Dr Maza Quburiyyun ? - Ustaz Hafiz Al-Za'farani

Пікірлер: 115

  • @ilmuamaliahamalilmiah3678
    @ilmuamaliahamalilmiah3678 Жыл бұрын

    Al-Imam al-Hafiz Sheikh ‘Imaduddin Ibnu Kathir Telah menyebut suatu jemaah di antara mereka ialah Sheikh Abu Mansur al-Sobbagh di dalam kitabnya al-Syamil tentang hikayat yang masyhur mengenai ‘Utbi, yang menceritakan: “Ketika aku sedang duduk di sisi makam Nabi, datang seorang Arab Dusun lalu mengucapkan salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasulullah. Aku telah mendengar Allah SWT berfirman: Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nisaa’: 64) “Sesungguhnya aku datang kepadamu kerana memohon keampunan daripada segala dosaku, dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.” Setelah itu, Arab Dusun tersebut mendendangkan beberapa bait syair: “Wahai penghuni kuburan yang tulang-belulangnya di tanah yang suci ini, kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga dipuji. “Jiwaku sedia berkorban terhadap orang yang mendiami kuburan ini, yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati”. Kemudian orang Arab Dusun itu beredar dari situ. Peristiwa tersebut terbawa-bawa dalam tidurku. Lalu aku bermimpi melihat Nabi SAW bersabda kepadaku: “Wahai ‘Utbi! Pergi dapatkan lelaki itu dan sampaikan berita gembira kepadanya, bahawa Allah telah mengampunkan dosanya.” Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya yang dikenali dengan al-Idhah (ms. 498). Ia juga diriwayatkan oleh al Hafiz ‘Imaduddin Ibnu Kathir di dalam tafsirnya yang begitu masyhur ketika mentafsirkan ayat di atas. Kisah ini turut diriwayatkan oleh Sheikh Abu Muhammad Ibnu Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni (jilid 3, ms.556). Ia juga dinaqalkan oleh Sheikh Abu al Farj Ibnu Qudamah di dalam kitabnya al-Syarh al-Kabir (Jilid 3, ms. 495). Selain itu, ia juga dinaqalkan oleh Sheikh Mansur ibn Yunus al-Buhuti di dalam kitabnya yang dikenali dengan Kasyshaf al-Qina’; salah sebuah kitab termasyhur dalam mazhab Hambali (Jilid 5, ms. 30). Imam al Qurtubi, seorang ulama besar yang menjadi sandaran ahli tafsir, menyebut kisah yang hampir sama di dalam tafsirnya yang terkenal, al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Beliau berkata: Telah meriwayatkan Abu Sodiq daripada Ali berkata: “Telah datang kepada kami seorang Arab Dusun selepas tiga hari kami mengkebumikan jenazah Rasulullah. Dia melemparkan dirinya di sisi makam Rasulullah SAW dan melumurkan debu-debunya di atas kepalanya. Lalu dia berkata, “Engkau telah bersabda, wahai Rasulullah! Dan Aku telah mendengar sabdamu itu. Aku telah mengingatinya daripada Allah dan daripadamu (ayat tersebut). Antara yang diturunkan oleh Allah kepadamu: “Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. “Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dan aku datang kepadamu untuk meminta agar engkau memohon keampunan untukku”. Lalu berseru suatu suara dari makam, “Sesungguhnya kamu telah diampunkan”. (Al-Jami’ li al-Ahkam al-Quran, Jilid 5, ms. 265) Inilah kisah al ‘Utbi, dan mereka yang telah disebutkan di atas adalah ulama yang telah menaqalkan kisah ini; sama ada dengan sanad yang sahih atau pun daif; yang boleh menjadi sandaran para ahli hadis di dalam menentukan suatu khabar. Maka kita ingin bertanya, adakah para tokoh ulama ini menaqalkan sesuatu yang menimbulkan kekufuran dan kesyirikan? Atau, apakah mereka menaqalkan sesuatu yang membawa kepada penyembahan berhala dan peribadatan kepada kubur? Jika perkara tersebut sedemikian, maka apakah wajar diletakkan kepercayaan kepada mereka atau kepada kitab-kitab mereka? Sedangkan kita semua maklum kedudukan mereka dan kitab-kitab mereka ini di sisi umat Islam. “Maha Suci Engkau, ya Allah! Ini adalah satu pembohongan yang besar.” Al imam ibn kathir dalam tafsir beliau meriwayatkan juga kisah yang mashyur ini ; Tafsir Ibn Katsir : وَما أَرْسَلْنا مِنْ رَسُولٍ إِلاَّ لِيُطاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جاؤُكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّاباً رَحِيماً (64) وَقَدْ ذَكَرَ جَمَاعَةٌ مِنْهُمْ: الشَّيْخُ أَبُو نَصْرِ بْنُ الصَّبَّاغِ فِي كِتَابِهِ "الشَّامِلِ" الْحِكَايَةَ الْمَشْهُورَةَ عَنْ العُتْبي، قَالَ: كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ قَبْرِ النَّبِيِّ ﷺ، فَجَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، سَمِعْتُ اللَّهَ يقول: ﴿وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا﴾ وَقَدْ جِئْتُكَ مُسْتَغْفِرًا لِذَنْبِي مُسْتَشْفِعًا بِكَ إِلَى رَبِّي ثُمَّ أَنْشَأَ يَقُولُ: يَا خيرَ مَنْ دُفنَت بِالْقَاعِ أعظُمُه ... فَطَابَ منْ طِيبِهِنَّ القاعُ والأكَمُ ... نَفْسي الفداءُ لقبرٍ أَنْتَ ساكنُه ... فِيهِ العفافُ وَفِيهِ الجودُ والكرمُ ... ثُمَّ انْصَرَفَ الْأَعْرَابِيُّ فَغَلَبَتْنِي عَيْنِي، فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ ﷺ فِي النَّوْمِ فَقَالَ: يَا عُتْبى، الحقْ الْأَعْرَابِيَّ فَبَشِّرْهُ أَنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ له Sejumlah ulama -antara lain Syekh Abu Mansur As-Sabbag di dalam kitabnya Asy-Syamil- mengetengahkan kisah yang terkenal dari Al-'utbi yang menceritakan bahwa ketika ia sedang duduk di dekat kubur Nabi Saw., datanglah seorang Arab Badui, lalu ia mengucapkan, "Assalamu'alaika, ya Rasulullah (semoga kesejahteraan terlimpahkan kepadamu, wahai Rasulullah). Aku telah mendengar Allah berfirman: 'Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka menjumpai Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang' (An-Nisa: 64). Sekarang aku datang kepadamu, memohon ampun bagi dosa-dosaku (kepada Allah) dan meminta syafaat kepadamu (agar engkau memohonkan ampunan bagiku) kepada Tuhanku." Kemudian lelaki Badui tersebut mengucapkan syair berikut , yaitu: يَا خَيْرَ مَنْ دُفِنَتْ بِالْقَاعِ أَعْظُمُهُ ... فَطَابَ مِنْ طِيبِهِنَّ الْقَاعُ وَالْأَكَمُ نَفْسِي الْفِدَاءُ لِقَبْرٍ أَنْتَ سَاكِنُهُ ... فِيهِ الْعَفَافُ وَفِيهِ الْجُودُ وَالْكَرَمُ "Hai sebaik-baik orang yang dikebumikan di lembah ini lagi paling agung, maka menjadi harumlah dari pancaran keharumannya semua lembah dan pegunungan ini. Diriku sebagai tebusan kubur yang engkau menjadi penghuninya; di dalamnya terdapat kehormatan, kedermawanan, dan kemuliaan." Kemudian lelaki Badui itu pergi, dan dengan serta-merta mataku terasa mengantuk sekali hingga tertidur. Dalam tidurku itu aku bermimpi bersua dengan Nabi Saw., lalu beliau Saw. bersabda, يَا عُتْبى، الحقْ الْأَعْرَابِيَّ فَبَشِّرْهُ أَنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ له "Hai 'utbi, susullah orang Badui itu dan sampaikanlah berita gembira kepadanya bahwa Allah telah memberikan ampunan kepadanya!" *Tafsir Ibn Katsir An nisa 64* Dan kisah ini dimuatkan juga oleh imam.an nawawi dalam kitabnya al majmuk dan.al-idhoh. النووي في المجموع (٨/٢١٧) وفي الإيضاح (ص٤٩٨).

  • @ilmuamaliahamalilmiah3678

    @ilmuamaliahamalilmiah3678

    Жыл бұрын

    :: Isu Tawassul dan Istighathah : Telah Wujud Saranan dan Pengamalannya Sejak Zaman Rasulullah ﷺ, Zaman Sahabat, Zaman Salaf as-Soleh dan Zaman Khalaf :: 1) Disebutkan dalam al-Quran : Allah ﷻ berfirman: يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَا بْتَغُوْۤا اِلَيْهِ الْوَسِيْلَةَ... "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya..." { Surah Al-Ma'idah 5 : 35 } Jelas dalam ayat tersebut disarankan agar mencari "wasilah" yakni "bertawassul". Maka daripada sini wujudlah pengamalan tawassul daripada Rasulullah ﷺ, para Sahabat dan juga dari kalangan Ulama Salaf as-Soleh. Diantara Hadith yang menunjukkan Rasulullah ﷺ bertawassul selain dari Allah ﷻ ialah hadith berikut : Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه berkata : "Ketika Fathimah binti Asad bin Hasyim, ibu Saidina Ali ibn Abi Thalib meninggal, Rasulullah ﷺ masuk ke dalam, kemudian duduk pada arah kepalanya sambil mendoakan : 'Semoga Allah merahmatimu ya ibuku,engkau adalah ibuku setelah ibu kandungku, engkau yang memberi aku kenyang, engkau tidak mahu memakai pakaian, tetapi engkau yang memberiku pakaian, engkau melarang dirimu sendiri untuk makan, tapi engkau yang memberiku makan, semua itu engkau lakukan semata mengharapkan keredhaan Allah dan kehidupan akhirat semata'. Kemudian baginda ﷺ perintah untuk dimandikan tiga kali, dan ketika air sampai pada kapur barus, Rasulullah ﷺ menuangkan air sendiri dengan tangannya kemudian baginda ﷺ melepaskan gamisnya, dan memakaikan gamisnya tersebut, kemudian mengafaninya, kemudian baginda ﷺ memanggil Usamah ibn Zaid, Abu Ayyub al-Anshari, Umar Ibn al-Khathab dan budak lelaki hitam, agar mereka menggali kuburnya. Setelah selesai membuat liang kubur, Rasulullah ﷺ ikut menggali, mengeluarkan pasir dengan tangannya, ketika galian selesai, baginda ﷺmembaringkan badannya di liang kubur, kemudian membaca doa : اللَّهُ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لا يَمُوتُ، اغْفِرْ لأُمِّي فَاطِمَةَ بنتِ أَسَدٍ، ولَقِّنْهَا حُجَّتَها، وَوَسِّعْ عَلَيْهَا مُدْخَلَهَا، بِحَقِّ نَبِيِّكَ وَالأَنْبِيَاءِ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِي، فَإِنَّكَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ "Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup yang tiada menerima kematian. Ampunilah bagi bondaku Fathimah binti Asad, bimbinglah dia untuk menegakkan hujjahnya (yakni untuk menjawab fitnah kubur), luaskanlah kuburnya, *demi haq NabiMu dan segala Nabi yang sebelumku*, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengasih." Setelah itu baginda ﷺ takbir empat kali(solat jenazah), dan kemudian memasukkannya ke dalam liang lahat bersama dengan Saidina Abbas رضي الله عنه dan Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه." [ Hadith Riwayat Imam ath-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan al-Awshat dengan sanad yang jayyid. Juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Hakim daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه dan mereka memandangnya sebagai sahih. Ianya juga diriwayatkan oleh Ibnu Abd al-Bar daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه, Abu Syaibah daripada Sayyidina Jabir رضي الله عنه, ad-Dailami dan juga Abu Nu'aim. ] Dalam hadith tersebut jelas Rasulullah ﷺ bertawassul dengan para Nabi yang telah wafat sebelumnya. Dalam hadith lain, Rasulullah ﷺ bertawassul dengan makhluk sepertimana hadith : Dari Aisyah رضي الله عنها bahawa ketika Nabi ﷺ sakit(dalam riwayat lain mendoakan orang sakit), baginda ﷺ berdoa : بِسْمِ اللَّهِ بِتُرْبَةِ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا (dengan nama Allah, dengan perantara debu tanah kami dan liur sebahagian dari kami, semoga orang yang sakit dari kami disembuhkan dengan izin Tuhan kami)." [ Hadith Sahih riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dalam Musnadnya dan lain-lain ] 2) Manakala dalam kalangan para Sahabat Rasulullah juga ada mengamalkan tawassul dan istighathah sepertimana hadith berikut : Dari Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa 'Umar bin al-Khathab رضي الله عنه ketika kaum muslimin ditimpa musibah, ia meminta hujan dengan berwasilah kepada 'Abbas bin 'Abdul Muthalib seraya berdoa, "Ya Allah, kami meminta hujan kepada-Mu dengan perantaraan(wasilah) Nabi kami, kemudian Engkau menurunkan hujan kepada kami. Maka sekarang kami memohon kepada-Mu dengan perantaraan(wasilah) bapa saudara Nabi kami, maka turunkanlah hujan untuk kami." Anas berkata, "Mereka pun kemudian mendapatkan hujan." [ Hadith riwayat Bukhari ] Hadith tersebut menunjukkan bahawa Sahabat Rasulullah ﷺ telah pun mempraktikkan Tawassul. Dari kalangan Salafi-Wahhabi mengatakan bahawa bertawassul kepada orang yang hidup sahaja dibolehkan, adapun kepada yang sudah wafat walaupun ianya adalah seorang Nabi, maka itu adalah syirik. Malangnya mereka(Salafi-Wahhabi) terlalu cepat menghukum sedangkan terdapatnya dalil berkenaan tawassul atau istighathah terhadap orang yang sudah wafat. Allah ﷻ berfirman : وَمَاۤ اَرْسَلْنَا مِنْ رَّسُوْلٍ اِلَّا لِـيُـطَاعَ بِاِذْنِ اللّٰهِ ۗ وَلَوْ اَنَّهُمْ اِذْ ظَّلَمُوْۤا اَنْفُسَهُمْ جَآءُوْكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللّٰهَ وَاسْتَغْفَرَ لَـهُمُ الرَّسُوْلُ لَوَجَدُوا اللّٰهَ تَوَّابًا رَّحِيْمًا "Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." { Surah An-Nisa' 4 : 64 } Sebahagian Ulama mengatakan bahawa keumuman ayat tersebut tidak terhad hanya pada waktu hidupnya Rasulullah ﷺ akan tetapi ianya termasuk juga ketika telah wafatnya Rasulullah ﷺ. Hal ini sepertimana kisah yang terkandung dalam kitab Tafsir Ibn Kathir. Maka daripada sini, terdapatnya Sahabat yang beristighathah kepada Rasulullah ﷺ ketika zaman telah wafatnya Rasulullah ﷺ. Hal ini sepertimana riwayat berikut : Daripada Malik ad-Dari(bendahara Saidina Umar رضي الله عنه) berkata : "orang ramai menderita kekeringan pada zaman pemerintahan Saidina Umar. Ketika itu datang seorang lelaki ke makam(kubur) Nabi ﷺ lalu berkata : "Ya Rasulullah, mohonkanlah hujan untuk ummat mu, kerana mereka nyaris binasa." Lalu Nabi ﷺ mendatanginya dalam mimpi dan berkata : "Pergi dan temuilah Umar."(selesai setakat ini dalam kitab Fath al-Bari) (Sambungan Hadith) ⬇️ "Pergi dan temuilah Umar serta katakan kepadanya, 'engkau akan mendapatkan hujan'. (Lelaki itu pergi dan berkata kepada Umar) kemudian Umar menangis dan berseru, "Wahai Tuhanku, aku tidak berdaya kecuali terhadap apa yang memang ada dalam kemampuanku." [ Hadith riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Baihaqi dalam Dalail, Ibn Asakir dalam Tarikhnya, dan lain-lain ] Berkata Imam ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari : "diriwayatkan oleh ibn Abi Syaibah dengan sanad yang Sahih." ((Lelaki yang dimaksudkan dalam Hadith tersebut ialah Bilal ibn al-Harith salah seorang Sahabat Rasulullah ﷺ.)) Maka daripada riwayat-riwayat diatas, jelas menunjukkan bahawa para Sahabat seperti Bilal ibn al-Harith telah mempraktikkan istighathah dan tidak diingkari oleh para Sahabat yang lain. Begitu juga hadith-hadith tersebut menyarankan untuk bertawassul atau beristighathah kepada makhluk selain Allah ﷻ. 3) Daripada riwayat-riwayat yang menganjurkan amalan istighathah tersebut, maka wujudlah Ulama Salaf as-Soleh seumpama Imam Ahmad ibn Hanbal yang mempraktikkannya atau mengamalkannya. Ini sepertimana riwayat berikut : Daripada Abdullah ibn Imam Ahmad ibn Hanbal, beliau berkata, aku mendengar ayahku(Imam Ahmad ibn Hanbal) berkata : "Aku telah menunaikan haji sebanyak lima kali haji. Maka aku telah tersesat di dalam salah satu dari perjalanan tersebut. Ketika aku sedang berjalan, maka aku berdoa : "Wahai hamba-hamba Allah! Tunjukkanlah aku akan jalannya. Maka aku sentiasa menyebut-nyebutnya sehinggalah aku berada dijalannya semula." [ Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab Masa'il al-Imam Ahmad, Imam ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan lain-lain ] 4) Setelah amalan tersebut diketahui bahawa ianya telah dipraktikkan atau diamalkan pada zaman Rasulullah ﷺ, zaman Sahabat dan zaman Salaf as-Soleh, Maka jelaslah bahawa amalan bertawassul dan beristighathah kepada makhluk yakni selain dari Allah ﷻ sebenarnya mempunyai dalil-dalil sandarannya dan bahkan diamalkan pula oleh Rasulullah ﷺ, para Sahabat, Ulama Salaf as-Soleh dan Ulama Khalaf yang Mu'tabar. Jika kita lihat kembali kepada pendapat Salafi-Wahhabi tersebut, bermakna mereka telah menghukumkan Rasulullah ﷺ, para Sahabat, Ulama Salaf as-Soleh seumpama Imam Ahmad ibn Hanbal, dan Ulama Khalaf seumpama Imam an-Nawawi sebagai pelaku syirik dan murtad dari Islam(menurut Salafi-Wahhabi). Na'udzubillah min dzalik.

  • @fahriyadiprayitna4895

    @fahriyadiprayitna4895

    Жыл бұрын

    Merapu ustad ni,, perbandingan yg tidaak sesuai,, stelah itu saya mau nanya di kitab mana yg katakan ijmak bertawasull kepada nabi dan di ikuti oleh 4 mazhab.. harus pakai sumber.

  • @fahriyadiprayitna4895

    @fahriyadiprayitna4895

    Жыл бұрын

    @@ilmuamaliahamalilmiah3678 coba ketik di menit 8.13 sampai 8.23.. ustad sendiri yg bilang,, dan saya tidak tanya dalil tawassul. Jangan keluar kontek. Di cek ya ustad.

  • @ilmuamaliahamalilmiah3678

    @ilmuamaliahamalilmiah3678

    Жыл бұрын

    @@fahriyadiprayitna4895 Ya benar 4 mazhab mengharuskan tawassul,pendapat muktamad : 1. *DIHARUSKAN BERTAWASSUL MENURUT MAZHAB HANAFI* Tersebut dalam kitab Fath Al Qadir oleh Ibnu Al Hammam (3/169), Dar Al Kutub Al Ilmiyah, Beirut, Lubnan, Cetakan Pertama 1995 masehi/1415 hijrah ketika beliau menyebutkan adab adab ziarah kubur Nab Sallallahu alaihi wasallam pengarang mengatakan : . ويسأل الله تعالى حاجته متوسلا إلى الله بحضرة نبيه عليه الصلاة والسلام ، وأعظم المسائل وأهمها سؤال حسن الخاتمة والرضوان والمغفرة "Dan hendaklah dia (penziarah) memohon kepada Allah akan hajatnya dengan bertawassul kepada Allah dengan hadrat NabiNya dan permohonan yang paling besar sekali ialah permohonan akan husnul khatimah dan di dalam keadaan yang diredhai lagi diampuni" 2. *DIHARUSKAN BERTAWASSUL MENURUT MAZHAB MALIKI* Disebut dalam Syarh Al Saghir 'ala Aqrab Al Masalik ilaa Mazhab Al Malik karya Abi Al Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad Al Dardir dan di tepi hamasynya Hasyiah Al Allamah Al Syeikh Ahmad bin Muhammad Al Sowi Al Maliki ( 2/72) ,Cetakan Dar Al Ma'arif ,Al Qaherah.Tatkala pengarang menyebutkan adab adab ziarah kubur Nabi sallallahu alaihi wasallam dan dua orang sahabat baginda beliau (pengarang) menyebutkan: وحين يدخل المسجد الشريف يأتي الروضة فيصلّي بها ركعتين تحية المسجد ثمّ يأتي قبالة القبر الشريف ويقول : " السلام عليك يا سيدي يا رسول الله ، السلام عليك يا سيّدي يا حبيب الله ، السلام عليك يا سيدي يا أشرف رسل الله ، السلام عليك يا إمام المتقين ، السلام عليك يا رحمة للعالمين ، أشهد أنّك رسول الله بلّغت الرسالة وأديت الأمانة ونصحت الأمة وكشفت الغمة وجليت الظلمة ونطقت بالحكمة ، صلّى الله عليك وعلى آلك وأصحابك أجمعين " ثمّ يتوسل به - أي بالنبي صلّى الله عليه وسلّم - في جميع مطلوباته "dan apabila dia (penziarah) memasukki Masjid Al Syarif (Masjid Nabawi) lalu mendatangi Al Raudhah kemudian menghadap ke kubur yang mulia dan hendaklah mengatakan :Assalamu alaika Ya Sayyidi Ya Rasulallah ,Assalamu alaika Ya Sayyidi Ya Habiballah, Assalamu alaika Ya Sayyidi Ya Asyrafa Rusulillah, Assalamu alaika Ya Imama Al Muttaqin, Assaalamu alaika Ya Rahmatan lil Alamin.Asyhadu annaka Rasulullah balaghta al risalata wa addaita al amanah wa nasohta al ummah wa kasyafta al ghummah wa nathoqta bil hikmah sallallahu alaika wa alaa aalika wa ashaabika ajma'iin. Kemudian hendaklah dia (penziarah) bertawassul dengannya yakni dengan nabi sallallahu alaihi wasallam untuk semua permohonannya. وروي عن الإمام مالك بن أنس رضي الله عنه أنّه قال للخليفة المنصور لما حج وزار قبر النبي عليه وعلى آله الصلاة والسلام وسأل مالكا قائلا: يا أبا عبد الله أأستقبل القبلة وأدعو أم أستقبل رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وأدعو؟ فقال الإمام مالك: "ولم تصرف وجهك عنه وهو وسيلتك ووسيلة أبيك آدم إلى الله تعالى ؟ بل استقبل واستشفع به فيشفعه الله فيك Diriwayatkan daripada Al Imam Malik bin Anas Radyiallahu anhu sesungguhnya beliau telah berkata kepada Khalifah Al Mansur sewaktu mengerjakan haji dan menziarahi kubur Nabi alaihi wa ala alihi assolatu wassalam Khalifah telah menanyai Imam Malik dengan berkata:Wahai Abi Abdillah (Imam Malik) adakah saya patut berdoa dengan mengadap kiblat atau saya berdoa dengan mengadap Rasulullah sallallahu alaihi wasallam?Lalu Imam Malik menjawab:Mengapa anda memalingkan wajah anda dari baginda padahal baginda wasilah anda dan wasilah bapa anda nabi Adam kepada Allah?Bahkan hendaklah anda mengadapnya (Nabi) dan mintalah syafaatnya nescaya Allah menjadikan baginda pemberi syafaat untuk anda.

  • @ilmuamaliahamalilmiah3678

    @ilmuamaliahamalilmiah3678

    Жыл бұрын

    @@fahriyadiprayitna4895 3. *DIHARUSKAN BERTAWASSUL MENURUT MAZHAB SYAFIE* Terdapat di dalam Kitab Al Majmuk karya Al Imam Al Nawawi Rahimahullah Taala beliau Radhiallahu 'anhu mengatakan: واعلم أن زيارة قبر الرسول صلى الله عليه وآله وسلم من أهم القربات وأنجح المساعي .. إلى أن قال: ثم يأتي القبر الكريم فيستدبر القبلة ويستقبل جدار القبر ويبعد عن جدار القبر نحو أربع أذرع ويجعل القنديل الذي في القبلة عند القبر على رأسه ويقف ناظرا إلى أسفل ما يستقبله من جدار القبر غاض الطرف في مقام الهيبة والإجلال فيقول: السلام عليك يا رسول الله ... إلى أن قال: ويتوسل به في حق نفسه ويستشفع به إلى ربه سبحانه وتعالى ومن أحسن ما يقول ما حكاه الماوردي والقاضي أبو الطيّب وسائر أصحابنا عن العتبي مستحسنين له قال: كنت جالسا عند قبر النبي صلى الله عليه وآله وسلم فجاء أعرابي فقال: السلام عليك يا رسول الله سمعت الله يقول: ﴿ولو أنّهم إذ ظلموا أنفسهم جاوؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما﴾ وقد جئتك مستغفرا لذنبي مستشفعا بك إلى ربي ثم انشد يقول: مستشفعا بك إلى ربي ثم انشد يقول: يا خير من دفنت بالقاع أعظمه فطاب من طيبهن القاع والأكم نفسي الفداء لقبر أنت ساكنه فيه العفاف وفيه الجود والكرم ثمّ انصرف الأعرابي فحملتني عيناي فرأيت النبي صلى الله عليه وآله وسلم في النوم فقال: « يا عتبي الحق الأعرابي فبشره أنّ الله قد غفر له» ). كتاب المجموع شرح المهذب ، للنووي ، ( 8 \ 256 - 257 ، دار إحياء التراث العربي للطباعة والنشر والتوزيع ) Ketahuilah olehmu sesungguhnya ziarah ke kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam adalah sebahagian daripada sepenting penting usaha untuk menghampirkan diri kepada Allah dan yang paling berjaya...sampai kepada perkataan beliau....: Kemudian hendaklah dia (penziarah) mendatangi kubur yang mulia (kubur nabi sallallahu 'alaihi wasallam) dan hendaklah dia membelakangkan kiblat dan menghadap kepada tembok kuburan dalam keadaan menjauhkan diri daripada temboknya sejarak empat hasta dan hendaklah dia menjadikan lampu yang menghala kiblat betul betul di atas kepalanya dan hendaklah dia berdiri sambil tunduk memandang ke bawah dalam keadaan menutup matanya dengan merasai kehebatan dan kebesaran dan sebutlah: Assalamu 'alaika Ya Rasulullah....sampai kepada perkataan beliau (Imam Al Nawawi)...dan hendaklah dia (penziarah) bertawassul untuk dirinya dan pohonkan syafaat dengannya kepada Tuhannya subhanahu wa ta'ala dan sebaik baik ucapan yang yang diucapkan itu ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al Mawardi dan Qadhi Abu Al Toyyib dan sekelian sahabat sahabat kami daripada Al 'Utbi dan mereka semua menganggap nya sebagai riwayat yang hasan yang mana telah berkata perawi ( 'Utbi ): Ketika aku sedang duduk di sisi kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam lalu datanglah seorang Arab Dusun sambil berkata:Salam atas mu Ya Rasulullah aku telah mendengar Allah berfirman: ولو أنّهم إذ ظلموا أنفسهم جاوؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما Dan sekiranya mereka itu menzalimi diri mereka sendiri lalu mereka datang kepada mu lalu mereka meminta keampunan kepada Allah dan Rasul pun meminta keampunan untuk mereka nescaya mereka akan mendapati Allah itu Maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihi. Sesungguhnya aku datang kepada mu (Ya Rasulallah) meminta ampun(kepada Allah) akan dosa dosaku minta pertolongan mu kepada Tuhanku.Kemudian dia bermadah: ۞Wahai yang sebaik baik insan yang dikuburkan di lembah ini lagi yang paling agung ۞Maka menjadi harumlah dari pancaran keharumannya seluruh lembah dan gunung ۞Diriku menjadi tebusan kuburan yang engkau penghuninya ۞Di dalamnya terdapat kehormatan,kedermawanan dan kemuliaan Kemudian lelaki Arab Dusun itu beredar dan mata ku ('Utbi yang meriwayatkan kisah ini) mengantuk dan aku melihat Nabi Sallalllahu 'alaihi wasallam di dalam tidurku bersabda :Wahai 'Utbi dapatkan lelaki dusun itu dan berilah berita gembira kepada nya sesungguhnya Allah telah mengampuninya. (Kitab Al Majmuk Syarah Muhazzab ,Imam Al Nawawi, 8/256-257,Dar Al Ihya Al Turath Al Arabi) Dan telah berkata Al Imam Taqiyuddin Abu Al Hasan Al Subki Rahimahullah Ta'ala salah seorang ulama Asyyafiiyah: اعلم أنه يجوز ويحسن التوسل والاستغاثة والتشفع بالنبي صلى الله عليه وآله وسلّم إلى ربه سبحانه وتعالى وجواز ذلك وحسنه من الأمور المعلومة لكل ذي دين المعروف من فعل الأنبياء والمرسلين وسيرة السلف الصالحين والعلماء المسلمين Ketahui oleh mu sesungguhnya baik dan elok untuk bertawassul dan meminta pertolongan dan syafaat dengan Nabi Sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam kepada Tuhannya Subhanahu Wa Ta'aala dan adalah keharusan serta kebaikannya merupakan sebahagian daripada perkara perkara yang telah dimaklumi oleh setiap insan yang kuat berpegang kepada agama dan sudah terkenal merupakan amalan para nabi dan rasul dan perjalanan hidup Salaf Al Solihin dan para ulama kaum muslimin. (Rujuk Kitab Syifa Al Asqam Fi Ziarati Al Khairi Al Anaam bab 8 halaman 161) Dan beliau Rahimahullah mengatakan lagi: وأقول: إنّ التوسل بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم جائز في كل حال: قبل خلقه وبعد خلقه في مدة حياته في الدنيا وبعد موته في مدة البرزخ وبعد المبعث في عرصات القيامة والجنة Dan aku (Syeikh Subki) berkata: Sesungguhnya tawassul dengan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam itu hukumnya harus pada setiap keadaan baginda samada sebelum baginda diciptakan atau selepas baginda diciptakan yakni selama baginda masih hidup atau selepas kewafatan baginda selama baginda berada di alam barzakh atau pun selepas dibangkitkan pada hari kiamat dan semasa di dalam syurga. (Rujuk Kitab Syifa Al Asqam Fi Ziarati Al Khairi Al Anaam bab 8 halaman 161) Disebut di dalam Kitab Al Iqna' karya Imam Al Syarbini halaman 374 berkenaan adab adab ziarah ke kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam: ثمّ يقف مستدبر القبلة مستقبل رأس القبر الشريف ويبعد عنه نحو أربعة أذرع ، فارغ القلب من علائق الدنيا ، ويسلّم عليه بلا رفع صوت ، وأقلّه السلام عليك يا رسول الله صلّى الله عليه وسلّم ، ثمّ يتأخر صوب يمينه قدر ذراع فيسلّم على أبي بكر ثمّ يتأخر قدر ذراع فيسلّم على عمر رضي الله تعالى عنهما ثمّ يرجع إلى موقفه الأول قبالة وجه النبيّ صلّى الله عليه وسلّم ويتوسل به في حق نفسه ، ويستشفع به إلى ربه ، وإذا أراد السفر ودّع المسجد بركعتين وأتى القبر الشريف وأعاد نحو السلام الأول Kemudian penziarah hendaklah berdiri membelakangkan kiblat dan menghadap ke kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang mulia pada bahagian kepala dan hendaklah jauh sejarak empat hasta dan hendaklah dia mengosongkan hati daripada segala pergantungan pergantungan dunia dan memberi salam ke atas baginda dengan suara yang perlahan dan katakanlah:Assalamu 'alaika Ya Rasulallah Sallallahu 'alaihi wa sallam...Kemudian berundurlah dia arah ke kanan dengan kadar sehasta maka hendaklah dia memberi salam kepada Abu Bakar kemudian berundur lagi kadar sehasta dan memberi salam kepada Umar Radhiallahu Ta'aala 'anhuma kemudian kembalilah Dia ditempatnya yang mula mula menghadap kepada wajah Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan hendaklah dia bertawassul dengan baginda bagi dirinya sendiri dan meminta tolong dengan baginda kepada Tuhannya dan apabila dia hendak berangkat musafir hendaklah dia mengucapkan selamat tinggal kepada masjid (Masjid Nabawi) dengan bersolat dua rakaat dan hendaklah mendatangi Kubur yang mulia dan mengulangi mengucapkan salam seperti yang mula mula.

  • @mostafaalkaff4419
    @mostafaalkaff441911 ай бұрын

    ustadz zafarani sungguh benar kata2 ustad danbenar

  • @rasoulbakr9377
    @rasoulbakr9377 Жыл бұрын

    petik bende2 yg org x ckp.buat andaian sndiri je.

  • @faridahsamad5846
    @faridahsamad584610 ай бұрын

    Allahuakbar..semoga Allah kurniakan anugerahNya umat islam dan alim ulama bersatu hati dan lindungi kami dari berpecah belah..Amin Terima kasih ustaz atas pencerahanya..

  • @akbar339
    @akbar339 Жыл бұрын

    Yang peliknya, mereka kata Perlis bukan negeri Wahabi tetapi mufti dan beberapa ulama Perlis adalah Wahabi. Mereka tak berani tuduh pula Raja Perlis, ketua agama, itu wahabi. Mereka tak berani untuk berdialog atau berhujah dengan ulama Perlis, kalau ada pun banyak yg tiada fakta hujah untuk berhujah dan pulang seolah tiada apa yg berlaku.

  • @renuasta

    @renuasta

    Жыл бұрын

    negeri tu tempat. wahabi ni individu. sah2 la xleh label negeri tu dgn gelaran individu..x kena kan? mcm kata perlis ni muslim. apa yg muslimnya? perlis ni tempat..kalau org2 perlis itu muslim bru kena. bukan x berani berhujah.. tgok la..bila ajak je, byk ragam dan kondisi. last2 hantar ust Salman jgakk..yg lain xdak teloq barangkali

  • @meegoreng5142

    @meegoreng5142

    Жыл бұрын

    Woii kami org perlis tak ikut maza n da gang noh..

  • @Ahlulsunnah5962

    @Ahlulsunnah5962

    Жыл бұрын

    @@meegoreng5142 aku pn org peqhelih.....boleh dikatakan majoriti org peqhelih xsuka maza n puak² dia

  • @encikreka1336

    @encikreka1336

    7 ай бұрын

    Sapa ulama Perlih tu? Maza ?

  • @ezzywish417

    @ezzywish417

    6 күн бұрын

    @@akbar339 Salafi-Wahabi bukan dari kalangan Ahli-Sunnah Wal-Jamaah

  • @AbuBakar-qf7sd
    @AbuBakar-qf7sd Жыл бұрын

    Almarhum mufti perak pernah berkata “ Dia orang yang terlajak pandai”😂

  • @ruslanrj4626
    @ruslanrj4626 Жыл бұрын

    Doa menghadap kiblat itu di tuntut dan lebih beradab.

  • @masradin6886
    @masradin6886 Жыл бұрын

    Terbaik ustaz Haza kerana memberi tausiah .. kekuatan umat islam kena ingat mati satu kekuatan cinta kan kematian satu kekuatan islam juga maka mendatangi kubur utk menziarahi orang yg soleh adalah satu kekuatan juga walaupun mereka telah mati..memburu keberkatan mereka..

  • @MohamadIsmail-pq1tx
    @MohamadIsmail-pq1tx Жыл бұрын

    Baik dan terbaik ustaz haza

  • @AmeyBarkaylow

    @AmeyBarkaylow

    Жыл бұрын

    Kenapa dgn black banner bro. 🤔 Ooh panji hitam itulah kedatangan yg ditunggu tunggu dan kebykkan adalah berkait dgn kemenangan Islam akhir zaman. Muhammad saw manusia biasa hanya mengajak kearah kesatuan satu hati satu hasrat bersatupadu agar semua dapat menafaat dari sudut meraih kemakmuran semua pihak. Secara fitrah tidak semua yg mahu sbb keEGOan kecemburuan pihak yg tidak mahu bersama mcm biasa tindak balas sbb keterbiasaan sikap yg tidak suka dikawal. Dlm kebangkitan ini bukan mudah pihak yg tidak bersetuju melawan arus sbb kefahaman ketua negara secara lazimnya mahu perubahan berlaku terutama disiplin dapat rakyatnya akur akan hasrat kepimpinan negara. Imamul Al-Mahdi dgn keberadaannya menerangkan dari sudut kemajuan dan pentingnya bersatu padu keamanan dapat diwujudkan kenalpasti setiap org memainkan peranan msg2 memberi sumbangan utk negara. Inilah yg semua mahukan bila semua satu hati satu hasrat msg2 jadi saksi agar semua mengikuti dgn teratur akan menegur secara baik supaya mereka yg ditegur faham akan hasrat utk membasmi kemiskinan. Satu shj kemenangan semua ingin mendapat jodoh hanya dgn usaha bersama tahu membezakan yg betul yg salah sbb kemahuan naluri manusia mahu mengecapi kebahagiaan inilah peluang utk mereka merasai semua itu. Ada jodoh ada pekerjaan dgn gaji yg munasabah peluang pelajaran yg mudah bantuan pinjaman membeli rumah dgn bayaran bulanan yg murah dan sebagainya. Semua akan bergerak cara sederhana tidak lagi mahu berlagak tiada lagi perbezaan sbb tidak ada lagi perlakuan yg utra rasis sombong dan semua hal kearah positif shj menjadi amalan hidup dimasa depan. Bila semua rajin berusaha fikiran yg tenang tiada masalah berbahagia bersemangat secara langsung badan menjadi sihat. Perubahan inilah semua mahukan inilah yg dikatakan bumi mengeluarkan emas sbb semua rajin berusaha semua org menyumbang kewangan menjadi aktif dapat melunaskan hutang dari rakyat kepada rakyat hasilnya ibarat motor yg berpusing tiada hentinya. Dapat seribu simpan setengah yg berbaki dibelanjakan utk kos kehidupan seterusnya dan seterusnya penjanaan hasil meningkatkan usaha kemajuan pembangunan dari rakyat kepada rakyat juga Inilah dapat dilakukan hasil dari keamanan shj dapat direalisasikan utk semua negara sesama memajukan diri dan antara negara sesama bertolong-tolongan agar tiada yg ketinggalan. Bila semua seiring sejalan misi hasrat dapat diterjemahkan semua berbahagia kehidupan yg sempurna dgn sihat tubuh badan kepada Allah swt perlanjutan hayat sbb semua menumpang padanya yg sentiasa kekal hidup ibarat menanam benih tumbuh dibajai disirami terus hidup. Ini shj tujuan Al-Mahdi mengajak semua kearah bersama menuju alam akhirat tiada lagi dongeng bagai dan hanya pada yg yakin kepada Allah swt yg sentiasa hidup ibarat hidup 100 tahun ditambah 100 tahun dan 100 tahun di tambah2 seusia sebaya kenal siapa yg tua siapa muda siapa datuk moyang seterusnya yg akhir manusia purba. Ibarat dunia dipusingkan balik menuju kepada manusia purba masa sama meneroka ke planet2 lain dgn pertambahan ilmu dicurahkan utk teknologi memungkinkan hasilnya hanya roh milik Allah swt tiada siapa pun boleh buat sbb roh adalah nadi kehidupan. Begitulah adanya ❤

  • @danielazhar7
    @danielazhar7 Жыл бұрын

    Kesian tgk ustaz2 dimainkan oleh pentaksub. Kalau kita tgk balik sebenarnya pandangan ustaz2 ni sama n lebih kurang je puak sini ke puak sana. Kalau kita tanya specific questions kepada ustaz2 ni aku yakin jawapan mereka sama. Cuma berbalah sebab dimainkan oleh pentaksub. Pentaksub yg cipta naratif2 jahat. Even istilah quburiyun pun pentaksub yg mulakan. Ustaz2 pun tak tahu maksud/definisi sebenar quburiyun ni. Hati2 wahai ustaz2 jangan termakan dengan permainan pentaksub mana2 pihak sekalipun.

  • @Naksu..
    @Naksu.. Жыл бұрын

    Alhamdulillah

  • @akbar339
    @akbar339 Жыл бұрын

    Perlukah doa mengadap qiblat? Imam solat jemaah pun lepas zikir akan pusing mengadap makmun sebelum berdoa.

  • @lemont3179
    @lemont3179 Жыл бұрын

    Apakah ciri²@amalan sebenar yg boleh disifatkan@ menjurus kpd perbuatan kuburiyun?..Apakah perlakuan kufur, langsung boleh menjadikan seseorang itu kafir?

  • @amanaman-fy9hs

    @amanaman-fy9hs

    Жыл бұрын

    mintak no ekor kt kubur

  • @muhdazhar7427

    @muhdazhar7427

    Жыл бұрын

    Mintak tlg simati sampaikan hajat kepada Allah. Ini adalah aktiviti kuburiyun.. perbuatan yg boleh menjerumuskan kepada kufur.

  • @TauhidHaqiqi
    @TauhidHaqiqi Жыл бұрын

    Terbaik. Ada dalil quran hadith, athar dan qaul ulama muktabar.

  • @ahmadhassanassaearibinmukh9336
    @ahmadhassanassaearibinmukh9336 Жыл бұрын

    Semoga wahabi sempat bertaubat sebelum mati.amat amat rugi mati dalam fahaman wahabi .

  • @ibrahimyusof3222
    @ibrahimyusof3222 Жыл бұрын

    Klu aku diberi pilehan mau naik Kapal yg mana Yg captain1 nya imam safei Ulama2 nya dari ahli sunnah aljammah Atau Captainnya mufti maza Ulamayta rora n the geng Dari wahabi Aku memilih yg pertama Imam safei Kerna aku merasaa lebih selamat Dan yakin pada kealiman mereka Mereka hidup pada abad 2 dan 3 Yg dekat dgn nabi muhd saw Ilmu mereka sgt tinggi dan benar2 Tawaduk dan alim Termashor du seluroh dunia Tapi yg kedua aku tolak Kerna aku merasa kurang selamat Muftinya hidup pada abad yg ke20 Ulamanya berfaham wahabi Hanya tekenal di malaysia saja Kealinan dan taaaduk mereka Diragui Nabi sendiri bersabda Sebaik2 umat ku adalah yg hidup Pada abad 1hinggke3 Meteka dekat sama aku

  • @terbaikterbaik1100
    @terbaikterbaik1100 Жыл бұрын

    Merapu ustaz ni.. mendoakan simati Dan meminta simati mendoakan yang hidup adalah benda berbeza

  • @riduanismail6298

    @riduanismail6298

    Жыл бұрын

    Ye ke merapu... 🤔🤔🤔

  • @amollosol

    @amollosol

    Жыл бұрын

    Merapu apenye dol betul la tu..wahabi sesat tak sedar..pembenci ahlul bait..mmg ikut dajjal jela nnt

  • @amanaman-fy9hs

    @amanaman-fy9hs

    Жыл бұрын

    la.. tawassul dgn nabi pun merapu ke.. kau ni jadi wahabi sia2.. p cari ulama wahabi yg mmbenarkan tawassul dgn nabi.

  • @suriamegat

    @suriamegat

    Жыл бұрын

    Ye saya setuju atas meminta kepada yg telah mati mendoakan adalah mustahil..Kerana jasad yg berasal dari tanah telah kaku akan lebur bersatu kembali menjadi makhluk jamadat.. Tetapi...hehehe...Yg masih menerima sifat hidup adalah ruh yg telah beralih alam...Bahkan ruh ini yg menempati jasad lalu jasad yg kaku akan di hidupkan kembali dari sulbi..Maka yg berhajat bertawassul kpd ruh Baginda yang hidup dan menghadapNya mengambil berkahnya bukan meminta di doakan kerana yg hidup di bumi sudah pasti terhijab dari mendengar sesuatu di alam arwah melainkan atas IziNya.. Atau ada yg tidak beriman terhadap alam barzakh lalu menyakini takrifan mati itu adalah hakiki yg selawat dan salam mustahil di balas kembali oleh Baginda s.a.w...hingga menjadikan ruh arwah tidak mendengar orang yang di bumi dan dengan barkahnya sewaktu hidup adalah sia-sia..hehe....

  • @mohdkhairul5796

    @mohdkhairul5796

    Жыл бұрын

    Demo la merapu..kena banyak ngaji lagi.

  • @mindnavigator
    @mindnavigator Жыл бұрын

    Puak kamu panggil orang mujassimah, musyabbihah boleh pula. Tak jadi takfir ke??

  • @amollosol

    @amollosol

    Жыл бұрын

    habis dh kau kata Allah berkaki tgn berwajah pastu duduk di arasy ke langit kalau x mujassimah musyabbihah kepala tok kau apa lagi nk panggil tu dol..bodoh la

  • @deenabdul5373
    @deenabdul5373 Жыл бұрын

    Makan tahun la kalau pergi haji nak buat macam tu. Berapa ramai yang buat ibadat haji tu? Tak mustahil akan berlaku pertumpahan darah sebab semua nak buat begitu di makam Nabi... Wallahualam

  • @encikreka1336

    @encikreka1336

    7 ай бұрын

    Makam Nabi di mana? Termasuk rukun haji ke kena pi Madinah? Pening...😂

  • @rusliabdullah7136
    @rusliabdullah7136 Жыл бұрын

    Tahniah ustaz. Wahabi kat malaysia ni ada masalah hati. Hati sakit dan angkuh. Patut depa ni pi jegah mungkar kat malaysia dan ajak non muslim masuk islam. Teruskan perjuangan yang murni. Kami bersama sama ustaz.

  • @wawib4321
    @wawib4321Ай бұрын

    Ustaz ni protege ustaz engku fadhil

  • @zainalsaafie1121
    @zainalsaafie1121 Жыл бұрын

    klau boleh us ni react cap Hafiz antara wahabi yg pandai berhujah dgn Dalil tapi spin Dan FANATIK

  • @imranhafizsulaiman3554
    @imranhafizsulaiman3554 Жыл бұрын

    Kesian xngaku quburiyun 🤭

  • @AmeyBarkaylow

    @AmeyBarkaylow

    Жыл бұрын

    Quburiyun puak kamu lah yg cipta. Imam Al-Mahdi kekal di Aswj yg benar @ Asya'irah Maturidiyah Imam Shafie hingga akhirat yg tiada hujungnya.👌

  • @dapurtingkat5105
    @dapurtingkat5105 Жыл бұрын

    Xyah le tawassul2 (dgn org yg dh mati) ...mintak direct je kat Allah.dlm fatihah pun dh terang2 ckp.

  • @suriamegat

    @suriamegat

    Жыл бұрын

    Salam saudara..yg ni sgt tepat...dlm fatihah (jalan org2 yg telah Allah kurniakan nikmat..Maknanya Allah telah beri khabar gembira ikut jalan org2 terdahulu yg telah mendapat nikmat...Bukan ikut direct jalan sendiri yg mudah tersesat...follow dlm trek tu tawassul lah...hehehe..time kaseh ye nasht yg tepat.. Ermmm,tp xle gak berterima kaseh pd makhluk..Alang2 da mintak direct,dpt direct, terima kaseh pun direct juga ler..Jd sia-sialah rupanya anak minta nasi pd maknya..Sbb kene direct kt Allah,nnti turun manna dn salwa dari langit...👍..steady..Ramai manusia yg rosak akidah rupanya sbb tak direct..Patutlah zaman ni xde nmpk viral turun hidangan dari langit..Semua susah payah usaha memasak..Tak direct ngn Allah...ish..ish...Akhirnya baru sempurna akidah..Dlm fatihah jer rupanya jwpn..Selama hidup baca fateha sia-sia upanya..hehe

  • @jebonambon5235

    @jebonambon5235

    Жыл бұрын

    Itu lah wahabi makna tawasul pun tak faham, kalau tak faham belajar dulu lah.

  • @amanaman-fy9hs

    @amanaman-fy9hs

    Жыл бұрын

    mati esk2 xya mtak syafaat nabi.. mtak je direct ng Allah

  • @dapurtingkat5105

    @dapurtingkat5105

    Жыл бұрын

    Oo gitu ye.saya ni bukan alim dlm ugama.tp yg pasti minta direct dgn Allah confirm x salah sedangkn minta tlg perantara blum tntu x salah.so baik saya pilih yg confirm x salah.😁

  • @suriamegat

    @suriamegat

    Жыл бұрын

    🤣🤣..saya pun bukanlah alim saudara yg di syngi..sekadar menemankn..Paling benar adalah direct..Tp diri kita sendiri jua adalah perantara kpd Allah...Maka hakikat (direct) itu adalah kita( tumpuan) kita..Maka berlakulah ijab kabul dlm ((doa))..((permohonan hajat)).. Spt contoh dunia....anak ingin susu...tumpuannya minta kpd ibu namun melalui tangisan atau teriakkan.. Sbnrnya tak timbul soal yun2 ni..Ni semua org Islam nusantara ni da di ajar dari kanak2 lagi..tp bila menjadi2 kaum yg mengenengahkan istilah2 baru kamus dewan wahabi so buat2 la mcm polemik..Politik,kalau nk naik kene buat bende bodoh baru viral,baru boleh menjadi tumpuan..Hajat mereka bukan Allah,tp jd tumpuan makhluk sbb nk ketengahkan fahaman..Pdhl sampah jer ajaran wahabi ni..Tu dari sudut qalbulah..Kalau kaum wahabiyah ni tak buta sebelah mata mereka nmpklah..Kalau da buta sbelah,mmg xde ubatlah..hahaha..Lama da tak gelak gerun ni🤣🤣..

  • @draconiaz6556
    @draconiaz6556 Жыл бұрын

    Kami laksanakan talkin buat arwah pun mereka kata bidaah, baca Yassin bersama org yg sedang nazak dikata bidaah.. Niat kita bukan lah yg bukan2, hanya dengan niat org yg nazak masih berpeluang dapat pahala walaupun hanya mendengar bacaan Al-Quran.. dikatanya kita puak bidaah.. Nauzubillah.. minta dijauhkan Dari puak2 wahabi ni..

  • @amirulaizad2911

    @amirulaizad2911

    Жыл бұрын

    @@degaone9476 itulah..,apa yg didakwa sebaliknya

  • @mizibern8087

    @mizibern8087

    Жыл бұрын

    Talkin buat arwah tu mmang Perlis xbuat, tetapi Yassin kpd org nazak selalu ja buat di perlis..

  • @mohdmuslim3204

    @mohdmuslim3204

    Жыл бұрын

    @@degaone9476 kau g la tgk maza rora noor derus..sume bangang ckp xde sndaran...xbuat dgn melarang org buat tu berbeze..bongok

  • @mohdmuslim3204

    @mohdmuslim3204

    Жыл бұрын

    @@mizibern8087 xbuat xpe..tp mngajak org sume xbuat tu bongok namenye...xkate kat kau..kate ke rora,maza dan seangkatan

  • @nizmealutaybi279

    @nizmealutaybi279

    Жыл бұрын

    Bidaah lah tuan sebab nabi x buat walau niat baik. Bidaah ni samada yg tuan buat tu ada pahala atau sia2 saja. Perbuatan tuan ni tidak kafir atau halal darah sbgmna yg reka2 ust haza

  • @lensasuparjo8811
    @lensasuparjo881111 ай бұрын

    Baca Alquran atas kubur, mesti fadilat nya lebih besar, kan?

  • @binbaz7429
    @binbaz7429 Жыл бұрын

    dalil ni sepakat ada drp 4 sumber; Quran, Hadis, Ijmak & Qiyas. Mimpi memang tak termasuk dalam sumber dalil. Mimpi dalam cerita yang dibawa dlm ceramah ni bukanlah dalil keharusan memohon dengan Nabi s.a.w. selepas baginda wafat, atau dalil keharusan tawassul dengan Nabi. Dalilnya tetap datang daripada 4 sumber tadi. Mimpi yang diceritakan ini sekadar menunjukkan ianya diamalkan oleh umat Islam termasuklah daripada kalangan salaf

  • @amanaman-fy9hs

    @amanaman-fy9hs

    Жыл бұрын

    😂😂😂 semoga diberikan hidayah kpd wahabi

  • @King-mg9gr
    @King-mg9gr Жыл бұрын

    Koyak kot orang yang mengelarkan kuburiun pada aswaj..

  • @ilmuamaliahamalilmiah3678

    @ilmuamaliahamalilmiah3678

    Жыл бұрын

    Melenting depa..sampai kerumun duk komen dlm ni.😂..sampai maklipat pun ada jugak join..

  • @King-mg9gr

    @King-mg9gr

    Жыл бұрын

    @@ilmuamaliahamalilmiah3678 🤭🤭🤭🤭

  • @iriz088

    @iriz088

    Жыл бұрын

    Yg mai komen kat sini semua mazariun ke🤭

  • @zabrie5542
    @zabrie55423 ай бұрын

    ni ceramah ilmu ke ceramah mengeji.. adoyai

  • @iriz088
    @iriz088 Жыл бұрын

    Kalau begitu kita dah boleh kata pengikut maza ni sebagai mazariun

  • @yusobmdtasir3223
    @yusobmdtasir3223 Жыл бұрын

    Nak ziarah kubur, boleh tapi ikut cara Nabi saw. Jangan ikut cara badwi itu. Badwi itu bukan nabi.

  • @batmanreturn90
    @batmanreturn90 Жыл бұрын

    QUBURIYUN ADALAH ISTILAH CIPTAAN WAHABI@WAHABIYOL

  • @alhaqdaud3404
    @alhaqdaud3404 Жыл бұрын

    ISiS d syria/Iraq dn AsSyabab d Somalia bermanhaj Wahabi selamba ja sembelih dn serang umat Islam. JI d Indonesia letupkan Disco/Hotel ..d mana ada militan d situ ada Wahabi.. Undeniable Fact...patutlah dlm Hadis Imam Tarmizi, pertama yg Al Mahdi perangi adlah Raja Mekah.. (??,semua berasal dr Nejed)

  • @King-mg9gr

    @King-mg9gr

    Жыл бұрын

    Al Haq Daud..di Somalia adalah perang wahabi vs wahabi...golongan takfiri

  • @hikkato88

    @hikkato88

    Жыл бұрын

    Sejarah wahabi dan saud agak menggerunkan , politik mereka pun sama .. Di Malaysia lagi lah mereka sanggup menyokong pemerintah yg menyebelahi mereka . saya tak faham apa yg mereka nak sbnrnya ..

  • @muhdazhar7427

    @muhdazhar7427

    Жыл бұрын

    Elok je Qatar anjur piala dunia.. tak ada pulak Wahabi Qatar sembelih org non muslim. Lagi ramai org tertarik nak masuk Islam selepas anjuran piala dunia Qatar baru2 ni. Fun fact Muhammad Bin Abdul Wahab tu adalah keturunan Bani Tamim. Sama jugak Qatar keturunan Bani Tamim. Fakta bagi jelas jangan ambil dari musuh. 😊

  • @King-mg9gr

    @King-mg9gr

    Жыл бұрын

    @@muhdazhar7427 dah takda jawapan lain?koyak eh??🤭🤭

  • @muhdazhar7427

    @muhdazhar7427

    Жыл бұрын

    @@King-mg9gr itu jawapan dan fakta lah tu bang king.. Bani Tamim tu tanah melayu ke? 😂

  • @airbag9363
    @airbag9363 Жыл бұрын

    Panas puak Pak Wahab dgr ceramah ini..😂😂Panas...

  • @padzilothman4408
    @padzilothman4408 Жыл бұрын

    Lagi merapu

  • @AmeyBarkaylow

    @AmeyBarkaylow

    Жыл бұрын

    Imamul Al-Mahdi kekal Asya'irah Maturidiyah @ Imam Shafie menuju akhirat yg tiada hujungnya. Mahu jumpa Imamul Al-Mahdi nanti dtglah ke Masjid dari Masjid yg gah hebat sesampai Surau yg kecil pada Imamul Al-Mahdi tempat solat adalah rohnya Islam. Tiada lagi bidaah apa saja dilakukan kelihatan sembah kubur pun boleh berzikir mcm org gila pun boleh tiada halangan asalkan diri itu kekal waras. Dan setiap org ada pekerjaan tiada seorang pun kelihatan bergelandangan ato menyusahkan yg lain sbb semua yg dewasa sudah ada jodohnya otomatik rajin berusaha. Tidak dibenarkan sesiapa-siapa pun merendahkan-rendahkan kewibawaan Imamul Al-Mahdi atas sbb yg sama dajjal dihati. ❤ Persaudaraan sejagat menuju akhirat pada yg mahu bersaudara shj dan tiada paksaan hanya undang2 sejagat kemana-mana negara undang2 yg sama di akur di patuhi termasuk Al-Mahdi mematuhinya. 🤲 Dajjal adalah segala kejahatan diri termasuk yg berada di semua kepimpinan yg salah jadi betul dan yg betul jadi salah demi slmtkan kroni2nya di panggil yajuj majuj. PMX pun tidak diterima maka manusia merancang Allah swt maha terbaik penyusunannya/penyudahnya itulah DYMM Junjungan Besar Tuhan Amerulmuqmineen tuhan utk siapa saja walau jauh di hutan belantara @ PMXI alias Imamul Al-Mahdi. 🙋‍♂️ Al-Mahdi that leads world reset. kzread.info/dash/bejne/mJh20a2IoMbaoJc.html

Келесі