Habib Ali Zaenal Abidin - Wasiat Nabi Muhammad SAW

Habib Ali Zaenal Abidin - Wasiat Nabi Muhammad SAW
Firman Allah SWT;
Di antara orang-orang, ada yang membeli dirinya untuk meraih redha kepada Allah SWT.
Sebagai contoh; sahabat Rasulullah SAW, Salman Al Farisi yang dikenali 'pemuda pencari kebenaran'
Kisah sahabat Nabi SAW ini sgt menarik untuk sama-sama kita telusuri.. 'dari satu paderi ke paderi yang lain, dari satu tempat ke tempat yang lain mencari Rasulullah SAW..
Hingga akhirnya beliau digelar oleh Baginda Nabi SAW; "Salman golongan Aku, Keluarga Aku!" MasyaAllah...
- disunting daripada Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
.
.
Sebelum Salman memeluk Islam & bersama Baginda Nabi, beliau pada asalnya beragama Majusi & pernah menganut agama Nasrani.
Beliau tertarik dengan agama Nasrani ketika melalui gereja dan melihat cara mereka menyembah tuhan. Lalu beliau pulang memberitahu ayahnya yang mengakibatkan beliau dirantai dan dikurung oleh ayahnya sendiri.
...tidak berdiam diri saat beliau dikurung oleh bapanya, Salman membuat keputusan untuk melarikan diri dan berhijrah ke Syria kerana di sana terdapat seorang pendeta Nasrani yang boleh membimbingnya.
Tahun demi tahun beliau mendampingi pendeta-pendeta Nasrani sehingga kewafatan mereka. Beliau sempat belajar daripada pendeta-pendeta Nasrani dan mengetahui tanda-tanda kenabian Nabi akhir zaman daripada mereka sebelum beliau ditipu oleh pedagang dan dijadikan hamba.
Di sebalik ujian getir yang beliau hadapi, tersirat hikmah yang tidak ternilai harganya. Beliau akhirnya dibeli oleh tuan yang membawanya sampai ke bumi Madinah, tempat hijrah Nabi akhir zaman.
Pertemuannya dengan Nabi S.A.W, memberikan satu kesan besar kepada dirinya kerana beliau sempat beriman dan tergolong dalam kalangan sahabat yang terkenal.
Namanya kekal dalam lipatan sirah junjungan mulia.
Kisah Salman yang cekal dan tabah dalam mengharungi ujian sepanjang perjalanan mencari kebenaran sangat baik untuk kita sama-sama renungi.

Пікірлер: 11

  • @Al-Imranproduction
    @Al-Imranproduction Жыл бұрын

    Assalamualaikum. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada semua yang menonton. Mohon like dan share di laman social media yang lain. Sumbangan 'Thanks' amatlah dialu-alukan supaya team Al-Imran dapat meneruskan perjuangan dakwah di KZread. 😎

  • @entahlasaya6613

    @entahlasaya6613

    Жыл бұрын

    Waalaikumussalam. semoga dipermudahkan urusan. Aaminn.

  • @Al-Imranproduction

    @Al-Imranproduction

    Жыл бұрын

    @@entahlasaya6613 😍

  • @nencyjimi1012
    @nencyjimi1012 Жыл бұрын

    Aaminnn

  • @Al-Imranproduction

    @Al-Imranproduction

    Жыл бұрын

    Aaminn ya Rab.

  • @nencyjimi1012
    @nencyjimi1012 Жыл бұрын

    Tinggi nya ilmu.... Mmberi ilmu non stop... Allahuakhbar....

  • @Al-Imranproduction

    @Al-Imranproduction

    Жыл бұрын

    Allahuakbar 😁

  • @entahlasaya6613
    @entahlasaya6613 Жыл бұрын

    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.

  • @Al-Imranproduction

    @Al-Imranproduction

    Жыл бұрын

    Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan

  • @mariammmibrahimmm8255
    @mariammmibrahimmm8255 Жыл бұрын

    berbuat baik sesama manusia yang perlu dijaga.

  • @Al-Imranproduction

    @Al-Imranproduction

    Жыл бұрын

    perlu sentiasa dijaga.