Casting Ikan HARUAN @ GABUS menggunakan KATAK HIDUP!

Ikan haruan adalah antara spesis yang mempunyai peminat tersendiri. Disebabkan ikan ini mudah ditemui dikawasan sekitar manusia, maka ia menjadi kegemaran bagi banyak pemancing untuk melepaskan gian. Ikan ini dikatakan sangat berkhasiat dan membantu proses penyembuhan luka. Oleh itu, nilainya agak tinggi dan digemari ramai.Walau pun ia boleh ditemui disekitar kita, namun memburunya tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu membuat persediaan rapi dari segi peralatan dan mental untuk menjerat spesis snakehead ini. Saya akan berkongsi beberapa tips untuk memancing ikan haruan secara casting secara efektif, dan mengenali tabiat ikan ini secara lebih dekat. Ikan haruan atau nama saintifiknya, Channa striata boleh ditemui hampir dimana-mana dalam Malaysia.
Anda boleh memancing ikan ini di kawasan parit, tasik, tali air, sawah dan paya. Habitat ideal spesis ini adalah di kawasan berair tenang. Untuk memudahkan anda, tumpukan kepada tebing dan kawasan cetek. Tabiat ikan haruan adalah ia perlu timbul ke permukaan air untuk mengambil udara. Oleh itu, kita boleh mengesan ikan ini berdasarkan tabiat tersebut.
Ikan haruan bersifat menjaga wilayah (territorial), tetapi ia boleh hidup berdekatan dengan haruan lain.
Spesis ini menyerang disebab oleh empat perkara:
Mempertahankan wilayah
Naluri lapar
Melindungi anak
Sakit hati
Selalunya haruan menyerang gewang kerana lapar dan marah (sakit hati).
Pernah dengar tentang sindrom cat basah?
Ia adalah konsep yang penting dalam dunia mengilat (casting)
Nota Tambahan
Spesis snakehead mudah untuk culas.
Apabila ia terasa terganggu atau ada sesuatu yang tidak kena, ia akan mendiamkan diri dan tidak akan menyerang sebarang umpan.
Oleh itu elakkan terlalu bising, mendaratkan gewang terlalu kuat dan membuat bunyi-bunyi yang tidak diperlukan.
2. Pemilihan Gewang
Secara umumnya, Haruan bukanlah spesis yang cerewet.
Hampir kesemua jenis gewang boleh memerangkapnya. Namun disebabkan habitat spesis ini berhalangan, maka gewang yang bersifat kalis sangkut adalah lebih sesuai.
Di bawah ini adalah jenis gewang yang digunakan untuk memerangkap haruan:
A) Soft Frog
Oleh kerana katak adalah makanan ruji haruan, maka soft frog atau katak getah adalah gewang yang sangat berkesan.
Ia selalu menjadi pilihan pertama saya apabila mencuba spot baru. Ia sangat sesuai untuk dilontar dikawasan yang penuh dengan halangan (heavy cover)
soft frog
Kredit gambar kepada Pro Swing Soft Frog
Cara yang selalu diamalkan dengan gewang katak getah ini adalah lontar sehingga ke tebing seberang.
Kemudian tarik secara perlahan-lahan sehingga menggelongsor ke dalam air, seolah-olah melompat dari tebing.
Selalunya ia akan disedut ganas oleh haruan yang sedang membuat ambush.
habitat ikan haruan
Suak sebegini selalu menjadi tempat ikan haruan membuat serang hendap. Oleh itu, jangan lupa lontarkan soft frog anda untuk menduga penghuninya..
Namun kelemahan gewang ini adalah sukar untuk mendapat solid hookup kerana ikan selalu miss strike.
Salah satu kaedah untuk mendapat solid hookup dengan gewang ini adalah dengan membiarkan terlebih dahulu ikan mengemam gewang kita selama 3-4 saat sebelum membuat sembatan.
Bagaimana?
Jika ikan melakukan sambaran, serta-merta rendahkan hujung joran dan perhatikan pergerakan tali. Jika tali menegang atau bergerak ke arah lain, lakukan sentapan secepat mungkin!
Untuk panduan, anda boleh memerhatikan bagaimana Oz Bangkokhooker membuat hookset bila menggunakan soft frog dalam video dibawah:
B) Jump Frog
Jump Frog ikan haruan
Handmade jump frog dari Zul’s Craft
Tidak dinafikan, fenomena jump frog melanda negara kita 2-3 tahun kebelakangan ini.
Gewang yang berasal daripada Thailand ini tidak mempunyai aksi seperti popper, pencil atau buzzbait.
Ia dikarau secara lurus dan riak air yang terhasil menyerupai katak yang sedang berenang, membuatkan ikan tergoda untuk keluar dari kawasan persembunyian untuk mendapatkan gewang ini.
Gewang ini dilengkapi dengan rumbai getah yang melindungi mata kail membuatkan ia kalis sangkut dan boleh digunakan di kawasan yang mempunyai halangan seperti teratai.
C) Spinnerbait
gewang spinnerbait ikan haruan
Gewang spinnerbait jenama Booyah
Walaupun rupanya tidak menyerupai apa-apa hidupan, namun ia adalah salah satu gewang yang killer untuk spesis snakehead.
Jangan lupa like, subscribe, comment dan share di Channel "Budak Kampung". Woohoo!

Пікірлер: 22

  • @kuybeteschannel2679
    @kuybeteschannel26792 жыл бұрын

    Info yg cukup bermanfaat...👍👍👍 Bro

  • @zulazry5248
    @zulazry52482 жыл бұрын

    Satu cara yang bagus bagi memastikan populasi ikan haruan tidak pupus.. Tangkapan berskala. Jika semuaa pemancing amalkan sikap.sapu habis nescaya 1 hari nanti ikan haruan makin berkurang dan diancan kepupusan. Terbaik Budak Kampung!

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    BETUL!

  • @nasroismail29

    @nasroismail29

    2 жыл бұрын

    Kalau di Kedah ikan haruan sentiasa membiak... Cuma nak cari saiz besar payahlah

  • @IrwanizamKasim786
    @IrwanizamKasim7862 жыл бұрын

    Memang benar bagai dikata. Inilah umpan paling ampuh untuk pancingan haruan.. mantap

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    Benar sifu

  • @yukyo902
    @yukyo9022 жыл бұрын

    Terbaik budak kampung 👍

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    Haha yaa

  • @cakandie4651
    @cakandie46512 жыл бұрын

    Pakai umpan alami ternyata ampuh juga Mantabb om

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    Benar bossku

  • @yopnas
    @yopnas2 жыл бұрын

    Iye ank kg ajer handei..sape x kenal..mantap chor..

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    Haahha

  • @yopnas

    @yopnas

    2 жыл бұрын

    X nk masuk kg air kuning lgi ke..cari toman ke.😄😄

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    @@yopnas anak ikan keli ada onzz tu. Ni katak pn xda.. ujan je

  • @yopnas

    @yopnas

    2 жыл бұрын

    @@budakkampung8053 iye ke ujan je perak..owak pn lame x blik kg..awok ngok budak² kg teman asik gasak toman je.dga ikan raje..

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    @@yopnas terbaikk laa.. ad katak boleh tu

  • @catainie869
    @catainie8692 жыл бұрын

    Lame dah xde bideoo

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    Ad dh video baru.. casting haruan

  • @fazzzzzzzzzz1684
    @fazzzzzzzzzz16842 жыл бұрын

    Waaaa😍😍😍

  • @sitinoorshahiraishak9021
    @sitinoorshahiraishak90212 жыл бұрын

    Membosankan 😏😏

  • @budakkampung8053

    @budakkampung8053

    2 жыл бұрын

    Hahaa.. video baru ad kluar mak cik