Beratur panjang di PUSPAKOM Wangsa Maju? Apa sebenarnya berlaku?

Автокөліктер мен көлік құралдары

Kami merujuk kepada sebuah video diviralkan yang menggambarkan queue panjang di PUSPAKOM Wangsa Maju pada 9 September dimana seorang lelaki menyatakan PUSPAKOM makin parah. Di sini kami ingin berkongsi maklumat sebenar bagi memperbetulkan kenyataan yang tidak tepat ini yang telah disuarakan di media sosial.
Setelah memeriksa data pemeriksaan dan bertemu bual dengan beberapa pelanggan pada hari yang sama di PUSPAKOM Wangsa Maju, kami mendapati kebanyakan pelanggan pada hari itu datang untuk menjalankan pemeriksaan tidak mengikuti masa janji temu mereka yang mana telah menyebabkan kawasan dipersekitaran PUSPAKOM pada hari tersebut menjadi sesak dengan kenderaan yang hadir dengan tidak mengikut masa janji temu sebenar.
Contohnya pelanggan yang janji temu slot pemeriksaan pada waktu petang hadir ke PUSPAKOM pada waktu pagi dengan harapan dapat menjalankan pemeriksaan lebih awal daripada janji temu yang dibuat.
Ada juga pelanggan yang menggunakan perkhidmatan runner tidak tahu waktu janji temu. Mereka hanya ikut arahan runner untuk membawa kenderaaan ke PUSPAKOM sebelum pukul 5:00 petang dan tidak mengikut masa janji temu mereka yang sebenar.
PUSPAKOM sentiasa berusaha untuk memudahkan pemeriksaan demi keselesaan pelanggan. Waktu operasi di PUSPAKOM Wangsa Maju pada hari tersebut sememangnya telahpun dipanjangkan sehingga 9:00 malam. PUSPAKOM menyeru kepada semua pelanggan supaya hadir pemeriksaan mengikut masa janji temu yang dibuat bagi mengelak daripada kesesakan seperti ini berlaku lagi. Bayangkan jika setiap pelanggan datang 1 jam lebih awal dari masa janji temu, bilangan kenderaan yang menunggu akan berkali ganda setiap jam dan terpaksa berbaris panjang, malahan kenderaan dengan double parking di bahu jalan sekitar premis PUSPAKOM mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Untuk makluman lanjut, PUSPAKOM juga telah melanjutkan waktu operasi pada 10 & 24 September (Sabtu) 2022 di pusat-pusat pemeriksaan utama supaya lebih banyak kenderaan dapat menjalani pemeriksaan pada hari-hari tersebut.

Пікірлер: 9

  • @hooda.n7536
    @hooda.n7536 Жыл бұрын

    TAPI DALAM TV KATA 'WALK-IN'...DATANG SAJA TAK PERLU APPOINTMENT. SEKARANG KATA KENA TEMUJANJI!!! MANA YANG BETUL???

  • @nordeknon8857
    @nordeknon88573 ай бұрын

    sekarang puspakom kena tegas bab schedule, mana yg tak ikut masa dan tarikh kena balik buat temujanji semula online. takda kompromi jika alasan runner info tak betul itu masalah awak dgn runner. pihak puspakom dah ada jadual so takdala timbul isu kesesakan sebegini.kalau isu rasuah timbul atau ada org kepentingan sampai bila2 puspakom red flag. telan la asap berjam jam menunggu.letak polis bantuan utk kawal. berasap2 nanti ada je nak ngamuk org malaysia ni.so harap puspakom bertegas dengan management.

  • @hanzo7715
    @hanzo7715 Жыл бұрын

    Guna runner smua boleh lepas..asal ada wang jolok skit lpas la..hahahaha

  • @daudches

    @daudches

    Жыл бұрын

    Ujian brek sepatutnya bagi robot tekan bukan orang nanti boleh tipu.. Tekan tak habis.

  • @anuarhud
    @anuarhud Жыл бұрын

    Senang kata mereka tak buat temujanji dgn puspakom ....mereka guna runner......runner kata boleh masok mereka masok runer ada kebel besar...haaaa🤣🤣🤣

  • @arifyang8752

    @arifyang8752

    Жыл бұрын

    Maksud @anuarhud runner yg buat kecoh tu lah?

  • @anuarhud

    @anuarhud

    Жыл бұрын

    @@arifyang8752 tanya driber lori lori tu mereka ada buat temu janji ke tidak...... Kalau mereka ada buat temujanji tak munkin jem teruk mcm tu ....bodoh sangat ke komputer puspakom yg terima temujanji tu... temujanji dah penoh pun boleh terima lg....haaaaa

Келесі