JENDELA Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Seiring dengan pemasangan unit peranti satelit Starlink di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah, MCMC mengambil langkah proaktif dengan memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada penduduk kampung agar tidak terdedah dengan risiko dalam talian.
Program KDB melibatkan sesi pembentangan modul antaranya penggunaan Internet secara bijak, maklumat palsu, risiko terlebih kongsi (oversharing) dan penipuan kewangan bagi tujuan pendedahan penggunaan Internet yang berfaedah kepada masyarakat Orang Asli Hulu Kemensah terutamanya kanak-kanak dan belia.
MCMC terus komited untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan, tanggungjawab dan perlindungan di Internet.
#KementerianKomunikasi
#KlikDenganBijak
#KDB
#MCMC
#Starlink
Copyright SKMM/MCMC

Пікірлер