Habib Najmuddin Othman Al-Khered - Makna Syahadat Muhammad Rasulullah

Habib Najmuddin Othman Al-Khered - Makna Syahadat Muhammad Rasulullah
...ketika diturunkan surah Ash-Syarh kepada baginda Rasulullah SAW, di dalamnya terkandung dari Firmah Allah SWT;
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
“Dan Kami telah meninggikan bagimu; sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [Ash-Syarh: 4].
.
Allah SWT berkata, tahu tak kamu wahai Rasulullah Muhammad "bagaimana Aku mengangkat akan sebutmu?" maka kata baginda Rasulullah; "Allah Maha Mengetahui".
Maka Allah SWT berfirman; ketika mana Aku disebutkan, maka engkau akan disebut bersama dengan Aku.
Kata Allah SWT; iaitu ketika mana seorang bersyahadah ' لا إله إلا الله ', maka tidak lengkap ia tanpa dia menyebut ' محمد رسول الله '.
Demikian akan keagungnan syahadah yang kesempurnaannya itu adalah dengan kita benar-benar bersaksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT.
- disunting daripada Tausiyah Habib Najmuddin Othman Al-Khered

Пікірлер: 2

  • @tudungcentre075
    @tudungcentre075 Жыл бұрын

    Carilah ilmu, carilah ulama. ☺️

  • @Al-Imranproduction

    @Al-Imranproduction

    Жыл бұрын

    betul tu, 🥺