Asam Pedas Melaka Masak Guna KELAPA BAKAR? Apa Rasanya | Resepi Tok Melaka

Dalam episode Resepi Tok kali ini, Fendi teruskan penjelajahan dengan mencari resepi Asam Pedas Melaka. Keunikan resepi Asam Pedas di Melaka ini menggunakan KELAPA BAKAR sebagai salah satu bahan untuk menggantikan kerisik. Rasa yang sedap dan bau yang sangat wangi dari kuah asam pedas ini pasti membuatkan anda tidak tidur lena.
Selain menggunakan kelapa bakar, tomato, bawang putih dan juga bahan-bahan lain turut dibakar untuk menaikkan lagi rasa dan aroma ASAM PEDAS MELAKA ini. Sedap ke rasa Asam Pedas ini? Mari kita lihat.
Tonton Siri Resepi Tok di bawah:-
Resepi Tok Pulau Pinang : • Resepi Tok Pulau Pinang
Resepi Tok Ramadan : • Resepi Tok Ramadhan
Resepi Tok Langkawi : • Resepi Tok Langkawi
Resepi Tok Perlis : • Resepi Tok Perlis
Resepi Tok Kedah : • Resepi Tok Kedah
Resepi Tok Johor : • Resepi Tok Johor
________________________________________________________________
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZread, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Пікірлер: 201

  • @nonasuasa5586
    @nonasuasa5586 Жыл бұрын

    Memang layan betul tengok resepi tok dgn berbagai telatah org2 otai kyg sporting dgn Fendi yg kuat bergurau😂

  • @aberizal8022
    @aberizal8022 Жыл бұрын

    pengacara rancangan makanan terbaik masa kini, Fendi.

  • @chokelatfruitty7257
    @chokelatfruitty7257 Жыл бұрын

    Kualiti jauh lebih baik dari program tv 👍🏻

  • @rushiaboingboing7224

    @rushiaboingboing7224

    10 ай бұрын

    Łr

  • @norizanmdyunus7131
    @norizanmdyunus7131 Жыл бұрын

    Best betul pengacara ni, kelakar tapi pandai menjaga hati, sedapppp masak asam pedas melaka tu ye, syukran, jazakallah khairan

  • @redvelvet1782
    @redvelvet1782 Жыл бұрын

    saya orang johor, resepi mak saya untuk yg blend ialah bawang merah, bawang besar, halia & bawang putih, sebelum tumis, panaskan api then masukkan serai dulu bagi naik bau dalam 2 batang, untuk sayur bubuh bendi, bunga kantan & daun kesum, then ada air asam kena letak lebih sikit & nak rasa fresh perahkan limau kasturi 2-3 biji, kalau husban saya org muar ada tambah serbuk lada hitam sikit, kadang ada resepi letak belacan & kunyit. tengok tempat la resepi asam pedas n.. masak kena rasa, kena tunggu rasa ikan tu turun kdlam kuah.. jangan cpt sangat tutup api, nnti rasa x datang.

  • @norasid6146
    @norasid6146 Жыл бұрын

    Alhamdulillah..Tuan Fendi dan team Destinasi TV..terima kasih membawakan episode yg sangat menarik dn menjemput Selera. Terima kasih Puan Fadilah Kassim sudi berkongsi resepi dn cara memasak asam pedas ikan mayong orang Melaka. Walaupun saya tk makan ikan mayong, tapi Ayahanda dn 5org Abg2 saya memang suka berebut tang kepala mayong tu. Seronok dapat Ilmu dn terhibur dengan suasana ceria keduanya Tuan Fendi dan Puan Fadilah. Semoga semuanya dilimpahi hidayah serta mendapat rahmat dn redha Allah Swt..👍👍

  • @DESTINASITV

    @DESTINASITV

    Жыл бұрын

    Aminn. Terima kasih 🙂

  • @norasid6146

    @norasid6146

    Жыл бұрын

    @@DESTINASITV Sama-sama..semoga Allah berikan rezeki yg berkat dn dipermudahkan segala urusan Team Destinasi TV..👍

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Жыл бұрын

    Fendi ni klau mkn kita yg kenyang pn rasa lapar,Akak² dlm video tu pn happy je,sdp btul asam pedas tu lain dr yg lain

  • @syafiqzainal9269
    @syafiqzainal9269 Жыл бұрын

    Sempoi Fendi, kak Fadilah pun sopan manis ja. Terbaik episod ni.

  • @abuzz9183
    @abuzz9183 Жыл бұрын

    Terbaik Fendi... Host yg x pernah mengecewakan... All the best Destinasi TV

  • @pnlizz9566
    @pnlizz9566 Жыл бұрын

    assalam fendi..sya org melaka,asmpds yg guna kelapa bakar/kerisik kami panggil kuah lada/masak lada dgn sdkit rempah ratus,ikn yg sdp ikn mayong,duri,sembilang,pari mmng sdp sgt,asmpds melake mmng pekat dn masam sikit,bru terangkat👍👍👍👍🤤🤤🤤😄😄😄

  • @rozainiabdulrahman6173

    @rozainiabdulrahman6173

    Жыл бұрын

    Ya betui kuah lada

  • @fiqreesharom3978

    @fiqreesharom3978

    Жыл бұрын

    Aahh kn kuah lada..bukan asam pedas,dorg kena dtg belah melaka tengah..bru dpat yg betul2 asam pedas..tu lain tu

  • @princesssofea4996

    @princesssofea4996

    Жыл бұрын

    Ye betul..saya pn org melaka..yg letak kelapa bakar tu kte panggil ikan msak lada..paling sdp ikan tenggiri cmpur terung bulat belah empat..mmg sdp giler

  • @geezphat4623

    @geezphat4623

    Жыл бұрын

    Ramuan Cina Besar kan kg buat rancangan ni, kelapa dan bahan2 bakar tu ada unsur2 kaedah masakan minang.. tu sebab rupa dan tekstur masakan dia rupa pun ala2 rendang. Kalau masak asam daerah melaka tengah kuah dia lebih cair sikit dari yg ni, daun limau purut, bukan kesum dan kantan. Kerisik nk letak ikut selera, ada yg letak,ada yg tak. Lada hitam n air asam wajib.

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Жыл бұрын

    Menarik resipi ni. Blh try. Tuan rumah pun rajin mlayan si fendi 😅

  • @LaughTale112
    @LaughTale112 Жыл бұрын

    Saya sebagai anak Melaka trigger betul tengok pinggan yg Fendi makan tu tak merah pun 😂 amek kuah banyak sikit baru sedap woii kitorg siap hirup kuah asam pedas hahaha

  • @ara-.-1990

    @ara-.-1990

    Жыл бұрын

    Tambah kicap manis😂😂

  • @kingpet46
    @kingpet46 Жыл бұрын

    Pekena asam pedas tetel dgn cincalok baru syahdu 🤤🤤

  • @norasid6146

    @norasid6146

    Жыл бұрын

    👍👍👍

  • @norizannawi1936
    @norizannawi1936 Жыл бұрын

    Cantiknya rumah melaka..bersih je.

  • @riez7389
    @riez7389 Жыл бұрын

    Tips ikan mayong tidak hanyir, sblom basuh dgn air, lps dh siang tu, gaulkan dulu dengan air limau nipis atau limau kasturi.. Bg rehat skjp ddlm bekas ikan tu.. Lps tu br le dicuci seperti biasa.. Inshaa Allah ikan tidak akn hanyir n berbau..

  • @norasid6146

    @norasid6146

    Жыл бұрын

    Alhamdulillah..Tuan RIEZ, terima kasih berkongsi tips menghilangkan bau hanyir ikan mayong..saya pasti cuba tips dari Tuan..👍👍

  • @riez7389

    @riez7389

    Жыл бұрын

    @@norasid6146 kita sis le.. Bukan bro... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  • @norasid6146

    @norasid6146

    Жыл бұрын

    @@riez7389 Ohoo..sorry Sis..😄✌🌹

  • @syakbansyak8884

    @syakbansyak8884

    Жыл бұрын

    Ermm, makan skli asam pedas telur mayong, tapi hanyir, sampai sekarang trauma nak makan asa. Pdas telur mayong, arghhh, padahal asam pedas fav kot

  • @riez7389

    @riez7389

    Жыл бұрын

    @@syakbansyak8884 kalau telur dy, kukus atau rebus dulu.. Kalau nk rebus, letak air limau nipis atau limau kasturi tu.. Rebus sampai dy betul2 masak.. Lps tu, basuh dulu, baru dimasak asam pedas.. Inshaa Allah x hanyir.. cubalah..

  • @chenurulllketuh
    @chenurulllketuh Жыл бұрын

    mmg klau nk pure Asampedas Melaka kena mintak tok2 jugak yg msk,,kat kedai mmg tk sama kick dia, pglman dri org melaka sendiri yew 😂😂 hehe. on point fendi

  • @yam010
    @yam010 Жыл бұрын

    terhibur lah akk ni..sama2 pndai melawak 😆😆😆

  • @royboleng2277
    @royboleng2277 Жыл бұрын

    Hilang stress kerja tgok gelagat akak ni dgn Fendi. Kah3

  • @nasrulhaqsalehan
    @nasrulhaqsalehan Жыл бұрын

    asam pedas ikan mayong muo pun sedappp...lagi2 masakan mak aku..

  • @maznahismail5017
    @maznahismail5017 Жыл бұрын

    Alhamdulillah..Asam pedas Melaka memang Terbaik

  • @plkm003aunihaziqahsharif8
    @plkm003aunihaziqahsharif8 Жыл бұрын

    kg saya ni bang... lepasni boleh cuba riki ii resepi sambal tempoyak ... mak saya pro sambal tempoyak warisan...👍... 📌Rs Kitchen ..Ramuan China Besar ..

  • @muhammadhazim906
    @muhammadhazim906 Жыл бұрын

    اللهم صل على محمد وعلى ال محمد" Rasulullah bersabda : "orang utama bagiku di hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat" semoga kita menjadi di antaranya… aamiin

  • @norhaniabuchik6959

    @norhaniabuchik6959

    Жыл бұрын

    Jarang2 jumpa memang terbaik

  • @rosmawatidaud1635
    @rosmawatidaud1635 Жыл бұрын

    The best asam pedas resepi ... Insyallah saya akan cuba resepi ni.

  • @normaidamohddalip3071
    @normaidamohddalip3071 Жыл бұрын

    Pehhh, Masak Asam atau Asam Pedas Melaka piau... Buh kelapa parut digoreng atau dibakau tu memekat kan lagi serta mewangikan kuah yer... Asam Pedas memang banyak variasi, Kita suka Masak Asam Berempah Tetel.. Rindu sangat2 Dlu kan, Bila belajau menyiang ikan gan Arwah Nenek, Pasti kan tiada darah beku, Darah beku tu yg buat hanyir, Juga pastikan asam jawa banyak... Buh daun limau... Sesuai gan nama lauk tu.. Fendi andai x menyakat x sah😁😁 Fendi , Kuah Masak Asam xde buh daun kunyit tau.. Nanti bau rendang.. 😁😁

  • @rohayumdhusin
    @rohayumdhusin Жыл бұрын

    ingatkan pelakon khatijah tan td...😬 apa pun....sedapnya akak masak....terliur 🥴🤤

  • @Nicken0o0
    @Nicken0o0 Жыл бұрын

    hahahahaha pandai akak ni menjawab 😂 asek gelaaak je dari awal sampai abis

  • @hanifyusof213
    @hanifyusof213 Жыл бұрын

    Sedap menu kali ni , sy bkn pengemar ikan tp tgk ni jd mgidam nk try

  • @nazribeard9653
    @nazribeard9653 Жыл бұрын

    Assalamualaikum. Allahamdulilah..Destinasi TV MEMANG SENTIASA PADU!!!..

  • @ahmedzakimandili2836
    @ahmedzakimandili2836 Жыл бұрын

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا

  • @muhdamirullahzakaria9747
    @muhdamirullahzakaria9747 Жыл бұрын

    Mantap

  • @hassansolehidris3206
    @hassansolehidris3206 Жыл бұрын

    Asssalamulaikum Abang Fendi Saye First Hadir Dan Support like and share nya...moga2 terus maju dan moga2 dimurahkn rezki dipermudahkn segala urusan nyaa aminn...🙋‍♂️👋👈👆😁😁👍👍🤲🤲😍😍

  • @MrFaridAna
    @MrFaridAna Жыл бұрын

    Terima kasih Kak Fadilah Kasim. Org rumah saya dah cuba, mmg sedap resepi ni.

  • @ratupengabdishaitooon6049
    @ratupengabdishaitooon6049 Жыл бұрын

    ni baru buku bertemu ruas! haha. terbaik Puan Fazilah

  • @nurulshahada477
    @nurulshahada477 Жыл бұрын

    sedapnyaaa,,tq fendi n team, saya nak try yang camni lahhh...sedap betul nampak tuuu

  • @asrianiyani6166
    @asrianiyani6166 Жыл бұрын

    Rakam utk channel TV..Musin bulan puasa...sesuai sgttt..

  • @rempahsekawan
    @rempahsekawan Жыл бұрын

    Wah.. lain dari yang resepi ni.. sedap ni 😍

  • @jeferilazim9528
    @jeferilazim95287 ай бұрын

    pgacara terbaik...menu mantop

  • @mohdarimy7178
    @mohdarimy7178 Жыл бұрын

    Alhamdulillah amin

  • @ahbgranite6447
    @ahbgranite6447 Жыл бұрын

    Unik juga resepi ni

  • @tidakdikenali4189
    @tidakdikenali4189 Жыл бұрын

    Punch in hanya untuk komen. HADIR 🤲

  • @encik_mimpi8868
    @encik_mimpi8868 Жыл бұрын

    Ikan plotan memang sedap, goreng saja pon sedap, buat masak asam halia pon sedap, memang padu baq hang 🤤🤤🤤

  • @anakomarr
    @anakomarr Жыл бұрын

    mantap akak dan fendi...

  • @aimiamlnsr7440
    @aimiamlnsr7440 Жыл бұрын

    trliur nmpk dia mkn..tp saya tk mkn ikan mayo..nk try buat guna ikan parang atau ikan pari...ada juga tgk resepi org masjid tanah masak asam pedas letak halba...dh try mmg sdp...asam pedas lauk kegemaran saya..👍😄

  • @miram.i7393
    @miram.i7393 Жыл бұрын

    Saya belajar asam pedas dengan arwah tuan rumah/jiran orang melaka....tapi resepi ni lain dari yang lain...kena cuba ni

  • @rozitamajid9721

    @rozitamajid9721

    Жыл бұрын

    Jika bkn org Melaka mmg rasa resepi ini lain dari yg lain. Saya org Melaka jadi masakan ini dh biasa tp jika ltk kelapa bkr mcm ni di daerah sya panggil masak kuah lada

  • @hangbuah1797

    @hangbuah1797

    Жыл бұрын

    @@rozitamajid9721 tapi nenek sy pernah ajar kuah lada, dia tambahkan serbuk kari sikit... Lengkuas tak masuk pun.. pakai daun limau purut..

  • @Abgcik85
    @Abgcik85 Жыл бұрын

    akak tu nampak awet muda .....masih cantik dlm umur 55 tahun

  • @afiqkarami2584
    @afiqkarami2584 Жыл бұрын

    Terbaikkkk 👍

  • @NurQaseh1306
    @NurQaseh1306 Жыл бұрын

    Peminat asam pedas hadir support🤭😅..best acik ni👍🏻.. Nampak sedap asam pedas ni..Saya suka asam pedas yg pekat..masam² sikit dan pedas..Org Muar biasa mkn mesti mkn buh kicap sikit😋👍🏻😁..

  • @zamrizamri9530

    @zamrizamri9530

    Жыл бұрын

    Jangan kata orang Muar je, orang JB pun kalau makan Asam pedas mesti ada kicap 👍👍👍😂😂😅😅😅

  • @NurQaseh1306

    @NurQaseh1306

    Жыл бұрын

    @@zamrizamri9530 ..👍🏻😁..kicap mesti Jalen..

  • @ekzospaip5022

    @ekzospaip5022

    Жыл бұрын

    muor kt mana asam.pedas yg sedap kak.. bole share x..

  • @NurQaseh1306

    @NurQaseh1306

    Жыл бұрын

    @@ekzospaip5022 Sya jrg mkn² kt luar..klau nk kata mana yg sdp,x tau la sbb selera x sama..biasa msk sndiri je😅..

  • @ekzospaip5022

    @ekzospaip5022

    Жыл бұрын

    @@NurQaseh1306 owh..yeke..ok2 kak.. baekk

  • @azlin9340
    @azlin9340 Жыл бұрын

    terbaik bang , channel yang memberi inspirasi 👍

  • @shimadewina
    @shimadewina Жыл бұрын

    Wowww... Resepi yg sgt unik.. insyaAllah nnt nk cuba masak..👍👍

  • @miziechan

    @miziechan

    Жыл бұрын

    dah siap..rojer2

  • @mohdyasak4893
    @mohdyasak4893 Жыл бұрын

    Asam pedas mlka memng sdp.. Sy org mlka 😂

  • @mgck6822
    @mgck6822 Жыл бұрын

    Rindu stail pekat ni....rindu masa keje kat johor asam pedas pekat mcm ni

  • @LombokKampungku
    @LombokKampungku Жыл бұрын

    Wah mantap..di sambut dengan makanan 🙏🙏

  • @tokeykwong
    @tokeykwong Жыл бұрын

    Mantap asam pedas dari melaka ni teman

  • @suriahasarinah5057
    @suriahasarinah5057 Жыл бұрын

    Haa. Betul . Macam saya orang selangor .Cara saya untuk rempah dia letak jintan manis ,jintan putih .

  • @zalinamdali5046
    @zalinamdali5046 Жыл бұрын

    style org lama. mmg ada kelapa bakar. skrg dah xguna..nak cepat..lada itam diguna biasa utk ikn2 tertentu...sedapnya..

  • @nizazati4669
    @nizazati4669 Жыл бұрын

    Betul..saya pegi Melaka blum jumpa kedai msk asm pedas yg sedap lgi..mungkin yg msk di rmh bru sedap

  • @marykuyol7808
    @marykuyol7808 Жыл бұрын

    Thank you for sharing

  • @syahiryahaya3810
    @syahiryahaya3810 Жыл бұрын

    sedap tu

  • @muhammadfitri6531
    @muhammadfitri6531 Жыл бұрын

    mmg sedap tgk

  • @SamSam-ue7cx
    @SamSam-ue7cx Жыл бұрын

    Peh sedapnya ikn mayong asam pedas dh lama xmkn

  • @mohdzain2871
    @mohdzain2871 Жыл бұрын

    Arwah nenek masak kuah lada mmg champion ...org tangga batu

  • @unknown09284
    @unknown09284 Жыл бұрын

    Hahahaha. Best arr episode ni 😝

  • @amnahyunan2997
    @amnahyunan29979 ай бұрын

    Comel lah kk fadilah.

  • @uzaizahs6967
    @uzaizahs6967 Жыл бұрын

    Asam pedas Melaka piau tarok daun limau..kalo tarok daun kesum dan bunga kantan tu asam pedas johor.. Fendi kena terjah kat kg Morten Melaka br dpt rasa asam pedas Melaka kaw kaw punya dgn cakap logat Melaka kahau lg 🤣

  • @hangbuah1797

    @hangbuah1797

    Жыл бұрын

    Betul... Sy biasa gunakan daun limau purut utk asam pedas, kuah lada dan gerang asam.. sekali sekala je guna daun kesum kalau nak lain selera...

  • @abdrahmanbinmohamed8205

    @abdrahmanbinmohamed8205

    Жыл бұрын

    Klu belah bandau @ Melake Tengah mmg masak asam ni owg guna serai dan daun limau purut menu utama ade yg bubuh halia skit tpi x salah ikut cara masing2 mak2 kita ngajau ... Lain kg lain cara 😊

  • @faizhelmirosland9843
    @faizhelmirosland9843 Жыл бұрын

    ikan mayong elok utk org operate ataupun luka . sbb die x gatal dan khasiatnyaa jgk 👍

  • @mohdnasir660
    @mohdnasir660 Жыл бұрын

    Encik fendi mai lagi dengan masakan pulak

  • @zamzuriishah2155
    @zamzuriishah2155 Жыл бұрын

    kelakar betui fendi ni pndai bergurau😹😹😹😹

  • @sheedaredlips4279
    @sheedaredlips427911 ай бұрын

    acik ni kelakar lah, gelak ja dok tgk depa 2 org ni

  • @hidayatimohdshah8927
    @hidayatimohdshah8927 Жыл бұрын

    Arwah sebelah ayah pun masak asam pedas guna kelapa bakar, tak taulah pulak resepi Melaka. Beza sikit dgn arwah nenek sebelah ibu masak asam pedas cara Muar. Dua2 sedap

  • @ayohchikdanzaqwan747
    @ayohchikdanzaqwan747 Жыл бұрын

    Resepi Rare nie.. mmg payah jumpe kat kedai yg guna resepi rare ni... memang sedap rasa dia... pernah makan sekali jer... lepas tu x pernah jumpe dah.. huhu

  • @padi3239
    @padi3239 Жыл бұрын

    Abg fendi boleh x buat review org buat putu piring dan cara pembuatan plssssss

  • @norizansamsudin6485
    @norizansamsudin6485 Жыл бұрын

    Masak asam pedas mak mertua abang den memang power

  • @nurnadzira3209
    @nurnadzira3209 Жыл бұрын

    19:20 .... Semoga aku sehebat ciri2 isteri seperti puan nie ... Allah hebat

  • @farhanizzat6245
    @farhanizzat6245 Жыл бұрын

    Ada satu kampung dkt negeri sembilan punya resepi warisan kampung dkt kg permatang pasir linggi.

  • @norhaslizasalleh8883
    @norhaslizasalleh8883 Жыл бұрын

    fendi fendi , hang ni mmg sempoi laa🤣🤣

  • @rohanaana2486
    @rohanaana2486 Жыл бұрын

    Asam pedas cicah roti canai klw ptg2 best

  • @corinacorina4870
    @corinacorina4870 Жыл бұрын

    Resepi mak datok Melaka..

  • @nazmiplays3901
    @nazmiplays3901 Жыл бұрын

    Editing video mengelirukan penonton

  • @apair4002
    @apair4002 Жыл бұрын

    Dah jadi masak berlada. Tapi nampak tetap sedap. Terima kasih kongsi resipi kak. Terbaikkk..

  • @edahomar8220
    @edahomar8220 Жыл бұрын

    sodap.nyo.asim.podas.melako.

  • @ourcatslife1429
    @ourcatslife1429 Жыл бұрын

    Kelakar akak ni.....in ja joke dia🤣

  • @pensilkayu1241
    @pensilkayu1241 Жыл бұрын

    mokcik nim mmg kelakor

  • @muthalib4845
    @muthalib4845 Жыл бұрын

    ni resepi tok nnek ni padu.bkn asm pdas mlke yg slalu org mkn tu.yg asm pdas mlke korang slalu mkn tu rsepi baba nyonya.

  • @umisfamily23
    @umisfamily23 Жыл бұрын

    Kelapa bakr.lgkuas bkr dn lain2 yg bakar tu ade mcm mskn thai pon ada...gulai apa nth xigt...diorg tmbh kulit llimau purut bakar jgk

  • @norainiismail5993
    @norainiismail5993 Жыл бұрын

    Arwah mak saya msk Asam pedas pun mcm ni..

  • @zamrizamri9530
    @zamrizamri9530 Жыл бұрын

    Hahahahahahahahaha Fendi kalau tak menyakat Dan bergurau mmg tak sah Tapi Asam pedas ikan Mayong dgn telur dia mmg marvelous. Kalau dapat kepala Mayong tu huishhh mmg tak lupa Mak mertuaku kegemaran dia tu 👍👍👍😅😅😂😂😅😅

  • @muslimkitan1066

    @muslimkitan1066

    Жыл бұрын

    Assalamualaikum, Hang ni apa la, Makan kepala Ikan pun Lupa, Mak Mertua, Gurau Je 😊🤝👍🙏

  • @fadiljais1563
    @fadiljais1563 Жыл бұрын

    Yey pendi ado..

  • @hassansolehidris3206

    @hassansolehidris3206

    Жыл бұрын

    Hahaha heppy nau kamu ye bang😂😂👍👍

  • @fursanuddinrazak8359
    @fursanuddinrazak8359 Жыл бұрын

    Perahan limau nipis...utk buang hanyir supaya ikan nampak lebih bersih&segar utk di makan...

  • @mylifechannelfamily4203
    @mylifechannelfamily4203 Жыл бұрын

    Kacang je masak asam pedas melaka

  • @fikrilatib8275
    @fikrilatib8275 Жыл бұрын

    bagus la fendi tolong cedok nasi untuk orang tua

  • @izzulamir5122
    @izzulamir5122 Жыл бұрын

    Kelakar akak kali ni 😂😂

  • @zalekahjamalus5286
    @zalekahjamalus5286 Жыл бұрын

    Kalau pakai daun kesum la bunga kuantan la bukan asam pedas melaka. Kalau melaka pakai daun limau perut kelapa bakau. Ada juga jintan Manis jintan putih halba biji sawi. Ada 2 jenis masak asam pedas. Satu dipanggil masak berada.

  • @apair4002

    @apair4002

    Жыл бұрын

    Betul tu, kalau dah letakk daun kesum dan bunga kantan dah bukan ori asam pedas Melaka, dah jadi masak asam berlada. Masak asam berlada mmg sedap jugak, tp aroma dah lain. Kebanyakan asam pedas claypot dah jadi masak asam berlada dah. Sbb nk tutup bau ikan lama. Mak sy masak asam pedas lebih kurang mcm yg puan masak. Wajib masuk ikan fresh, masak lama sikit bg pekat sikit, perggghhh, sedap giler. Masuk ikan parang dan telur ikan. Cicah roti canai, lempeng pun sedap giler. Mggu depan sy balik ngundi mmg gi pasar besar cari ikan parang. Fuhhh.

  • @keriko12
    @keriko12 Жыл бұрын

    terdiam fendi akak tu jawab protein. hahah

  • @violaarselia6158
    @violaarselia6158 Жыл бұрын

    Si Ibu ketawanya bikin nular bikin ikut ngakak klo si ibu ngakak

  • @foziahjamaluddin2732
    @foziahjamaluddin2732 Жыл бұрын

    Adui nk ketawa je.lawak betullah

  • @H4FI2
    @H4FI2 Жыл бұрын

    melekat portugis sampai kesudah 🤣

  • @sofieyyaevanz6865
    @sofieyyaevanz6865 Жыл бұрын

    Asam pds nie ada sstgh cara msk bbeza ikot jenis ikan...nama je sama tapi resepi dn cara masak tu lain

  • @hartinasuratan4614
    @hartinasuratan4614 Жыл бұрын

    Terima kasih banyak banyak perkongsian resepi yang sangat menarik mestilah sedap nak tanya bila tomaa baka tu dimasukkan tak perasaan lah terima kasih

  • @muhammadmiezwar1783

    @muhammadmiezwar1783

    Жыл бұрын

    Masuk sekali dlm bahan2 yg blender tu rasanya..sbb semua bnda yg dibakar campur dlm tu..tlg betulkan kalau sy salah ye

  • @amirjoker1443
    @amirjoker1443 Жыл бұрын

    Bole lah p aunty aini's cafe ..rendang autentik

  • @Olengkacak
    @Olengkacak Жыл бұрын

    Itu bukan asam pedas Melaka, kalau ada bunga kantan, daun kesum dh jd asam pedas Johor. asam pedas Melaka wajib ada daun limau. Bendi atau terung penyeri asam pedas Melaka.

  • @ahmadaminharun2238

    @ahmadaminharun2238

    Жыл бұрын

    Betul tu..

  • @singgahseminit

    @singgahseminit

    Жыл бұрын

    ye ..daun limau je

Келесі