[FFAM2024] [JOHAN] SORA - SDTK PICTURES - USM

[FILEM PENDEK TERBAIK FFAM2024 - JOHAN]
[SINEMATOGRAFI TERBAIK FFAM2024 - RICO HUTAGAOL]
[PENGARAH TERBAIK FFAM2024 - RICO HUTAGAOL]
[PENYUNTING TERBAIK FFAM2024]
[PELAKON WANTI TERBAIK FFAM2024 - ANGELENE]
SINOPSIS:
Angel, seorang pelajar universiti yang bisu dan pekak,
menghadapi cabaran besar dalam kehidupan hariannya akibat
diskriminasi dari sekeliling. Kesukarannya meluahkan perasaan
membuatkan dia sering merasa terpinggir. Sebagai seorang
pelajar, Angel menghadapi kesukaran dalam akademiknya kerana
tidak dapat berkomunikasi dengan pelajar lain dan pensyarahnya.
Setiap hari, Angel berdepan dengan pelbagai rintangan untuk
menjalani kehidupan yang normal. Di kampus, dia merasa tersisih
dan terperangkap dalam dunia sunyi dan sepi. Tanpa kemampuan
untuk berkomunikasi secara verbal, Angel berusaha keras untuk
menyesuaikan diri dan berkomunikasi menggunakan papan putih.
Akibat segala kesukaran yang dihadapinya, termasuk diskriminasi
dan ejekan, dia mengalami tekanan jiwa yang mendalam,
menyebabkan kehidupannya semakin mencabar.

Пікірлер: 1

  • @sara_dda
    @sara_dda22 күн бұрын

    This is a good story. Create more please and include the USM identity, such as put awareness or anything.