"Jangan Sucikan Diri Sendiri“

Tukar bahasa:
Menu
USAH MENGANGGAP DIRI INI SUCI
Allah berfirman:
فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى
Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. [al-Najm 53:32]
Diriwayatkan Bakar bin ‘Abdullah al-Muzani berkata:
إن عرض لك إبليس بأن لك فضلا على أحد من أهل الإسلام
Seandainya iblis membisikkan kepada engkau bahawa engkau lebih mulia daripada orang Islam yang lain.
فانظر فإن كان أكبر منك
Perhatikanlah! Jika orang itu lebih tua daripada engkau,
فقل قد سبقني هذا بالايمان والعمل الصالح
katakanlah: Sesungguhnya dia telah mendahului aku dalam keimanan dan amal soleh.
فهو خير مني
Dia lebih baik daripada aku.
وإن كان أصغر منك
Jika dia lebih muda daripada engkau,
فقل قد سبقت هذا بالمعاصي والذنوب
katakanlah: Sesungguhnya aku telah mendahului dia dalam maksiat dan dosa-dosa.
واستوجبت العقوبة فهو خير مني
Aku layak menerima hukuman. Dia lebih baik daripada aku.
فانك لا ترى أحدا من أهل الاسلام إلا أكبر منك أو أصغر منك
Sesungguhnya engkau tidak akan melihat seorang pun umat Islam melainkan dengan melihat mereka lebih besar (keimanan dan amal soleh) daripada engkau dan lebih kecil (dosa dan maksiat) daripada engkau.
[Hilyatul Awliya’]

Пікірлер