INSURAN MOTOKAR. APA YANG ANDA PERLU TAHU & CARA NAK KURANGKAN BAYARAN

Topik pada minggu ini ialah berkenaan dengan Insuran Motokar yang memang selalu kita mengambil mudah (take it for granted) atau memandang remeh kerana insuran adalah syarat mandatori untuk pendaftaran semua kereta & juga untuk setiap pembaharuan cukai jalan. Jadi semua membeli insuran motokar hanya setakat nak cukup syarat.
Dalam video ni, saya terangkan sedikit keperluan untuk mengambil lindungan insuran, memahami jenis-jenis insuran dan faktor-faktor yang diambl kira untuk pengeluaran polisi lindungan kita terutamanya kepada pemilik baru kereta.
Video ini juga memberi tip cara yang paling murah untuk mendapatkan insuran motokar.
Topik ini pertama kali di majukan oleh KZreadr Princess Sofia dan oleh “I am Qay” dalam komen video di bit.ly/2PivVw1. saya harap semua soalan terjawab dalam video ni & kalau ada apa-apa soalan lain. tolong tinggalkan komen.
NOTA & PERHATIAN:
Tiada polisi insurans kenderaan yang melindungi risiko kecederaan dan kematian pada diri sendiri atau pada penumpang anda.
Kalau video ni bermanfaat, tolong like & share video ni dan tinggalkan Komen (atau tinggalkan komen atau topik untuk video seterusnya).
Tolong juga tekan butan subscribe & butang loceng supaya you all dapat notification semua video yang terbaru. Ada banyak topik-topik yang saya akan berkongsi pada setiap minggu.
Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya boleh menjadi panduan kepada awam.

Пікірлер: 121

  • @Syedbcb
    @Syedbcb3 жыл бұрын

    Info yang sangat bagus, tahniah Bro Armin. Saya cuma nak tambah, minit ke 13:58, perbezaan premium di benar melebihi +- 10% untuk kes kes kereta panas seperti Toyota Hilux, Fortuner etc. Dengan syarat syarikat Insurance mesti mendapat kelulusan BNM.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Alhamdulillah Saudara Abu. Terima kasih. Minta maaf terlambat reply. SIbuk sikit beberapa hari ni. Oh ya ke? premium dibenarkan melebihi tariff yang ditetapkan untuk kereta-kereta berisiko tinggi? Terima kasih diatas perkongsian. Saya pun baru tahu. Kalau ada maklumat baru, tolong kongsi ya.

  • @Syedbcb

    @Syedbcb

    3 жыл бұрын

    Ya Bro@@ARMINBANIAZ tahun 2020, saya mohon 5 quotation dari beberapa syarikat Insuran untuk renew insuran Toyota Hilux. Dari 3 yang di terima, beza tariff antara 30%-80%. Dua syarikat Insuran menolak underwriting. Risau juga tahun akan datang, jika kena beli insuran dari MMIP.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    @@Syedbcb ini perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih for sharing. Saya pun baru tahu. Sebenarnya cara yang terbaik ialah dengan meminta beberapa quotation dan buat perbandingan sendiri 👍🏻 thank you brother

  • @Syedbcb

    @Syedbcb

    3 жыл бұрын

    Yup Bro@@ARMINBANIAZ since 01st July, 2017 bila Industri Insurance di Malaysia mulakan detariff atau Liberalisation, kita kenalah mencari yang terbaik, pakej dan harga yang berpatutan. Saya sendiri beli di branch untuk elak bayaran betterment jika ada claim nanti.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    @@Syedbcb ya batul. Kalau panda cari offer, memang boleh dapat yang terbaik.

  • @arif95arshad
    @arif95arshad2 жыл бұрын

    Glad to have discovered your channel. Appreciate the effort you put into all your explanations and your replies to questions asked. I've definitely subscribed for more future videos!

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Masya Allah bro 🙏🏻 these words are my inspiration. Thank you for subscribing.

  • @qayyim5551
    @qayyim55514 жыл бұрын

    Thanks bro arman, akhirnya persoalan terjawab.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    Sama-sama bro. Kalau ada topik atau isu lain, boleh bagi cadangan.

  • @pakda
    @pakda Жыл бұрын

    Terbaik...

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    Жыл бұрын

    🙏🏻 Alhamdulillah. Terima kasih

  • @mathewk810
    @mathewk8104 жыл бұрын

    Very fruitful

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    MATHEW K, thank you Mathew

  • @eddiehoneyeddie534
    @eddiehoneyeddie5344 жыл бұрын

    Info yg sgt baik...terima kasih kerana berkongsi maklumat dan pengetahuan tuan kepada masyarakat...

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    Hi Eddie, sama-sama. Terima kasih diatas komen

  • @danitahir9026
    @danitahir90262 жыл бұрын

    Jadi tuan maksudnya di sini adakah lagi baik jika kite ambil insurance kereta sendiri atau dengan pengedar ye?

  • @kingrobin93k30
    @kingrobin93k302 жыл бұрын

    Nak tanya bolehkah pembeli kereta terpakai buat insuran kereta sebelum proses tukar nama d jpj??

  • @jeebschannel
    @jeebschannel6 ай бұрын

    Assalamualaikum tuan nak tanya... insurans first party cover 2 driver x?

  • @user-xo1ry9sk4j
    @user-xo1ry9sk4j2 жыл бұрын

    Abg nanti ceritakan pula la pasal loss of use.. kereta saya dilangar org.. dah buat claim insuran atas insuran dia.. kereta ada di bengkel belum siap. Saja sembang dgn pemilik bengkel. Dia kata saya tak boleh claim loss of use sbb keta saya keta lama (wira) & insuran third party. Betul ke bang.. lama la keretta di bengkel tu. Nk bawa anak ke klinik hospital pun susah . Makan modai.

  • @aideemisa5979
    @aideemisa5979 Жыл бұрын

    Untung syrikat insuran jika tiada apa2 kemalangan burn duit

  • @arifrusyaidi9531
    @arifrusyaidi95313 жыл бұрын

    ups

  • @jazlan47
    @jazlan472 жыл бұрын

    Saya claim insurance, masa repair siap saya bayar guna duit saya sendiri, lepas tu saya sign insurance claim, so duit claim tu pergi mana ya.

  • @pakwan7973
    @pakwan7973 Жыл бұрын

    Assalamualaikum Tuan, maaf saya hendak bertanyakan persoalan dan pencerahan. Hidup roadtax dengan insuren kereta pada 3 Nov 22 hingga 2 Nov 23. Jika hendak menjual kereta anggaran pada bulan Feb 23 ni. 1. Adakah pihak insuren akan membayar balik separuh kerana tidak genap 12 bulan dan belum ada apa2 lagi tuntutan. 2. Boleh atau tidak pihak insuren lama tu dipindahkan ke insuren kereta baru yang akan datang? 3. Bolehkah NCD insuren kereta yang dijual tu boleh diguna pada kereta baru yang akan datang nanti. 😊😊😊😊 (BELI KERETA TERPAKAI NI PADA 3 NOV 2021)

  • @julianaramlee104
    @julianaramlee10410 ай бұрын

    kes sy dh 3 bln masih blm dpt jawabpan dari pihak insurance sama ada lulus @ tidak.....apa perlu saya buat untuk batalkan tuntutan insurance tersebut kalau saya nak repair sendiri kereta saya

  • @bukandinding6539
    @bukandinding65394 жыл бұрын

    bro ex kp jpj ni..kipidap bro.. kim salam azhar

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    Terima kasih bro. Inn Sya Allah nanti sy bagitau Azhar

  • @aideemisa5979
    @aideemisa5979 Жыл бұрын

    Kereta lama insurance tinggi kenapa tuan contoh kereta wira thn 02 ncb 55 % masih tinggi 5++ sedangkan kereta nilai 3k jee

  • @ahmaddasuki1381
    @ahmaddasuki13813 жыл бұрын

    Salam, saya baru menonton tentang topik ini dan ada soalan. Boleh saya tahu apa "additional coverage" kebiasaannya untuk insuran kereta pada tahun kedua? harap dibalas. Terima Kasih.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Wa'alaikumussalam Saudara Ahmad. Sorry lambat reply. Additional coverage terpulang kepada keperluan pengguna seperti Windshield cover, bencana alam (Flood) dan lain lain.

  • @nurulafifah63
    @nurulafifah633 жыл бұрын

    Assalamualaikum tuan. Sy nak tanya, ncd akan auto carry forward apabila tukar company insurans atau pengguna kena pohon? Anyway terima kasih atas perkongsian. Sy dah subscribe 👍🏼

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Wa’alaikummussalam Nurul, NCD tidak di carry forward secara automatik kalau bertukar insurance company. Kalau masih perbaharui dengan syarikat sama, ia akan automatik. Kalau tukar company insuran, kena pohon transfer NCD. Ada borang dan biasanya, syarikat insurance baru akan bantu.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    @Nurul, Terima kasih kerana subscribe 🙏🏻

  • @adryan8887
    @adryan88873 жыл бұрын

    Satu pertanyaan Tuan. Apa risiko sekiranya customer beli sendiri insuran tidak melalui pengedar sepertimana yg dnyatakan Tuan dlm video. Mohon pencerahan. Ty

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Saman bro, tak ada apa-apa risiko cuma peratusan loan tak dapat Maksimum loan sebab invoice akan tolak insurance dan loan dipohon atas jumlah yang dipaparkan dalam invoice.

  • @chekwan85
    @chekwan852 жыл бұрын

    nak tya bos.. apa itu compulsory excess?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Excess fee? Bermakna kalau berlaku kemalangan dan excess fee dia RM500 sebagai contoh. ini bermakna kos RM500 itu Kita kena tanggung dan hanya kos selepas RM500 boleh dituntut dari pihak insuran.

  • @khairiherry3915
    @khairiherry39152 жыл бұрын

    Saya baru beli proton persona 2020.. Baru2 ni pendapatan agak terjejas.. Jadi saya xrenew roadtax kereta saya tu (roadtax mati nov 2021) dan saya bercadang nak renew pada bulan mac ni.. Kumpul duit sikit2.. Adekah sy akan dikenakan apa2 bayaran/denda kerana lewat hidupkan roadtax?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Salam Khairi. Tak ada denda atau penaltinyang dikenakan kepada kereta yang lewat renew road tax.tak ada masalah. Tak perlu risau. Boleh renew je kat post office atau dimana-mana. Cuma jangan bawa kereta semasa road tax mati. Itu kesalahan besar 🙏🏻

  • @pojielina4367
    @pojielina43672 жыл бұрын

    Salam.. Nak tanya.. Kalau buat tukar milik dgn myeg blh ke buah insurans dan roadtax sendiri..

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Wa’alaikummussalam Tuan. Proses tukar hak milik tak boleh buat melalui MyEG rasanya. Perlu pergi ke JPJ.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Pertukaran hak milik kereta & proses roadtax +’insuran berbeza. Tanpa road tax & insuran, masih Boleh tukar hak milik cuma tak boleh pakai kereta.

  • @gabrielguyut5954
    @gabrielguyut59543 жыл бұрын

    Selamat petang. Saya nak beli kete baru. So macam mana process transfer NCD saya ke insurance keta yang baru kelak. Terima kasih En. Armin.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Selamat pagi Saudara Gabriel. 1. Untuk membeli kereta baru, saudara boleh mangambil inusran dari syarikat yang sama (tak perlu ambil dengan pengedar kereta baru). 2. Kalau ingin mengambil insuran dengan syarikat baru, saudara boleh memaklumkan kepada pengedar untuk transfer NCD, syarikat insuran baru itu akan membuat semua proses. 3. Sebagai alternatif, Saudara boleh hubungi syarikat insuran kereta lama dan maklumkan untuk transfer NCD ke kereta baru (Sediakan maklumat syarikat insuran mana serta kena bagi butir-butir kereta baru). 4. Perlu ingat, apabila NCD transfer ke kereta baru, insuran kereta lama perlu bayar tambahan jumlah NCD (kerana sekarang NCD tersebut dibatalkan. Harap jawapan dapat membantu. kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.

  • @gabrielguyut5954

    @gabrielguyut5954

    3 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ terima kasih banyak2 tuan atas info dan komen tuan. Semoga suksess 👍

  • @gabrielguyut5954

    @gabrielguyut5954

    3 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ satu lagi saya nak tanya. Kereta lama saya nanti kalau NCD nya sudah di transfer ke kereta baru, nilai NCD nya akan reset baru kah tuan?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    @@gabrielguyut5954 ya betul, insuran kereta lama akan bermula tanpa NCD.

  • @thepembisik8459
    @thepembisik84592 жыл бұрын

    Pem baik an

  • @anakkampungfelda
    @anakkampungfelda Жыл бұрын

    Bang nak tanya...sebelum NIE saya buat insurans kereta guna Allianz insurance...rasanya first parti..pasal mahal gila...jadi nie saya nak buat insurans 3rd parti lah bang....boleh tak bang....adakah saya boleh buat 3rd party insurans dari Allianz tu atau saya guna insurans lain....sebab budjet lari lah bang....ingat nak guna etika guna 3rd parti pulak....camana bang?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    Жыл бұрын

    Ya boleh tak ada masalah kalau tak ada pinjaman kereta. 1. Kalau ada pinjaman, Bank tetapkan syarat kena ambil first party insuran. 2. Kalau kereta dah tak ada pinjaman, boleh ambil 3rd party insuran. Ini pilihan pemilik kereta. 3. Kalau kereta masih ada pinjaman, boleh tukar ke syarikat insuran lain yang boleh bagi lebih murah (tapi tak banyak sangat perbezaan). Harap pencerahan saya dapat membantu.

  • @21thcentury71
    @21thcentury71 Жыл бұрын

    Salam tuan...Sy perlukan sedikit pandangan...kereta first renew insurance...antara takaful Dan pasific mana yg tuan rase lebih baik...

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    Жыл бұрын

    Wa’alaikumussalam Tuan. Untuk perbezaan takaful dan pacific saya hanya boleh beri pandangan dari pengalaman saya. Saya tak ada pengalaman berurusan dengan pacific. Tapi Saya ada pengalaman buat tuntutan insuran kemalangan kereta dengan Takaful Ikhlas. Pengalaman ini saya buat perbandingan dengan pengalaman tuntutan dengan Allianz. Kes ni baru terjadi. 1. Proses untuk buat tuntutan dengan Takaful teramat lama. Paling cepat 2 minggu untuk kelulusan. Belum lagi kira tempoh untuk baiki. Sekarang dah hampir sebulan kereta saya di workshop menunggu kelulusan. 2. Kereta saya mula-mula dihantar ke bengkel baiki kereta Proton. Tapi caj terlalu mahal sehingga insuran kata total lost. Jadi hantar ke workshop kedua. Sebulan masih belum dapat kelulusan. 3. Kalau di Allianz, pengalaman saya kelulusan dapat dalam masa beberapa hari. 4. Jumlah had insuran, takaful hanya akan bayar 65% dari jumlah sum insured. Manakala Allianz bayar penuh. Dalam kes kereta Proton saya, sum insured RM22k, harga workshop pertama caj untuk baiki sebanyak RM16k dan lebih dari 65% sum insured (RM22k), jadi dia kira total lost. Maknanya takaful takkan bayar lebih dari 65% dari sum insured. Allianz pula, akan bayar 100%. Tuntutan dari bengkel kedua pula sebanyak RM13k tapi sehingga hari ini masih belum dapat kelulusan. Inilah pengalaman dengan takaful ikhlas. 5. Dengan Pacific, saya tak ada pengalaman. Saya biasa dengan takaful dan Allianz sahaja. Harap jawapan saya dapat memberi sedikit pencerahan kepada soalan tuan.

  • @21thcentury71

    @21thcentury71

    Жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ tq tuan

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    Жыл бұрын

    @@21thcentury71 sama sama. Harap dapat membantu

  • @siarragab
    @siarragab3 жыл бұрын

    Insuran kalau dgn dealer mahal amat.. tp katanya lindungi sampai original parts.. Honda package.. kalau amek sendiri quotation rebet kurang pulak..

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Selamat pagi @siarragab. Insurans dengan dealer boleh berbeza maksima hanya 10% seperti yang dibenarkan akta. Semua pertukaran parts memang harus ditukar dengan original parts untuk tahun 1 bagi semua kereta baru (bukan hanya honda). kemudian pembaikian atau pertukaran parts dibenarkan ditukar mengikut value kereta terpakai.

  • @ekeheykal3693

    @ekeheykal3693

    3 жыл бұрын

    Tuan, klu kita beli kereta terpakai dgn harga pinjaman...katakan 70k..... Tetapi dealer mengatakan insuran kena cover 80k sbb arahan bank..... Apakah logik pekara ini... Boleh berlaku....

  • @bolehbakalaukausabahan1319
    @bolehbakalaukausabahan13192 жыл бұрын

    Encik boleh tanya jika beli kereta tapi tak ada lecen macam mana?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Ya, tak ada masalah. 1. Encik boleh menjadi pemilik kereta tetapi tak boleh memandu. Mungkin anak atau driver yang pandu kereta. 2. Pendaftaran pemilikan kereta tidak memerlukan lesen memandu. 3. Permohonan pinjaman pun tak perlu ada lesen memandu.

  • @bolehbakalaukausabahan1319

    @bolehbakalaukausabahan1319

    2 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ .encik boleh tanya .saya nak beli bezza terpakai loan ,gaji saya bersih Rm 2200 boleh tak.terima kasih encik kerena membantu memberi penerangan yang jelas dan berguna kepada saya

  • @ayieherry8141
    @ayieherry81412 жыл бұрын

    salam bang saya nak tanya pendapat bang..saya nak beli used car..seller cakap harga body 43k campur process fee 3800 plus insurence 2k plus roxtax 100 total semua jadi 49k betul ke harga pengiraan tu bang?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Wa’alaikumussalam Ayie. Ini pendapat saya: 1. Used car biasa dah buat keuntungan atas kerera. Prosesing fee tu tak patut dikenakan. RM3,800 tu teramat tinggi. 2. Insuran kereta, saya cadangkan Ayie ambil sendiri. Tak perlu ambil dari used car. Cuma perlu ingat, Kalau ambil insuran sendiri, kemungkinan junlah pinjaman akan Jadi lebih rendah. 3. Roadtax Ayie boleh semak dengan JPJ Berapa kos. Harga road tax harga tetap. Used car tak boleh nak cai mahal atau caj kumlah yang berbeza. Itu yang saya boleh berkongsi. Kalau ada penjelasan lain, boleh tinggalkan komen. InnSya Allah Saya cuba bantu

  • @ayieherry8141

    @ayieherry8141

    2 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ terima kasih banyak2 bang atas info diberi 🙏🏻

  • @roslimohamed6935

    @roslimohamed6935

    Жыл бұрын

    Processing fee adalah tak lebih dari upah scara haram yg kdai / salesman knekan utk fotostat i.c dn dokumnt2 lain dn duit mnyak dia hntr loan application ke bank. Tak patut ada sbb smua kje tu mmg dia kne buatpun klu nk jual kreta. Umpama nk beli pisang goreng mkcik pnjual cas hrga plastik bungkus, upah dia brdiri bla bla bla (processing fee). Ini dibritahu sndri oleh pnjual kereta yg jujur. Paling biasapun antara 200-400 shja.

  • @Moazmi-nw7ju
    @Moazmi-nw7ju4 жыл бұрын

    Boleh tak claim ansuran untuk buat body & cat kereta?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    Boleh kalau kereta terlibat dalam kemalangan dan perlu pembaikian body dan cat.

  • @bukandinding6539

    @bukandinding6539

    4 жыл бұрын

    cat dan ketuk hanya cover bhgn yg terlibat kemalangan shj.. tricknya sblm adjuster penilai dtg tgk bhgn mane yg perlu dicover, kawtem dgn bengkel.. tp jgn la cover bumper blkg tp mintak cover satu kereta.. kne berpada² dan logik bro

  • @azhar9274

    @azhar9274

    3 жыл бұрын

    @@bukandinding6539 tp klau dkt kdai brand sndiri kereta tsbut spt Hond,toyot dsbg nya mmg xleh

  • @fikfi891
    @fikfi8913 жыл бұрын

    salam tuan kalau mcm insurans kita amik agree value atau market value... market value kita boleh dapat beza harga sikit dari agree value.... if kata amik market value. contoh kereta hutang dgn bank ada baki 14k tetapi kita ambil market value 16k... tapi jika di takdirkan semasa tahun tu market value tinggal 12k dia akan cover ikut yg kita pilih 16k tu ke?

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Wa'alaukimussalam Saudara Umar. Itu soalan yang sangat menarik.Terima Kasih kerana bertanya. 1. Agreed value bermakna syarikat insuran akan membayar pampasan seperti yang dipersetujui dan bukan mengikut market value. Contohnya kalau mengambil insurance mengikut agreed value RM16k, kalau terjadi total lost atau kecurian kereta yang tak dapat dikesan, syarikat insuran akan membayar agreed value RM16k walaupun market value bernilai RM14k. 2. Kalau baki hutang kereta dengan bank berjumlah RM14k tetapi sum insured mengikut market value RM16k, kalau terjadi kemalangan dan pada masa itu market value RM12k, syarikat akan membayar jumlah market value RM12k. Saudara perlu bayar jumlah baki pinjaman RM2k. 3. Sebaik-baiknya ambil insurance mengikut agreed value walaupun premium mungkin mahal sedikit. Harap soalan saudara terjawab. Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Minta maaf terlambat reply.

  • @fikfi891

    @fikfi891

    3 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ ok tq info. ramai pengguna sekarang keliru insurans murah, walhal ada yg tak tahu insurans dan roadtax adalah terms yang berbeza

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    @@fikfi891 Ya, kalau kesempatan, saya akan buat satu video penerangan. terima kasih kerana bertanya. Soalan tu memang ramai yang tak faham dan lebih rama yang salah faham.

  • @fadhlifisol
    @fadhlifisol3 жыл бұрын

    Salam bang, klu katakan kita guna keta lama cover sum insured dlm RM10K shj, insurance pn 3rd party. Cth katakan klu kita accident dgn kereta mahal dan kos pembaikan melebihi sum insured RM10K kita tu, adakah insurance kita masih bleh bayar kpd owner tu @ owner tu terpaksa claim insurance dia sendiri. Mohon penjelasan tuan sbb sy pakai keta lama terpikir jgk perkara ini.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Wa’alaikummussalam Fadhil, kalau ambil perlindungan 3rd party tak ada sum insured. Jadi kalau pihak ketiga nak claim, boleh claim penuh kerosakan kenderaan.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    Fadhli Fisol Tapi Kerosakan pada kereta sendiri, kena tanggung sendiri.

  • @fadhlifisol

    @fadhlifisol

    3 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ mksudnya abg, masa sy beli online insurance sy ada letak sum insured to the lowest possible amount yg dibenarkn insurance. Which means sy ambik 1st party insurance la maksudnya😅😅..haha..tq bang atas penjelasan.. Bang ada soklan lain lg nk tnya: (1)Soklan 1st: Bang sy nk tnya betul ke keta lama x bleh ambik insurance 1st party selepas keta umur lbh 15thn? (2) Soklan 2nd : Cth sy ada 2 biji keta, keta 1st accident dan terpaksa claim insurance sendiri(NCD become zero), does the NCD reset for both of my cars, or only the one involved in the accident? (3)Soklan 3rd : Jika satu NCD shj yg reset, blehkah transfer NCD ke kereta yg NCD zero? (4) Soklan 4th : Klu keta accident dgn motorsikal, bleh ke kita claim dgn insurance motorsikal tu @ kena claim insurance sendiri? Tima kasih bang😊😚

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    3 жыл бұрын

    @@fadhlifisol , berikut jawapan soalan-soalan tambahan. 1. Bukan semua syarikat insuran tidak menyediakan perlindungan 1st party selepas kereta berumur lebih 15 tahun. Ada syarikat insurance yang menyediakan kemudahan perlindungan comprehensive atau 1st party tetapi ada sedikit loading premium. 2. NCD hanya terjejas kepada kereta yang terlibat dalam kemalangan. 3. Ya boleh. Kalau ada kereta lain atas nama Fadhli, boleh transfer NCD dari kereta tu kepada kereta yang kehilangan NCD semasa renewal. 4. Fadhli boleh buat claim against motor cycle yang mengakibatkan accident itu dengan syarat dia ada buat laporan polis. Kalau tak ada maklumat yang kukoh dan hanya Fadhli yang buat report, Syarikat Insurance motorcycle tu mungkin tak layan dan akan memakan masa yang lama dan Fadhli kena claim policy sendiri dan akan kehilangan NCB 😫

  • @fadhlifisol

    @fadhlifisol

    3 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ tima kasih sgt² abg atas info..sangat² hargai atas perkongsian ilmu yg diberi. Sy doakan abg dipnjgkn umur & dimurahkn rezeki utk beri lbh byk lg perkongsian ilmu spt ini..Aminnn..tima kasih sgt² abg😚😊

  • @sarahaizumariffin1521
    @sarahaizumariffin15214 жыл бұрын

    Salam Armin, kalau nak renew insuran kena ikut tarikh road tax ke?

  • @bukandinding6539

    @bukandinding6539

    4 жыл бұрын

    Sarahaizum ariffin biase road tax dgn insuran mati selari utk mudah urus.. renew insuran bile nk renew road tax.. cth road tax & insuran mati 1/2020 tp nk renew bulan 6/2020.. so blh je buat bulan 6 (jika lebih setahun kena puspakom)..

  • @bukandinding6539

    @bukandinding6539

    4 жыл бұрын

    Sarahaizum ariffin jika road tax ada baki lagi 6 bulan tp insuran dh mati.. blh beli insurans untuk baki 6 bulan tu (atau brp baki bulan yg ada) dulu ada road tax 6 bulan, sekarang hanya ada setahun je..

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    Zulkuifli Legiman penjelasan yang jelas. terima kasih bro

  • @sarahaizumariffin1521

    @sarahaizumariffin1521

    4 жыл бұрын

    @Zulkuifli ariffin, terima kasih sudi bagi jawapan. pening la nak fikir insuran ni. so boleh beli berapa bulan yang perlu ye? tak perlu beli trus 1 tahun?

  • @bukandinding6539

    @bukandinding6539

    4 жыл бұрын

    Sarahaizum ariffin insuran blh beli ikut brp baki road tax.. tp skrg jarang berlaku insuran dgn r.tax tak sama tarikh.. kecuali dlm proses beli kenderaan second (ikut tarikh road tax kenderaan yg dibeli tp insuran kne beli sendri psl insuran lama owner asal transfer kt kenderaan baru dia).. tp tak tau la skrg blh buat lg psl dgr² skrg road tax kenderaan second akan lupus even ada baki bbrp bulan lg.. so kena beli road tax dan insuran baru.. xde isu lg dah

  • @gonzbambongan9090
    @gonzbambongan90902 жыл бұрын

    Assalamualaikum tuan Armin, baru2 ni kereta saya terlibat dalam kemalangan... pendekkan cerita saya mengambil keputusan untuk claim insurans untuk memperbaiki kerosakan terhadap kereta saya ... so bengkel panel ada call tadi ada benda nak discuss . then mereka explain yang pihak insurans release payment untuk paintwork materials ni kurang daripada apa yang bengkel submit kat mereka ... hujung2 saya yang kena cover pulak yang kurang tu ... kalau macam ni saya kena call pihak insurans ke atau memang saya kena tambah duit sendiri ya ? kereta baru 2 tahun, then yang ni 1st accident untuk kereta ni ... Terima kasih tuan.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Wa’alaikumussalam Tuan. Kes macam ni biasa terjadi (Bengkel markup harga tinggi). Seelok-eloknya hantar balik ke dealer. Dealer biasanya ada cara dengan syarikat insuran. Cuba tuan hubungi syarikat insuran, maklumkan & fail komplen dengan syarikat insuran, PIAM dan bank negara. Perkara seperti ni tak sepatut berlaku. Tuan pakai insuran dari mana?

  • @gonzbambongan9090

    @gonzbambongan9090

    2 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ Dealer dengan erti kata lain Pengeluar kereta lah kan tuan ? saya guna Etiqa general takaful tuan ... beli under pakej Perodua Total Protect Plus.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    @@gonzbambongan9090 Tuan, saya syorkan tuan hubungi Etiqa hotline dan minta nasihat dan pandangan call center. 1. Sebenarnya, prosedur yang tepat, semasa accident, hubungi syarikat insuran terlebih dahulu dan minta call center recommendkan bengkel panel mereka. 2. Banyak bengkel yang memang markup harga tinggi, jadi insuran biasanya akan potong quotation mereka. Call center juga ada senarai bengkel yang mereka tahu akan caj harga yang berpatutan kepada syarikat insuran. 3. Jadi cuba tuan call dulu Etiqa dan minta nasihat mereka. Mungkin mereka boleh minta bengkel lain untuk mengambil alih repair kereta tuan tanpa bayaran oleh pihak tuan.

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    @@gonzbambongan9090 Tolong updatekan di ruang komen perkembangan kereta tuan untuk dijadikan rujukan kepada viewer lain.

  • @gonzbambongan9090

    @gonzbambongan9090

    2 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ macam tu rupanya prosedur yang betul ... kira saya dah salah step haritu ... 1st time accident. so saya pergi buat report dahulu lengkapkan semua dokumen yang perlu then terus ke bengkep panel tu after check kat website pihak insuran ... haha

  • @zakariabinsaad1360
    @zakariabinsaad13602 жыл бұрын

    Tolak p tolak mai.....pihak insuran juga yg untung ...kan .,

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    tak semesti. Semua pihak insuran dapat untung sama je. Cuma yang penting perkhidmatan yang diberi.

  • @shahdanproton4264
    @shahdanproton42644 жыл бұрын

    Assalam tuan armin..saya Ada sedikit soalan.. Mcmana nie.. Boleh Tak tukar nama owner kereta ? Contoh kereta atas nama emak..nk tukar anak nama anak (anak baru dapt lesen kereta).. Mcmana polisi dia..?

  • @shahdanproton4264

    @shahdanproton4264

    4 жыл бұрын

    Kereta baru beli..

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    Wa’alaikummussalam Saudara @shah dan. Nak tukar nama pemilik ke nama insuran lindungan? Tujuan nak tukar nama?

  • @shahdanproton4264

    @shahdanproton4264

    4 жыл бұрын

    Dua- dua sekali nama pemilik Dan insuran lindungan sbb nk bgi anak kereta tu lepas anak dapt lesen kereta..

  • @shahdanproton4264

    @shahdanproton4264

    4 жыл бұрын

    Tujuan tukar nama:nk bgi anak miliki kereta tersebut sahaja untuk kegunaan harian anak tersebut..

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    @@shahdanproton4264 , kereta yang baru beli hari tu beli cash ke atau ada pinjaman bank? Hanya kereta yang tiada pinjaman yang boleh buat penukaran hak milik kereta.

  • @zamri7220
    @zamri72203 жыл бұрын

    Betulke ncd akan hilang bila kita lewat renew insuran dalam setahun? Kalau lewat dlm dua tiga minggu je hilang jugak ke? Tq

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    2 жыл бұрын

    Tak betul. NCD tak hilang kalau lambat bayar.

  • @norwan2201
    @norwan22014 жыл бұрын

    BRO BAGAIMN PHK INSURAN MNBT PNGIRAAN VALUE KNDERAAN ITU..

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    SHAH KHAN ‘MNBT’ tu apa bro?

  • @norwan2201

    @norwan2201

    4 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ MAKSUD MNBT IALAH DENGAN CARA PENGIRAAN VALUE KNDRAAN TERSEBUT CONTOH SLLUNYA INSURAN AKN MNGIRA DARI TAHUN PERBUATAN KNDRAAN ITU BRP KAH % OFF VALUE BRDSARKN UMUR KNDRAAN TRSEBUT

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    SHAH KHAN bro nak tahu value kenderaan untuk pastikan sum insured ke atau untuk buat tuntutan?

  • @norwan2201

    @norwan2201

    4 жыл бұрын

    @@ARMINBANIAZ SUM INSURED

  • @ARMINBANIAZ

    @ARMINBANIAZ

    4 жыл бұрын

    SHAH KHAN kereta masih ada pinjaman? Kalau kereta masih ada pinjaman, value sum insured to berpandukan baki pinjaman. Kalau dah tak ada pinjaman, bro boleh research sendiri harga pasaran kereta untuk tetapkan sum insured. Kalau tak ada pinjaman, pelanggan yang tetapkan sum insured.

  • @adamsufianchan1915
    @adamsufianchan1915 Жыл бұрын

    #ARMINBARNIAZPAHAMIN tq bro atas info yg detail... sy nk tanya satu soalan,,, atau dua soalan... Kenapa kenderaan yg dah lebih 10 tahun, sekiranya berlaku kemalangan, kereta kita xdapat alat ganti (parts) yg baru,, hanya dapat yg dari kedai potong shj, walaupun insurans kereta kita masih lagi,, 1st party?!! P/S armin barniaz pahamin dengan Pahamin Rejab ada relate kaa boss? hehehehe😂🤣