Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2022

Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2022 telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.
Lt M Mohd Aiman merupakan salah seorang daripada 643 Pegawai Kadet ATM dari 4 kolej perkhidmatan iaitu ALK, Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris Pertama (KDSI) dan Akademi Tentera Udara (ATU) terbabit dalam istiadat perbarisan tersebut.
Dalam istiadat itu turut diadakan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat berserta piala kepada 6 lagi Pegawai Kadet terbaik bagi setiap perkhidmatan.
Mereka adalah Lt M Muhammad Aizat Md Noor yang dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi ALK.
Manakala, Lt M Muhammad Alif Najmi Zahari dan LT M Amir Safwan Muhammad Fahmi Shazwan masing-masing rangkul Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sementara itu, LT M Ahmad Khusyairi Abdul Razak telah dinobatkan sebagai Pegawai Kadet terbaik ATD, Lt M Rahmat Jumah penyandang Pegawai Kadet terbaik KDSI dan Lt M Mohammad Khairil Ikhwan Anuar pula sebagai Pegawai Kadet Terbaik ATU pada kali ini.
Pemangku Raja Pahang turut berkenan untuk mengurniakan watikah tauliah kepada 416 orang Pegawai Kadet TDM, Pegawai Kadet TLDM dan Pegawai Kadet TUDM.
Turut hadir, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Panglima-panglima Perkhidmatan.
#airtimes #pegawaikadet #ATM #TDM #TLDM #TUDM #ALK #ATD #KDSI #ATU #sungaibesi #tentera #army #navy #airforce #pertahanan #rajapahang #perbarisan #prade #royal #UPNM #Malaysia

Пікірлер: 72

  • @linsdimas7779
    @linsdimas7779 Жыл бұрын

    Tahniah Lt M Muhammad Harith Ahmad...kmi bangga dgn kamu.Semoga terus berjaya selps ini dlm apa pun pilihan yg dibuat..Semoga Allah terus menjaga mu anakku..aamiin.

  • @saujisalim6063
    @saujisalim6063 Жыл бұрын

    Tahniah kepada kepada semua pegawai muda ATM...Anda semua telah membanggakan keluarga dan negara...Tahniah dan Syabas

  • @angelaghairah

    @angelaghairah

    Жыл бұрын

    Tahniah encik

  • @mohdfahmi8841

    @mohdfahmi8841

    Жыл бұрын

    Em..

  • @mohdfahmi8841

    @mohdfahmi8841

    Жыл бұрын

    ..em..

  • @asamgaram31
    @asamgaram31 Жыл бұрын

    Tahniah kpd semua yg lulus.....anda telah mmbanggakn kluarga anda ...💪

  • @noraidasuzana5156
    @noraidasuzana5156 Жыл бұрын

    Alhamdulillah , tahniah kpd anakanda Lt muda Muhd Affan bin Ramzan Kerana berjaya mengharunginya selama 9 bulan . Syabas dan terbaik Tidak lupa juga kpd pegawai kadet yg lain tahniah di ucapkan

  • @kamaluddinisninahad7492
    @kamaluddinisninahad7492 Жыл бұрын

    Padu.dau...lat tuan ku.meremang bulu naik.syabas tahniah pada anda semua.jadi lah pengawai rendah hati.mesra.tegas.niat kerana Allah SWT taala

  • @sharifahmaznah9699
    @sharifahmaznah9699 Жыл бұрын

    Tahniah Lt muda Anis Aina Tasnim. Mak bangga dgn Aina berjaya lepasi semua cabaran dn rintangan selama 6 tahun. Syukur Alhamdulillah. Wlpn tak sihat tetap teguh berdiri dan gagah berkawad.

  • @paghul_ab6331

    @paghul_ab6331

    Жыл бұрын

    tahniah mak

  • @sharifahmaznah9699

    @sharifahmaznah9699

    Жыл бұрын

    @@paghul_ab6331 terimakasih nak

  • @captneny7305

    @captneny7305

    Жыл бұрын

    Tahniah...

  • @banggary9054

    @banggary9054

    Жыл бұрын

    Alhamdulillah..hbt👍

  • @shahbaniomar2952
    @shahbaniomar2952 Жыл бұрын

    Tahniah kepada Ahmad Uzair. Kekentalan fizikal dan mental amat mambanggakan. Semoga terus berjaya hingga akhir hayat.

  • @mkanuar01
    @mkanuar01 Жыл бұрын

    Tahniah KPD perwira2 negara.kamulah harapan agama bangsa dan negara

  • @leman9240
    @leman9240 Жыл бұрын

    Tahniah pada semua pegawai kadet yg berjaya Khas untuk LT m Nur liyana hanani.. Syabas anda telah berjaya. Tercapai lah cita cita anda...

  • @ramlahabdullah4009
    @ramlahabdullah4009 Жыл бұрын

    Alhamdulillah ..tahniah diucapkan kpd anakanda saya Leftenam Muda Tuan Muhammad Fahmi Asyhraf b Tuan Rosli..semoga sedia berkhidmat...

  • @fiqz7017
    @fiqz7017 Жыл бұрын

    Alhamdulillah long journey but finally reached the finish line.. I hope for the best for what comes next.. In Shaa Allah

  • @mohamadahmad9738
    @mohamadahmad9738 Жыл бұрын

    Assalamualaikum warohmatullah. Tahniah untuk u ollz semua yg trlibat.. Bangga sama u ollz.alhamdulillah. Allahu Akhbar. Maha Suci Allah. Allahumma Sholli A'la Sayyidina Muhammad Wa A'la Alihi Sayyidina Muhammad Shollu A'LAhi Wasallam. Alquran pembawa cahaya hidayah untuk kita semua. ☝️👌✨✨👌👍🤲

  • @syazwizain5615
    @syazwizain5615 Жыл бұрын

    Stunning! 😍🎉🎉🎉 I want to be an army officer someday!

  • @nursyifa3830
    @nursyifa3830 Жыл бұрын

    tahniah semua pegawai muda

  • @mrvivo8416
    @mrvivo8416 Жыл бұрын

    Tahniah kepada yang berjaya..

  • @matpenodx2059
    @matpenodx2059 Жыл бұрын

    Daulat tuanku pemangku raja muda Pahang 🥰🥰🙏🙏

  • @Rakucism
    @Rakucism Жыл бұрын

    congrats to Lt M Haris Izwan TUDM, im proud of you 💟💟💟

  • @fatinfarhin3864

    @fatinfarhin3864

    Жыл бұрын

    👏

  • @nurnabilah867
    @nurnabilah867 Жыл бұрын

    Tahniah Lt M Muhammad Akmal Hakim bin Zaidi. Penyambung legasi ayah & mama...

  • @fikryyusoff3374
    @fikryyusoff3374 Жыл бұрын

    Tbaik semua peg muda, jga perkhidmatan ATM sampai pencen

  • @hasnipaiman7960
    @hasnipaiman7960 Жыл бұрын

    Tahniah Lt muda Amirul Amzar..famaly proud of you..

  • @ahizarahman2513
    @ahizarahman2513 Жыл бұрын

    Alhamdulillah. Tahniah anakku🤲🥰 pagawai kadet ALK UPNM. Lt M.

  • @mohdyuslimdyusop4472
    @mohdyuslimdyusop4472 Жыл бұрын

    Tahniah kepada anakku Lt. Muda Muhammad Ikhwan bin Mohd Yusli dan kepada semua Lt.Muda semoga anda semua terus berjaya..

  • @ashariadam1301
    @ashariadam1301 Жыл бұрын

    Hujung², jurulatih... kepada tauliah... Hormat ke hadapan hormat... Itulah hierarchy dalam tentera. PEG tetap PEG, LLP tetap LLP.

  • @homosapienas6184

    @homosapienas6184

    Жыл бұрын

    Itulah hakikatnya.

  • @ashariadam1301

    @ashariadam1301

    Жыл бұрын

    @@homosapienas6184 jurulatih ibarat guru, pendidik dalam Angkatan Tentera. Mereka perlu dihormati.

  • @norizanmamat8757
    @norizanmamat8757 Жыл бұрын

    Alhamdulillah, tahniah anaknda Lt Muda muhamad Adam Syafiq bin Abdul Aziz...

  • @abdulrazakrozally3140
    @abdulrazakrozally3140 Жыл бұрын

    Alhamdulillah, Daulat Tuanku tahiah kpd semua pegawai kadet🤲

  • @smartzira
    @smartziraАй бұрын

    Saya bangga dengan abang saya muhammad aiman amzar

  • @madias9398
    @madias9398 Жыл бұрын

    Tahniah..utk semua

  • @mohdhafizabdrazak4567
    @mohdhafizabdrazak4567 Жыл бұрын

    Tahniah semua

  • @amiengikarinkitojiki7109
    @amiengikarinkitojiki7109 Жыл бұрын

    Alhamdulillah 🤲

  • @madias9398
    @madias9398 Жыл бұрын

    Bangga...tahniah anak muda...mencurah bakti kepada negara dan bangsa

  • @coplito770
    @coplito770 Жыл бұрын

    🇲🇾🌺🇲🇾👑🌺💗salute ATM 💗

  • @abdullahrawahahchannel1921
    @abdullahrawahahchannel1921 Жыл бұрын

    Tahniah kepada semua

  • @rosnanikassim9384
    @rosnanikassim9384 Жыл бұрын

    Tahniah buat anakanda saya Lt M Amirul Aizad bin Zulkarnian

  • @muhdnashruddin2485

    @muhdnashruddin2485

    Жыл бұрын

    Tahniah Ltm aizad

  • @syazwizain5615
    @syazwizain5615 Жыл бұрын

    Im from zimbabwe wishing congratulations to lt sumar para

  • @shalinahazmi6501
    @shalinahazmi6501 Жыл бұрын

    Tahniah anak sulung ku Lt M Muhammad Hairul azmi

  • @sakaiegang666
    @sakaiegang666 Жыл бұрын

    Taniah pegawai muda, harap kerajaan tambah jumlah yang ramai lg memandang ramai anak muda sekarang ni berminat menjadi pasukan keselamatan

  • @aifaadam6322
    @aifaadam6322 Жыл бұрын

    tahniah kepada Lt M Muhammad Haiqal ❤

  • @muhamadabduh9501
    @muhamadabduh9501 Жыл бұрын

    tahniah pada Hanif atas pertauliahan..hebat

  • @mohdizwanjohari8338
    @mohdizwanjohari8338 Жыл бұрын

    Tahniah adik kandung ku LT Muda Muhammad Hafis Bin Mohd.Johari 😁

  • @danzelharezo3460
    @danzelharezo3460 Жыл бұрын

    Tahniah kepada lt muda gorgon anak toghut

  • @IkhSha1
    @IkhSha1 Жыл бұрын

    Nak tanya apa beza pegawai yg pakai seluar line merah dengan kuning tu?

  • @mashilmi23

    @mashilmi23

    Жыл бұрын

    Line merah adalah Peg Muda dari ALK, UPNM (Darat, laut, udara). Yg line kuning adalah Peg Muda Darat dari ATD.

  • @shalinahazmi6501
    @shalinahazmi6501 Жыл бұрын

    Tahniah anak mama Azmi suhazli

  • @babylionafza9492
    @babylionafza9492 Жыл бұрын

    Assalamualaikum

  • @zyuraideabdulaziz1773
    @zyuraideabdulaziz1773 Жыл бұрын

    Awl mula prtama mula..12 1/2..

  • @AbcDef-xz6oq
    @AbcDef-xz6oq6 ай бұрын

    Anggota 109 4:40 😅tak dapat pergi.. tapi kadet basic ada panglima .. Assalamualaikum wbt panglima..kita.. 5:18

  • @wanrafiin2524
    @wanrafiin2524 Жыл бұрын

    2023. Bismillah for me

  • @redzuanshamsuddin7029
    @redzuanshamsuddin702911 ай бұрын

    kalau pentauliahan dulu2 siap nyanyi dlam baris.. bile tak nyanyi ni rase kurang umphh

  • @ikmalarifmohdehwan1843
    @ikmalarifmohdehwan1843 Жыл бұрын

    apa beza seluar belang merah dan kuning

  • @mohammadkhairol5845

    @mohammadkhairol5845

    Жыл бұрын

    Belang merah-akademik latihan ketenteraan UPNM Yg kuning tu- Akademik tentera darat port dickson

  • @mhanifznor6873

    @mhanifznor6873

    Жыл бұрын

    belang merah akademi latihan ketenteraan (ALK) seperti yang di UPNM. yg kuning akademi tentera seperti jadi pegawai melalui skim graduan ATM.

  • @mhanifznor6873

    @mhanifznor6873

    Жыл бұрын

    "643 Pegawai Kadet ATM dari 4 kolej perkhidmatan iaitu ALK, Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris Pertama (KDSI) dan Akademi Tentera Udara (ATU) terbabit dalam istiadat perbarisan tersebut."

  • @linsdimas7779

    @linsdimas7779

    Жыл бұрын

    Belang merah kadet upnm shj,hijau belang kuning..kadet dr akademi tentera darat pelbagai U..ada ant nya anggota palapes di U dulu.

  • @ikmalarifmohdehwan1843

    @ikmalarifmohdehwan1843

    Жыл бұрын

    @@mohammadkhairol5845 terima kasih info semua

  • @mohdnabil5193
    @mohdnabil5193 Жыл бұрын

    apa beza pegawai kadet dgn perajurit muda?

  • @umarfaruqi1932

    @umarfaruqi1932

    Жыл бұрын

    Pegawai kadet lulusan ijazah, dan jadi pegawai. Perajurit muda lulusan spm / diploma, dan bukan pegawai (LLP - lain-lain pangkat)

  • @lqmanhqim0227
    @lqmanhqim0227 Жыл бұрын

    Fuhh degree bukan biasa2.. kejuruteraan awam😢

  • @farahliyana5872
    @farahliyana5872 Жыл бұрын

    takde rezeki :")

  • @MrX-nr2ni
    @MrX-nr2ni Жыл бұрын

    padu..,

Келесі