Episod Penuh Bing | Eps 26-30 | Bing Bahasa Melayu

Фильм және анимация

➡️ Lebih banyak LANGGAN Bing: bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
00:00 Waktu Bercerita
Waktu untuk mandi! Bing mahu Flop membaca buku kesukaannya, iaitu buku bertajuk Hoppity Voosh dan Penjaga Bulan sewaktu dia sedang mandi tetapi nampaknya ‘buku tak begitu suka mandi’ dan menjadi basah sehingga perlu dikeringkan.
0:07:03 Memberi
Di Kedai Padget, Flop dan Padget sedang membantu Bing untuk memilih hadiah yang paling sesuai untuk harijadi Sula. Bing suka trak tetapi dia tahu yang Sula suka barang-barang berkilau. Padget kemudian mengeluarkan tongkat berputar berkilau, yang memang sesuai sangat dengan Sula! Bing sukakan tongkat itu juga dan dia mahu bermain sendiri sebelum pergi ke rumah Sula untuk menyambut hari jadinya.
0:14:06 Hula Hoop
Coco dan Charlie datang ke rumah Bing untuk menunjukkan Gelung Hula Holly. Coco boleh buat pusingan hula hoop yang hebat lalu Bing ingin mencubanya. Ia memang sukar buat Bing tetapi dia telah menemui beberapa jenis permainan Hula lain yang disukai Charlie sewaktu dia sedang bermain dengan gelung itu. Namun, Bing telah berpusing terlalu cepat dan terjatuh, lalu terpatahkan gelung! Dapatkah Bing dan Charlie membuat Coco berasa lebih baik dengan semua permainan baru yang mereka temui ,walaupun Gelung Hula Holly telah patah?
0:21:09 But Besar
Dush Dush Dush! Bing dan Sula adalah gergasi! Mereka berada di taman sambil membuat percikan lopak dengan but hujan besar mereka dan sewaktu mereka bermain, mereka akan mencari lopak yang lebih besar dan lebih besar. Bing terjumpa satu lopak yang sangat besar lalu melompat masuk ke dalamnya tetapi dia tergelincir pula ke dalam lumpur dan seluruh badannya menjadi basah. Dia tidak suka menjadi basah kuyup dan berlumpur tetapi nasib baik Amma datang menyelamatkannya dengan mandian air panas dan bagel karot.
0:28:12 Buih
Di halaman rumah, Flop menunjukkan kepada Bing dan Pando cara meniup buih. Pando dapat tiup buih yang sangat besar sehingga Bing ingat peniup buihnya rosak. Lalu Pando pun menukar peniup buih dengan Bing tetapi Bing nampaknya masih tak dapat untuk buat buih! Flop lalu meningatkan Bing untuk celup, biarkan menitis, dan tiuuuuuupp perlahan-lahan. Buih besar yang cantik kemudian terbentuk dan melayang ke arah Pando yang mencucuknya. Bing kecewa dengan Pando kerana telah mencucuk buih pertamanya tetapi dia kemudian menemui cara baru untuk buat banyak buih pada satu masa.
Episod Penuh Bing | 35+ Minit | Eps 26-30 | Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
Episod-episod yang dipaparkan dalam kompilasi ini adalah Masa bercerita, Memberi, Hula Gelung, Boots Besar, Gelembung.
*****
Lebih banyak tonton Bing::
▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
Selamat datang ke saluran KZread Rasmi Bahasa Melayu untuk Bing - rumah bagi Bing, Sula, Flop, Pando dan semua kawan mereka.
Duduk dan nikmati episod penuh, video klip Bing yang hebat dan banyak kompilasi tema yang menyeronokkan - ditambah dengan video baru dan eksklusif cara bagaimana, muzik dan pembelajaran, direka bentuk untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingster di seluruh dunia. Inilah Bing!
➡️ Laman web: www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
Mahu menonton Bing di TV? Anda boleh mendapatkan episod lengkap di Disney Junior Asia.
© ACAMAR FILMS LIMITED

Пікірлер