For KL: Sejarah Komuniti Skateboarding Kuala Lumpur - Bahagian 2

"Generasi 2000-an"
Sejarah ringkas komuniti skateboarding di Kuala Lumpur ini merupakan dokumentasi dari beberapa sumber lisan ihsan ahli-ahli komuniti sendiri, dari dahulu hingga sekarang.
Aktiviti skateboarding mula lebih giat di ceruk-ceruk kota,
fesyen ala skaters juga sering digayakan di media arus
perdana dan juga oleh anak-anak muda.
Sistem tren di Kuala Lumpur membuka satu hamparan baru kepada babak skateboarding di Kuala Lumpur.
Lebih banyak kawasan sekitar kota raya dihidupkan dengan skateboarding; antaranya kawasan stesen LRT Ampang Park dan Taman KLCC yang masih menjadi pusat perkumpulan skaters di KL. Permukaan yang lebih rata ditemani penggunaan bahan pembinaan yang berkualiti menyumbang kepada keselesaan menjadikan Kuala Lumpur mula menjadi satu kota yang lebih skate-friendly.
Di peringkat komuniti skateboarding global, transformasi sedang rancak berlaku.
Dengan kehadiran internet dalam setiap rumah tangga, rujukan kandungan untuk skaters waktu itu lebih mudah didapati dan sumbernya berpelbagai.
jom imbas saat-saat bersejarah di zaman 2000-an

Пікірлер: 1

  • @brojlw90
    @brojlw909 ай бұрын

    My idol Malaysian skater iaitu Kieron Brodie.