Episod Penuh Bing | Eps 36-40 | Bing Bahasa Melayu

Фильм және анимация

➡️ Lebih banyak LANGGAN Bing: bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
00:00 Lagi
Masa untuk mandi! Bing dan Flop sedang buat buih mandian dan sewaktu Flop tidak melihatnya, Bing tidak dapat menahan untuk memicit sedikit lagi sabun mandi …. dan sedikit lagi… dan sedikit lagi, sehinggalah buih menjadi sangat tinggi. Apabila dia mula hendak mandi, Bing tidak dapat duduk disebabkan buih yang terlampau banyak.
0:07:03 Silap mata berkilau
Bing pergi bermain dengan Sula yang sedang melakukan ‘silap mata berkilau’. Apabila Bing ingin membuat silap mata berkilaunya sendiri, dia terbersin apabila sedang mencari batu kilauan ajaib di halaman rumah. Apabila dia berjaya menemui batu yang paling cantik dan sesuai, Sula tunjukkan kepada Bing serbuk berkilau ajaib istimewa kepunyaannya. Tetapi apakah yang terjadi apabila Bing terbersin sekali lagi sehingga semua serbuk berkilau Sula terbang ke merata tempat?
0:14:06 Pokok
Bing, Pando dan Flop sedang melihat tukang gali menanam pokok di taman. Mereka kemudian berlari ke kawasan pasir untuk berpura-pura menjadi tukang gali dan lori pengorek yang sedang bersedia untuk menanam pokok yang sangat besar. Pando terlupa di mana lubang untuk tanam pokok dan dia asyik menolak pasir ke dalam lubang Bing. Mereka kemudian sedar yang jika mereka berkerjasama, mereka akan dapat gali lubang yang sangat besar untuk tanam pokok yang paling besar. Adakah Flop dapat membantu mereka apabila mereka menyedari yang mereka tiada pokok besar untuk ditanam?
0:21:09 Di Mana Flop?
Masa untuk makan tengahari! Sula dan Amma datang ke rumah Bing untuk makan tengahari tetapi karot pula habis, jadi Flop terpaksa pergi ke kedai Padget untuk dapatkan karot. Bing tiba-tiba sangat rindukan Flop lalu Amma dan Sula cuba untuk menenangkan Bing. Bing kemudian terlukakan jarinya dalam kotak peti surat sewaktu sedang mencari Flop dan apabila Amma cuba untuk menelefon Flop, Flop tertinggal pula telefonnya di rumah. Apakah yang akan Bing lakukan sewaktu dia menunggu Flop untuk pulang ke rumah?
0:28:12 Kotak makanan
Bing, Pando dan Sula sedang bermain permainan ‘sama sepadan’ di tempat jagaan Amma. Apabila tiba waktu makan tengahari, Bing tunjukkan kepada Pando dan Sula bekas makan tengahari Hoppity Voosh-nya yang baru! Tetapi Pando juga ada yang serupa- SEPADAN! Mula-mula memang rasa seronok apabila sama, tetapi kemudian, Bing dan Pando tertukar bekas dan dapat makanan yang salah.
Episod Penuh Bing | 35+ Minit | Eps 36-40 | Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
Episod-episod yang dipaparkan dalam kompilasi ini adalah Lebih, Sihir Berkilau, Pohon, Di mana Flop, Kotak Makana.
*****
Lebih banyak tonton Bing::
▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
Selamat datang ke saluran KZread Rasmi Bahasa Melayu untuk Bing - rumah bagi Bing, Sula, Flop, Pando dan semua kawan mereka.
Duduk dan nikmati episod penuh, video klip Bing yang hebat dan banyak kompilasi tema yang menyeronokkan - ditambah dengan video baru dan eksklusif cara bagaimana, muzik dan pembelajaran, direka bentuk untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingster di seluruh dunia. Inilah Bing!
➡️ Laman web: www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
Mahu menonton Bing di TV? Anda boleh mendapatkan episod lengkap di Disney Junior Asia.
© ACAMAR FILMS LIMITED

Пікірлер