selamanya hitam putih..tok gajah....

  • @miamai5834
    @miamai58343 жыл бұрын

    Tahniah tuanku.Kesayangan dan kebanggaan rakyat Pahang❤

  • @ahmadhasan5308
    @ahmadhasan53083 жыл бұрын

    Terbaik lh ggk mlysia kita..... tahniah.. Daulat Tuanku