Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO]

Музыка

Lagu ini boleh didapatkan di iTunes sekarang : smarturl.it/akumaafkankamu
Muat Turun RBT "Aku Maafkan Kamu" sekarang!!
Maxis Caller Ringtones, dial *131*238806# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones, sila dial *888*131803# dan tekan call/send
Digi Caller Tunes, Taip CT 0137083 dan hantar ke 2000
U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*321527# dan tekan call/send
WMM Facebook : / warnermusicmalaysia
WMM Twitter : / wmmalaysia
Lirik Aku Maafkan Kamu
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Пікірлер: 453

  • @MrAsasos
    @MrAsasos12 жыл бұрын

    alif=agama ba=bangsa ta=tanah air dan banyak lgi bagus lagu ne i like

  • @symmelly
    @symmelly12 жыл бұрын

    lirik english eminem tak semahal puisi melayu malique..

  • @iskandarrashid4571
    @iskandarrashid457111 жыл бұрын

    Malique is the mysterious human being

  • @lionhow
    @lionhow12 жыл бұрын

    walaupun saya berbangsa cina tapi saya suke lagu ni , i give a thumb for this song! =D

  • @sslytheriinn6645
    @sslytheriinn664512 жыл бұрын

    Malique - true warrior Tak perlu tunjuk muka pun dapat respect Salute dari Seattle, Malique

  • @yourtruly9240
    @yourtruly92409 жыл бұрын

    dari lagu alhamdulilah (too phat)- even im not muslim- smpai skg (2015) masih layan lagu2 malique ...malique n joe always the best...rhyme dan lyric yg mendalam dan bmakna,,, SALUT !

  • @daus140591
    @daus14059112 жыл бұрын

    inilah kehebatan bahasa melayu, bahasanya cukup tinggi, sangatlah mendalam maknanya..tiada tandingan..

  • @farhanfiction
    @farhanfiction12 жыл бұрын

    Maksud lagu ni kawan2, banyak individu yang bunyi je kuat tapi 'tin kosong'. hanya tahu bercakap macam pandai tapi hakikatnya katak bawah tempurung tak tahu apa. cakap apa2 melulu, hembus je tak buat research dulu. sepatutnya fikir dulu sebelum bercakap. sesuai dengan pantun 2 kerat- gaharu cengal giam, tak tahu, tak kenal, diam. (jangan melulu berbicara tanpa pengetahuan) semoga lagu ni boleh kita semua jadikan pengajaran buat kita semua. assalamualaikum :)

  • @psychokillingidea
    @psychokillingidea12 жыл бұрын

    nak tergelak bila tengok muka zizan dalam ni haha!

  • @santhiran93
    @santhiran9312 жыл бұрын

    i am a malaysian indian . this is the first time i am liking a malay song . awesome . keep it up man !

  • @rozi872
    @rozi87212 жыл бұрын

    Dari "Mentera Beradu" ke "Aku Maafkan Kamu", ternyata Malique seorang "lyricist" yang puitis dan hebat. Bait-bait ayat di dalam lagu ini tersirat seribu satu makna yg mana hanya dia (Malique) sahaja dapat tafsirkan. Syabas dan semoga lagu-lagu puitis sebegini akan terus dihasilkan. Jika dahulu kita ada M. Nasir yg dikenali sebagai komposer yg menghasilkan lagu-lagu puitis, sekarang kita ada Malique yang membawakan lagu-lagu puitis versi hip hop.

  • @eeee-wl5bi
    @eeee-wl5bi9 жыл бұрын

    Alif - ada Ba - bawah Ta - tersembunyi

  • @razirule
    @razirule12 жыл бұрын

    "Mereka mula kiri, aku kanan bila baca Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta" masih ada lagi kah saudara2 ku yg tidak boleh mengaji....

  • @pelajartersakiti2205
    @pelajartersakiti220511 жыл бұрын

    this is wat we called "ART"...the most low profile singer[rappers]... :) No one can replace him..he is LEGEND !

  • @muhammadfakhribinkamilhadi1926
    @muhammadfakhribinkamilhadi19269 жыл бұрын

    satu2nya lagu yg takde haters. lagu ni memang tak deserve org membenci pun. AWESOME

  • @admavoon9091
    @admavoon909111 жыл бұрын

    salute malique! beliau sentiasa keluar dengan pelbagai idea yang mempunyai sindiran2 halus buat kita. hanya yang peka sahaja akan faham.. malique the best! =)

  • @cr0wzEro86
    @cr0wzEro8612 жыл бұрын

    Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak ...

  • @93arzamsupra
    @93arzamsupra12 жыл бұрын

    Bagi aku lah kan,,,Bangsa Melayu perlu banyakkan lagu2 macam ni,

  • @HijjazAzwan
    @HijjazAzwan11 жыл бұрын

    Malique should be known as Malaysia Eminem. Both of their lyrics are very meaningful and unique.

  • @themazefidausj
    @themazefidausj12 жыл бұрын

    penggunaaan bahasa melayu yang tinggi..punya maksud yang dalam

  • @zaftaicho
    @zaftaicho11 жыл бұрын

    Membawa maksud ilmu tasauf yang halus.. congrats..

  • @addinnatrah5394
    @addinnatrah53949 жыл бұрын

    lagu ni puitis dgn mksud yg mendalam. mcm gurindam melayu dulu2 mmg terbaik.terkndung pesanan penulis kepada masyarakat skrg yg lbh cepat menghukum tanpa meneliti dan memahami terlebih dahulu..

  • @rozaidiakmal1346
    @rozaidiakmal13469 жыл бұрын

    harap joe flizow n malique combine buat last song..yang TERHEBAT!!!!!!!

  • @qassehmahsury
    @qassehmahsury12 жыл бұрын

    1st kuar radio- ''perghh lagu mende la ni. F.'' 2nd time dgr-sdap gak sore jamal. 3rd, 4, 5, 6, 276323154876235 kali dgr - dalamnye maksud, indah nye susunan kate.....I LIKE!!!! XD

  • @zenmax183
    @zenmax18312 жыл бұрын

    Malaysia need more artiste like Malique..!!!

  • @BLUEshoevip
    @BLUEshoevip11 жыл бұрын

    Malique is a genius. isi lirik yang sangat mendalam kalau tak hayati betul-betul memang susah orang nak hadam

  • @khaiyrulannuar9862
    @khaiyrulannuar98629 жыл бұрын

    susunan liriknya memang A . best malique.

  • @pirasbie
    @pirasbie12 жыл бұрын

    damn.. lagu ni patut dpt juara lagu..!!! the lyrics... just awesome.. and suara Jamal Abdillah is wow just husky and handsome and smexy~ xD

  • @haziq183
    @haziq18312 жыл бұрын

    When are we going to be able to see Malique live on stage again? We want you!

  • @user-qk5it8do2d
    @user-qk5it8do2d9 жыл бұрын

    Zizan sbagai cameo je ganti tmpat malique , tp tu suara malique

  • @WhackedMediaCrews
    @WhackedMediaCrews12 жыл бұрын

    Big Clap to Malique and Jamal Abdillah! Sampai video ni sudah menyampai 890,600+ Malaysia Boleh!

  • @Clumsyviking
    @Clumsyviking12 жыл бұрын

    Susunan bahasa melayu yg indah..good work..

  • @cmarok06
    @cmarok0612 жыл бұрын

    Inilah kekuatan lagu Malique..The Lyric!

  • @Ciara369Siera
    @Ciara369Siera12 жыл бұрын

    Lagu yang kaya dengan penggunaan bahasa melayu yang jarang digunakan Sesungguhnya bahasa melayu sangat indah

  • @WarnerMusicMalaysia
    @WarnerMusicMalaysia12 жыл бұрын

    @hanieyf Hi, we have plan's for Malique. Stay tunes for more info :)

  • @sajemembuang3363
    @sajemembuang336312 жыл бұрын

    nadi baru lagu rapper malaysia.....mmg terbaik....tiada unsur2 tiru bulat2 lagu barat.....mmg terbaekkk....

  • @shekfull
    @shekfull12 жыл бұрын

    hebat suara jamal,dgn izin Allah

  • @nikizztv5975
    @nikizztv59759 жыл бұрын

    "apa khabar" bring me here back..

  • @MrMYS99
    @MrMYS9912 жыл бұрын

    Zizan anak Buah MALIQUE o_o WoW! Malique Is Best Malaysian Rapper Ever ..

  • @bushzooing
    @bushzooing12 жыл бұрын

    to me: menceritakan kisah seorang anak yg lahir suci (katak bawah tempurung) akan tetapi memberontak,.seek freedom..to run away from(katak melalak) dgn apa yg terjadi kepadanya didalam hidupnya, beliau membuat telah membuat kesilapan. Pada akhir pulang semula kepada asal usulnya..taubat..Moralnya: everybody has a story..a history.. but in the end, the return to innocence

  • @akhooajie
    @akhooajie12 жыл бұрын

    malique mengekalkan dirinya tanpa wajah! yeah!

  • @ShahNichiKudo89
    @ShahNichiKudo8912 жыл бұрын

    Rsanya lgu cmni la yg layak mng AJL.. Arrangement lagu yg best.. Lirik yg penuh puitis dan maksud yg mendalam.. Penulis lirik mmg genius, peka terhadap situasi dan isu semasa..

  • @hazeim88
    @hazeim8811 жыл бұрын

    Malique is already a legend

  • @revolaition
    @revolaition12 жыл бұрын

    tanpa videoclip, lagu ni dah memang power.

  • @jajalshadow
    @jajalshadow12 жыл бұрын

    woah..lyrics is mind blowing..i hope to meet the songwriter for this song one day....

  • @gurlishgurl89
    @gurlishgurl8912 жыл бұрын

    lyrics die mmg terbaik even xbape nak paham.. n gandingan jamal abdillah seriously the best sbb suare die unique:) like 100000000000000 times:)

  • @MegaAmirPower
    @MegaAmirPower12 жыл бұрын

    lagu-lagu Malique kebnyakannya b'bentuk kiasan. Lagu yg mempunyai mksud mendalam, puitis & penuh dgn p'kataan-p'kataan boombastik mnjadi identiti Malique ( Y )

  • @ayuniwan7293
    @ayuniwan729312 жыл бұрын

    lagu yg sgt berkualiti... sy cuba dgr berkali2 dan faham maksudnya.. setiap liriknya punya maksud mendalam.. best sgt2

  • @h0m0sapiens
    @h0m0sapiens12 жыл бұрын

    Malique used Zizan as a cameo looks like has something to relate with this part: Tak perlu kita bertemu. Cukup kau tahu. Yang aku maafkan kamu. Malique the brilliant.

  • @megatahmad1103
    @megatahmad11039 жыл бұрын

    best lyrics ever!malique gempak!

  • @joefieschizo
    @joefieschizo9 жыл бұрын

    Zizan buat mimik mulut jela barua.. Tu suara malique

  • @zamanmannzzaman8253
    @zamanmannzzaman825312 жыл бұрын

    terbaek dr artis msia..lagu yg pnuh mkna..smoga masuk JUARA LAGU..lama x tngok jamal kt juara lagu..pasti mantop & mletooop..keep it up local!!!

  • @MelissaM96
    @MelissaM9612 жыл бұрын

    malique is the best malaysian rapper.... really2 meaningful..

  • @sociorocko
    @sociorocko12 жыл бұрын

    you know wut, I would hang out with my friends kat mamak just to figure out what this song is all about (from the lyric). This is sooo beautiful. Malique never fails in makin a great music :)

  • @soulzarmy
    @soulzarmy11 жыл бұрын

    Malique. Pengganti M. Nasir.

  • @MePissOff
    @MePissOff11 жыл бұрын

    mendalam maksud lirik ni. terbaekkk!

  • @mizzlysa87
    @mizzlysa879 жыл бұрын

    lirik lagu ni cukup mendalam...

  • @yamjie4647
    @yamjie464712 жыл бұрын

    Mmg terbaik...malique wat lagu,mesti mksd yg tersirat...saalutttt...

  • @AfifahL
    @AfifahL12 жыл бұрын

    i love the lyrics !

  • @torres93fiz
    @torres93fiz11 жыл бұрын

    u r the best malique..i hope u be a legend...

  • @bagabang9
    @bagabang912 жыл бұрын

    malique rapper terbaik di Malaysia..

  • @bushzooing
    @bushzooing12 жыл бұрын

    Vision: Human is born ibarat kain putih. This abused kampung boy crying for help (family problems) - katak wah tempurung melalak.Run away from village home or is told to run away to escape the suffering from someone(Mom perhaps).

  • @azmihjabdulaziz6208
    @azmihjabdulaziz620812 жыл бұрын

    lirik dr lagu nie simple tetapi padat sungguh... serta artinya pun wauooooo.... sesuai dgn kata2 truskan hidup kamu tapi kamu jangan sebut nama aku... knp aku knp tidak saya ek.

  • @shiroshiromie
    @shiroshiromie12 жыл бұрын

    my music genre is more into hip hop style, n i've been listening to so much "rapping" songs all these while...for me, malique is the best rapper in malaysia!!! no doubt :D

  • @nasrahmat
    @nasrahmat12 жыл бұрын

    I just love the lyrics... brilliant!!!

  • @tremanator411
    @tremanator41112 жыл бұрын

    dahsyat lirik lagu ni,malique is a genius.Mintak2 lagu ni menang ajl tahun depan sangat besttttt

  • @borlandh4fiz
    @borlandh4fiz12 жыл бұрын

    the lyric really wowed me ! Harap "penulis lirik" tidak berhenti menulis lirik seumpama ni sampai bila2... "Wow !"

  • @shitsuckerable
    @shitsuckerable12 жыл бұрын

    malique a.ka a.samad said.(^^,) lirik die sgt bgus..mendalam dan punya makna..malique xtringin tulis novel or wt koleksi sajak ke,?...

  • @TheKilat91
    @TheKilat919 жыл бұрын

    Tajam lirik nye

  • @WellSpawn
    @WellSpawn9 жыл бұрын

    Manusia sini bnyak tkda akal patut jamah lagu ni pelan pelan....

  • @WarnerMusicMalaysia
    @WarnerMusicMalaysia12 жыл бұрын

    @ChapitClique99 Hi, we can plan's for Malique. Please stay tunes and be patience for more info :)

  • @browny8536
    @browny853612 жыл бұрын

    I salute the lyrics & the singers..Hebat..

  • @broadband2you
    @broadband2you12 жыл бұрын

    besttttttttttttttttttttt............naik bulu roma aku dngr lagu ni....lain je rasa semangatnye.......

  • @norhidayahahamad3304
    @norhidayahahamad330412 жыл бұрын

    lagu yg ada nilainya tersendiri.. syabas malique...

  • @TheVanderweerden
    @TheVanderweerden12 жыл бұрын

    Love the song so much.

  • @MeiMory
    @MeiMory12 жыл бұрын

    lirik yang begitu mendalam dan bermakna..tak macam rapper lain yang lirik nya cuma cakap pasal perempuan,duit dan lain2 =)

  • @versp93
    @versp9312 жыл бұрын

    semua lagu malique ade mksud2 dia tersndiri. semua mksud2 yg tersirat. semua lgu malique best

  • @darwishafiq
    @darwishafiq12 жыл бұрын

    1st time dgr lagu ni terus suka,sbb lirik dia terbaik..pengertian tu sampai..

  • @kamoohebat8934
    @kamoohebat893411 жыл бұрын

    malique u r the legend of malaysian musician..

  • @naimsykr91
    @naimsykr9112 жыл бұрын

    sangat cool!

  • @RoyMcAvoy
    @RoyMcAvoy12 жыл бұрын

    Terbaik dari ladang! Malique memang rapper Melayu sejati. Lagu yang sarat dengan mesej. Gua tabik spring kat lu!

  • @SuperHzn
    @SuperHzn12 жыл бұрын

    i've always loved Malique ever since Mantera Beradu. terbaikk! ;)

  • @alanloggom
    @alanloggom12 жыл бұрын

    malique mmg karyawan seni yang tulen......bahasa pun puitis .......salute!!!

  • @MrSantacruz25
    @MrSantacruz2511 жыл бұрын

    Malique is genius. Love MALIQUE

  • @misssomeone8763
    @misssomeone876312 жыл бұрын

    realy love this song.

  • @Mrzzz12
    @Mrzzz1211 жыл бұрын

    jamal abdillah superb...

  • @adeqbabby
    @adeqbabby11 жыл бұрын

    love u both.....

  • @adiqedy7169
    @adiqedy716912 жыл бұрын

    mmg best..lirik yg cukup brmakna..

  • @PirateRadioDude
    @PirateRadioDude11 жыл бұрын

    Malique, Joe Flizzow, Altimet. Siapa cakap Malaysia takde rapper bagus?

  • @astanavilla
    @astanavilla12 жыл бұрын

    seni kata yang dalam ! terbaik !

  • @ahoy87
    @ahoy8711 жыл бұрын

    malique is the best!

  • @atyomar
    @atyomar12 жыл бұрын

    suara jamal memang best....

  • @srstudio70
    @srstudio7011 жыл бұрын

    lagu terbaik

  • @ganasmalaysia
    @ganasmalaysia12 жыл бұрын

    catat sejuta jugak lagu nie...terbaik

  • @MohamedFarouk94
    @MohamedFarouk9412 жыл бұрын

    antara 5 video @WarnerMusicMalaysia ni nampaknya video yang paling banyak views .. LOL .. nampaknya Malique still ramai yang minat walaupun tak keluar TV .. including me .. cuma dengar suara dia kat radio or internet .. HAHA .. nobody can be like Malique .. He is the greatest rapper in Malaysia ever .. :)

  • @TheKaedelicious
    @TheKaedelicious12 жыл бұрын

    malique. .u r the best man! hope u read this.

  • @jojobuju579
    @jojobuju57912 жыл бұрын

    suka gaya malique berkarya, karya penuh puitis.baru layan lagu melayu kalau mcm ni !

  • @HyHawaaa
    @HyHawaaa12 жыл бұрын

    Love you Malique, FIGHTING!!!

  • @danishismail4935
    @danishismail493512 жыл бұрын

    aku maafkan kamu... x perlu kita bertemu cukup kau tahu....

  • @putrasyam89
    @putrasyam8912 жыл бұрын

    lirik yg mndalam....best giler....

Келесі