No video

Bukit Bendera Pulau Pinang

Bukit Bendera Pulau Pinang - Apa yang menarik di sini
Anda belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera . Itulah kata-kata yang sering menjadi halwa telinga kita bila bercakap bab destinasi percutian menarik di Pulau Pinang. Kali ini ayuh kita lihat apa yang menarik di Bukit Bendera yang boleh dilakukan kalau dah terlanjur ke Pulau Pinang.
Dengan suhu di puncak yang agak dingin pada ketinggian lebih 800m dari aras laut, Bukit Bendera sememangnya satu destinasi percutian yang ideal untuk mereka yang ingin berbulan madu di Penang. Banyak aktiviti-aktiviti santai yang boleh dikatakan bersuasanakan romantis yang ada di sini yang pasti akan menjadi satu memori indah dalam album honeymoon anda.
Aktiviti menarik untuk dilakukan di Bukit Bendera, Penang
1. Naik Keretapi
Nak ke puncak Bukit Bendera ada beberapa alternatif yang boleh pelancong gunakan samaada menggunakan keretapi, mendaki melalui denai yang disediakan atau melalui jalan lasak menggunakan jeep.
Namun, rata-rata pelancong yang bercuti ke Bukit Bendera lebih menggemari menggunakan keretapi kerana ianya mudah, cepat, tak penat, ada aircond dan lebih selesa tambah-tambah untuk mereka yang bercuti ke Bukit Bendera bersama keluarga dan anak-anak.
Harga Tiket Keretapi Bukit Bendera untuk Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) :
Waktu Operasi kaunter tiket Bukit Bendera
Isnin - Khamis - 6.15am ke 6.45pm
Jumaat - Ahad - 6.15am ke 7.45pm
2. Melihat Keindahan Bandaraya di Pulau Pinang
Sebaik melangkah keluar dari kereta kabel, lokasi pertama yang akan anda jumpa ialah viewing deck 180⁰ yang menempatkan platform yang menjanjikan pemandangan bandaraya Pulau Pinang yang sangat cantik.
Kalau cuaca baik dan tidak berkabus, anda boleh melihat mercu-mercu utama Pulau Pinang seperti Jambatan Pulau Pinang lama & baru, Menara Komtar, Pulau Jerejak, Fort Cornwallis, Terminal Feri dan sebagainya.
Melihat Matahari Terbit di Bukit Bendera
Bagi pengunjung yang suka menikmati pemandangan yang cantik pada awal pagi, Bukit Bendera merupakan tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbit.
Melihat Matahari Terbenam di Bukit Bendera
Waktu matahari terbenam, saksikan pemandangan bandaraya George Town yang nyaman, memberi ketenangan yang ditunggu-tunggukan selepas hari yang sibuk.
3. Observation Area & Little Village Hill
Dari viewing deck menuju ke Dataran Bukit Bendera anda akan berjumpa dengan sebaris 10 biji teropong-teropong berwarna-warni yang pasti membuatkan anak-anak ingin mencuba.
Sekiranya anda membawa teropong sendiri, tidak perlulah susah-susah untuk menghabiskan RM 1 untuk 2 minit bagi menggunakan teropong-teropong di sini. Namun kalau anda ingin melihat dengan lebih dekat bandaraya Penang dan kapal-kapal yang berlabuh di tengah lautan, bolehlah mencubanya.
4. Santai-santai di Dataran Bukit Bendera
Di sekeliling dataran atau astaka ini terdapat beberapa tarikan yang umumnya lebih kepada aktiviti santai dan bergambar seperti ikon-ikon mini Bukit Bendera, dataran love lock, model keretapi Bukit Bendera generasi kedua, pokok-pokok bunga dan sebagainya.
Ala-ala tarikan yang popular di Jepun atau Korea Selatan di mana pengunjung boleh membeli mangga berbentuk hati di sini dan kuncikan di pagar-pagar sebagai simbolik cinta antara manusia akan terkunci rapi sampai bila-bila. Kalau teringin juga nak buat, bawa sahaja kunci solex dari rumah dan betulkan niat.
5. Owl Museum & Clift Cafe
Bersebelahan dengan Dataran Bukit Bendera ini juga terdapat sebuah bangunan kayu 4 tingkat yang menempatkan cafe atau medan selera, kedai cenderahati dan juga muzium burung hantu.
6. Meriam, Taman Permainan, Masjid & Kuil
Di sebelah Dataran Bukit Bendera ini juga terdapat satu bukit yang memerlukan pengunjung mendaki tangga curam yang mempunyai kira-kira 20 anak tangga. Di atas puncak ini terdapat beberapa tarikan seperti sebuah meriam yang berusia lebih 250 tahun, masjid, taman permainan kanak-kanak, guard house dan juga sebuah kuil.
7. Menaiki Buggy
Di sebelah Dataran Bukit Bendera ini juga terdapat perkhidmatan buggy yang akan membawa pelancong menyusuri jalan yang jauhnya 2 km. Harga untuk perkhidmatan sebuah buggy pergi dalam balik hanya RM 30 dan boleh memuatkan 4-5 orang. Pemandu yang bertugas juga akan bercerita tentang setiap tarikan yang ada di sepanjang perjalanan.

Пікірлер