"Aku Tak Boleh Confident Aku Tak Patah Balik", Lepas 3 Tahun Ini Lah Rupa Norreen Sekarang

Seorang lagi sahabat dah berhijrah. Setelah 3 Tahun, Ini lah Norreen Iman yang sekarang.
Antara segmen yang ada:
0:00 Teaser
0:20 Intro
4:09 Inside Joke “Apa Amalan Haji?”
8:31 Perubahan Yang Tidak Disangka
10:16 Apa Yang Dilalui Sebelum Penghijrahan
19:57 Realiti Diri Yang lama
25:28 Buat Baik Berpada Pada
27:20 Cabaran Selepas Berhijrah
31:37 pesanan Kepada Insan Yang Masih Mencari Diri Sendiri
34:33 Kekalkan Istiqomah
38:31 Allah Tahu Apa Yang Kita Buat
Jangan lupa follow kami hazemanhuzir & norreeniman di semua socmed.
Tekan notification button untuk tahu next episode bila.

Пікірлер: 245

  • @shazlinasyikin5832
    @shazlinasyikin5832Ай бұрын

    Tahniah noreen dan haze . Aku pon usia 32 baru belajar solat,34baru tahu baca alquran, alhamdulillah suami sgt membantu,kawin dia sendiri tak tahu aku xtahu solat,bygkan tiap kali waktu solat dia solat aku tgk,then aku fikir smpai bila? Sampai bila aku nk mcm ni?ayat al quran satu pon xtahu kecuali 3qul dan Al fatihah itu pon ,cek balik salah bacaan,mujur suami ckp belum terlambat,dia ajar ngaji,dia ajar solat,lepastu aku g kelas mengaji, Alhamdulillah hampir qatam al Quran..semoga kite semua istiqomah.

  • @Robotfast

    @Robotfast

    29 күн бұрын

    Alhamdulillah Syukur

  • @Kouji_fans

    @Kouji_fans

    29 күн бұрын

    Allahamdulilah semoga terus istiqomah serta ajal menjemput

  • @ainsai

    @ainsai

    29 күн бұрын

    Alhamdulillah..tahniah ye.semoga terus istiqamah

  • @mamasarah9201

    @mamasarah9201

    28 күн бұрын

    Best kalau ada suami supportive. Aku jeles gak dgn Noreen sbb aku tgk suami dia supportive & sama2 ikut dia hijrah.. Aku teringin nk berubah tp aku x kuat ujian..tiap kali aku berniat esok tu ujian kuat dtg (selalunya dr org terdekat)....tp aku suka tgk org2 yg berubah ni... Happy for them ❤

  • @linnas9852

    @linnas9852

    28 күн бұрын

    Alhamdulillah..

  • @HashiramaSenju_ShodaiHokage
    @HashiramaSenju_ShodaiHokage26 күн бұрын

    Tau tak perasaan yang dulu kita rasa Noreen ni teruknya dengan macam macam la kerenah dia. Pastu tiba tiba Allah campak hidayah kat diri dia sampaikan sekarang ni kita rasa kita pulak kat belakang Noreen.. sebab tu aku try untuk berdamai (kurangkan berkata buruk) dengan orang orang yang belum Allah tunjukkan jalan yang benar. Risau sebab takut takut Allah ubah seseorang tu tapi diri sendiri masih di tempat yang sama. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan dan semoga sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah swt.

  • @nashaasyikinbintinasrun840
    @nashaasyikinbintinasrun84027 күн бұрын

    Noreen adlh first person yg makin kurus makin longgar pakaiannya

  • @kayhaslinda

    @kayhaslinda

    20 күн бұрын

    Setuju. Moga dia terus istiqomah dgn perjalanan baharunya. Bole je nak seksi2..tp kat dalam umah dan utk pndgn suami ajerr.. :)

  • @Ette_N

    @Ette_N

    14 күн бұрын

    So true.

  • @dalilapaimin6754

    @dalilapaimin6754

    13 күн бұрын

    Betul, perasan sangat sekarang dekat sekeliling, dulu kalau badan besar baju nampak la senonoh, bila badan dah kecil sikit ya allah makin nauzubillah...

  • @nzhrhzn
    @nzhrhznАй бұрын

    Aku rasa, org yg paling ingat dia tak cukup amalan, itulah Allah bagi rezeki. Rezeki datang tak terduga. Sebab tu jangan rasa diri kita ni amalan cukup drpd org lain. Sentiasa beringat untuk push diri sendiri untuk merendah diri

  • @kayhaslinda

    @kayhaslinda

    20 күн бұрын

    Rezeki ni dtg berbagai bentuk. Umur yg berkat dan panjang, kesihatan, bahagia dan berkeluarga juga dikira 1 rezeki, bkn hy duit harta pangkat semata. Tp rezeki yg tak terduga ni mmg jrg org dapat, cthnya hidayah Allah atau bilamana Allah ltkkan kita dlm 1 kesukaran, kmdn tarik kita semula utk divert hdp kita kpd bnda lain. Tu sbnrnya rezeki yg kita x jangka atau nmpk.

  • @muhammadismailabdmutalib1852

    @muhammadismailabdmutalib1852

    20 күн бұрын

    Itu jugak nk jadi tanda kat kita, Allah SWT boleh pilih dan boleh angkat siapa yg Dia kehendaki....dan jugak mengajar kita untuk tidak pandang serong pada mana2 manusia atau makhluk Allah SWT

  • @alinasunny8262
    @alinasunny826227 күн бұрын

    Semoga saya sendiri, Noreen, Haze dan yg menonton video ni dikurnia rasa manis dalam ibadah dan menagih kasih Allah. Semoga Allah jaga hati kita ❤. Amin

  • @insandhaif

    @insandhaif

    25 күн бұрын

    Allahumma Aamiin 🤲😓

  • @nurfatimah_kisekinokaze125
    @nurfatimah_kisekinokaze125Ай бұрын

    Nampak tak rahsia Allah tu banyak mana? Nmpak kebesaran Allah tu besar mana? Rasa tak kasih sayang Allah? Rasa tak? Aku ada anak baru nak masuk 2 tahun. Kadang aku stress aku marah. Tapi aku tahu, anak aku tu milik Allah, apa2 yg dia buat adaah atas izin Allah. Kadang2 time makan bukan aku yg suapkan anak, tapi anak yg suapkan mak dia. Bila aku cuba pandang dari sisi yg lain, ya Allah,,adakah ini juga kasih sayang dari Mu? Auto hilang kemarahan aku beb. Aku harap sesiapa sahaja yg cuba berubah ke arah kebaikan tu, aku doakan korang semua dipermudahkan jalannya kerana syurga bukan percuma 😭 nak sabar nak istiqamah tu bukan benda yg mudah 😭 tapi ya Allah kasih sayang Mu terrrrrrrlalu luas ❤

  • @misshoney4454
    @misshoney4454Ай бұрын

    Haze ni dulu pernah dapat anugerah sains masa zaman dia sekolah. Kira dia one of budak2 bijak di zaman nya dulu lah. Back on tahun 2000an punya zaman secondary school. Dia memang budak bijak, sebab tu dia bila bercakap tak nampak kosong. Bila dia gunakan kebijaksanaan dia kearah agama lagi ramai follower dia, sbb dia boleh tarik anak2 muda masa berdakwah..

  • @wombawombi5527

    @wombawombi5527

    27 күн бұрын

    dia sekolah sains alam shah kan?

  • @nabihahtiqk5148

    @nabihahtiqk5148

    25 күн бұрын

    Sekolah Alam shah

  • @teesan2887

    @teesan2887

    22 күн бұрын

    Haze ni anak bekas ketua polis negara kan..tp dia x pernah ckp psl background family dia.

  • @syilanurfarhah9073

    @syilanurfarhah9073

    16 күн бұрын

    @@teesan2887ada. Dia pernah buat vlog ms raya beberapa tahun lps, parents dia ngn adik dia dtg rumah. Cuba cari.

  • @zilazakaria8797
    @zilazakaria879729 күн бұрын

    Ingat lagi Haze pernah buat content bagi Al Quran ke Noreen, menangis Noreen mase tu, and somehow Haze kata xtau kenapa terasa nak bagi Noreen Al Quran tu. Beruntung nya Noreen

  • @athirahaziz8059

    @athirahaziz8059

    26 күн бұрын

    Aah .Tu first time saya kenal noreen

  • @itsmeeeeeee8

    @itsmeeeeeee8

    20 күн бұрын

    ​@@athirahaziz8059 sameeee

  • @user-wq9hq5wj7w
    @user-wq9hq5wj7w29 күн бұрын

    Pernah join live noreen masak Maggi. Taktahu kenapa stay sampai habis, tapi aura dia lain. Then setiap kali tengok noreen akan teringat adik yang dah meninggal. Aku di rezeki kan kefahaman agama, tapi tidak adik aku. Bahagian harta dia Kat dunia, tak sesenang kami adik beradik lain. Dari kecik dia struggle to fit in community Sebab curiosity dia. Tapi demi Allah, akhlak dia lagi baik dari kami adik beradik yang faham agama. Takdir Allah, dia meninggal lemas. Ada hadis berkait tentang syahid akhirat untuk mereka yang lemas. Struggle orang2 seperti Haze dan Noreen, tak semua faham. Tapi Allah Maha Tahu. Mereka nampak jauh dari Tuhan, hakikatnya kita taktahu pengakhiran baik kita macam mana, mungkin di akhir nanti mereka mati dalam keadaan paling mulia dari orang yang beramal 50tahun. Moga hidayah Allah untuk kita semua.

  • @mrjoemarc
    @mrjoemarcАй бұрын

    Suka tengok podcast kali ni sebab ada Noreen. Pernah terjumpa dan tegur Noreen dekat pavilion tahun 2019, sy minta izin bergambar sama. Dia tak tolak permintaan sy. Dia sangat humble dan tak sombong. Semoga Noreen sentiasa istiqomah dengan imej baru sekarang ni 😊

  • @jamilahabdulwahab5666
    @jamilahabdulwahab566629 күн бұрын

    Alhamdulillah... Last tengok video haze hadiahkan noreen Al Quran dulu terlintas dalam hati masa tu Insya Allah sesuatu yang indah akan terjadi. Doakan kita semua juga jadi muslim yang lebih baik dan diterima segala amal disisiNya. Aamiin.

  • @zauyahhitec

    @zauyahhitec

    26 күн бұрын

    Akak pun ingqt video tu

  • @sarahaqilla4672

    @sarahaqilla4672

    17 күн бұрын

    @@zauyahhitec Sama...ingat sangat, sebab mase tu noreen mmg mencari sesuatu, tapi Dia dah jumpa sekarang...Alhamdulillah...

  • @narakaii2725
    @narakaii2725Ай бұрын

    Seronoknyaa . Saya kadang kala menangis bila sujud , saya menangis puas2 tapi saya taktau kenapa , saya taktau apa saya nak , saya tak tahu nak minta apa , tapi saya puas . Sangat lega walaupun kadang kala rasa kosong sangat .

  • @anisya64

    @anisya64

    25 күн бұрын

    Sangat benar...saya pun merasai perkara seperti ini

  • @anisya64

    @anisya64

    25 күн бұрын

    Same here ...

  • @AiWaWawa
    @AiWaWawa27 күн бұрын

    Satu video content yang Haze bagi Al-Quran kat Noreen dan masa tu Haze ada cakap "One day Noreen akan rasa apa yang Haze rasa". Jadi inilah masanya. Apabila Allah memberikan satu petunjuk jangan tak peduli mungkin itu satu cara untuk kita kembali kepadanya untuk sedikit demi sedikit menjadi seseorang insan mahupun hamba yang lebih baik. Wallahualam

  • @elysaamin1797
    @elysaamin179711 күн бұрын

    i still remember the episode lama yg Haze dtg rumah Noreen and hadiahkan dia Al-Quran.. bila dpt news Noreen berhijrah, i immediately remember that episode & cried.. kdg2 apa2 motivasi or nasihat kita bg kat seseorang xkan bagi immediate effect because people change according to their pace, ikut masa masing2.. jadi kalau kita nakkan kebaikan utk seseorg, kita encourage je dia tp jgn paksa.. dgn doa insyaAllah hidayah akan sampai tepat masanya..

  • @faizulizzacheisa6632
    @faizulizzacheisa663220 күн бұрын

    saya sangat terinspirasi dengan kalian berdua, saya bertudung dari kecil, tapi saya sangat struggle untuk menjaga solat dan struggle untuk solat awal waktu. Doakan saya yer

  • @nisakaseh3788

    @nisakaseh3788

    8 күн бұрын

    Saya pun sama...tengah struggle untuk diri sendiri...

  • @mamasarah9201
    @mamasarah920128 күн бұрын

    Aku perasan rezeki Allah tu hadir bila kita sentiasa bahagiakan org..mcm buat org ketawa, hiburkan hati org walaupon hati kite sendiri kosong..senang Allah bg hidayah..semoga istiqamah

  • @zulhilmi9685
    @zulhilmi968524 күн бұрын

    Sebab itu kita jangan ujub atau bangga dengan diri kita. Sebab kita tak tahu pengakhiran orang lain. Allah yang Maha membolak balikkan hati ❤ Sudah-sudahla perangai nak menghakimi orang lain... Kita pun bukannya baik sangat, cuma Allah tutup aib kita 😢

  • @cityrosemoney
    @cityrosemoney24 күн бұрын

    Kadang2 Allah bagi rezeki kat kita bukan kerana amalan baik kita tapi kerana berkat doa Ibu kita

  • @happystudios37
    @happystudios3729 күн бұрын

    Korang pnah x ada kawan yg ko doa utk dia dgn penuh brsungguh utk kawan ko atau org yg ko x knal sgt tp ko doakn dia dpt taufiq hidayah...noreen ni brubah yg x disangka sbb ada doa dr maybe follower dia yg minat sgt kat dia tp dlm masa yg sama x suka gaya hidup dia sblmni..sy dlu pn x knal noreen,knal time dia pnah viral pasal pusat,tp malas nk follow tp skrg sy pminat noreen,sgt memberi inspirasi..rasa dia mmg ikhlas brubah..maybe doa dr rmai org utk dia brubah..

  • @aisyzmn

    @aisyzmn

    27 күн бұрын

    33:44 😅😅

  • @happystudios37

    @happystudios37

    24 күн бұрын

    @@aisyzmn lbih kurang sama tp x srupa sbb orgtu x suka..mcm sy,sy x knal pn noreen ni tiba2 viral,ada lar tgok bbrpe video dia tp mls nk follow,bkn x suka sbb x knal...itulah last sy tgok dia,tiba2 dia brubah..sy tgok eh mcm pnah nmpk,tu sy follow dia mesti ada sstu...btul lar mmg hidayah milik Allah..mna tau berkat doa org kat dia

  • @muhammadadibnorudin291
    @muhammadadibnorudin291Ай бұрын

    Stuju bab norreen ckp haze X pura2 . Salute die ckp bukan x pakai otak ye. MMG aku suka giler die sejak motif viral nmpk kebaikan die bertambah dan berilmu lebih dari ustaz2 Pu yg Ade. Sumpah

  • @abdulhanif2107
    @abdulhanif21075 күн бұрын

    dlm ramai ramai yg baca komen aku tolong doakan aku supaya Allah gerakkan pntu hati aku utk mnutup aurat dgn smpurna dn solat dgn smpurna sbb kdg kdg solat pun culas. aku tk mntk duit or pape dr korang tolong doakan aku weh. tiap msa rsa diri ni tk guna 😢 moga Allah bls segala kebaikkan korang

  • @stevialab5693
    @stevialab569311 күн бұрын

    Honestly, ak tgk norreen ni dulu susah sgt dia nak berubah. Betul smpai ak labelkan dia ni lambang wanita jenis wanita tak malu dengan perangai dia. So ak rasa dia takkan dan susah nak berubah. Walaupun ak nak tgk dia berubah tp mustahil. Tup tup alhamdulillah norreen berhijrah.. goosebump ak tgk norreen berubah. Ya Allah, sungguh Allah tak memandang siapa kita untuk berubah.

  • @mohamadsalahudin6812
    @mohamadsalahudin681229 күн бұрын

    Jangan tangguhkan untk buat baik.. ada peluang trus buat sebelum Allah sibukkan kita dgn Dunia..

  • @nurain3781
    @nurain3781Ай бұрын

    Saya doakan Akak Noreen tetap istiqamah sehingga akhir hayat Akak. Aamin Aamin Ya Rabbal Alamin.

  • @auntiejaybee
    @auntiejaybee25 күн бұрын

    Semoga kita semua dipelihara iman dan sentiasa mendapat hidayah dr Allah SWT. Dulu² pernah terdetik dlm hati , suatu hr nnti mesti Noreen ni akan berhijrah sbb orgnya baik & bijak.. alhamdulillah skrg sya terinspirasi dgn perubahan beliau ❤

  • @zufarahiyahzuhidin2108
    @zufarahiyahzuhidin210829 күн бұрын

    Air mata tu saya rasa.. Sbb bila sy bdoa tanpa air mata xsecepat makbulnya doa dengan air mata.. Sy pernah dengaq cerita ustaz xpasti ada dlm hadis atau kisah2 para sahabat.. Berdoa lah kita bersungguh2 dan menangis.. Sy igt dlu nana mahazan pon cerita y sama.. Dia bdoa 1 je.. Tp bsungguh2 dan menangis...

  • @sofiezai
    @sofiezai27 күн бұрын

    Tanda ALLAH sayang hambaNYA bila DIA menjentik hidayah dgn mmberi faham agama ...ALLAH juga buka jln² ke syurga..sbg manusia yg lemah kita akn berkeluh kesah bila kita jauh dgn ALLAH..Hati xtenang walau dr segi dunia nmpk hebat...syukur byk² kerana ALLAH masih sayang dn ttp pilih kita walau byk dosa...

  • @hasaa7715
    @hasaa771526 күн бұрын

    seriously, sblum ni duk pikir im ok v my hijab, solat 5 waktu,puasa, buat baik n ikut suruhan Allah..but actually, hidayah ni sentiasa kita kena minta kt Allah, doa agar lbh byk amalan2 yg kita rasa dh ckup tp masih byk lg perlu dibuat..Ya Allah ampun dosa2 kami yg lalai, moga hidup kita lbh baik dr sblum ni.moga pngakhiran hidup kita juga baik dan dlm redha Allah

  • @anayleegurlz
    @anayleegurlz29 күн бұрын

    Apa yg haze cakap pasal pesanan ilmu tu bertepatan dengan surah Al-asr. Org yg tidak rugi kan org yg berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. Bukan terpaling hijrah.❤ doa kan saya pun dapat istiqamah juga menjadi lebih baik daripada semalam.🥰

  • @hamkeearbe7041
    @hamkeearbe704120 күн бұрын

    Cuba belajar ilmu tasawuf...Cari guru atau ustaz Yang betul...belajar ..in Shaa Allah...ketenangan Akan hadir...akan Rasa Manis ibadah...in Shaa Allah...Agungkan Allah...belajar Dari Cara rasulullah( adab ) in Shaa Allah Allah akan permudahkan...ini pendapat saya jer...Rasa happy tgk saudara seislam ingin berubah KEPADA Yang lebih baik...termasuk lah saya jugak...semoga Allah permudahkan urusan Kita...Dan sentiasa merahmati Kita...kesalahan adalah proses belajar...berdosa taubat...buat Salah dgn org Minta maaf...santun dgn semua org...kurangkan menghukum siapa2...tetap husnudzhon...😊 Sangka baik..❤

  • @lynaarifin9654
    @lynaarifin965421 күн бұрын

    Alhamdulillah...i'm happy apa experience yg berlaku pd mereka..kerana saya salah seorg yg melalui apa yg mereka rasa..Haze seorg yg baik personally..Same like noreen...Sama² kita doakan agar kita semua sentiasa dipimpin Allah SWT hingga ke akhirnya..Aamiin Ya Mujiib..🤲

  • @ns4390
    @ns439017 күн бұрын

    Alhamdulillah. Allah swt jentik dua insan terpilih ni Haze dan Norreen supaya tiada kebergantungan kepada manusia melainkan Allah yg satu. You can’t find the real happiness in humans. Real happiness adalah mencari Allah swt. Saya juga begitu.

  • @chrysanthemoon_4186
    @chrysanthemoon_418621 күн бұрын

    Bila 1st time tengok norreen berhijrah, terus teringat video lama dia dgn haze. Hidayah tak dtg on the spot, tp dlm masa 3 tahun kita nampak norreen yg skrg 🫶🏻

  • @wansuhee6909
    @wansuhee69099 күн бұрын

    bila noreen sebut malu tengok video lama, saja la search pasal motif viral sebab dulu tak follow pun rancangan tu. keluar la artikel pasal noreen pakai seksi dan doa2 netizen untuk noreen. alhamdulillah doa2 tersebut sudah maqbul. semoga istiqamah

  • @yaya-zd7kk
    @yaya-zd7kk26 күн бұрын

    Hidup yg berkat ,semakin lame semakin mnjdi yg trbaik

  • @daddyraffles7083
    @daddyraffles7083Ай бұрын

    Noreen sesuai jadi co-host bersama haze 👍

  • @tinytoonz007
    @tinytoonz007Ай бұрын

    Why am I so happy that Haze described a change as a 180? So many times I've heard people say 360. Trivial, know but small happiness.

  • @unnaeddyasmah
    @unnaeddyasmah29 күн бұрын

    aku suka segmen ni. thanks haze. yang 3 tahun lepas tu pun, aku suka yang ini pun aku suka mungkin cara pendekatan kau mendekati mereka, plus, friendship sedia ada korang ni, buat aku rasa 'please do more segment pasal hijrah ni lagi.' tapi aku faham. takkan nak buat topik itu aja kan. apa pun, tahniah haze, tahniah norreen. syukur alhamdulillah buat kalian berdua. alhamdulillah

  • @renggoddes21
    @renggoddes2127 күн бұрын

    Saya umrah diumur 29 tahun dan skrg dah 10 tahun berlalu. Saya pon umrah immediately after terdetik ingin take a different route in our way of life, but we are still the same person just perspective je berubah sedikit. Outspoken masih outspoken cuma bahasa lebih beradab lah. Personaliti yang ada adalah diri dan ia pon yang dikurniakan oleh tuhan. Berubah tak perlu dengan pakai jubah sepanjang masa, bertutur bahasa arab etc. Sebab saya sentiasa rendah diri rasa diri ini dtg menunaikan umrah dengan sifat polos, naive, experience umrah yang saya dapat sangat indah. Sometime masa tu saya pon sedikit rasa mcm bangga dpt solat byk spot mustajab masa umrah dulu,lama2 kita rasa sedikit rasa diri ni baik, amalan bagus tapi selepas beberapa ketika, saya pon setuju semua kesempatan dan kelebihan yang dpt dan mudah waktu umrah sebenarnya jawapan yang paling tepat disebabkan kemurahan rahmat Allah memberikan kita rezeki itu. Ianya jawapan yang sebenar, Allah limpahkan rezeki kepada kita bukanlah sebab kita ada kelebihan dari orang lain. Sentiasa rendahkan diri bukan tunjuk kt manusia tapi kerendahan hati kita dengan tuhan, tak pernah rasa diri ni dah baik, dah banyak ilmu agama dah banyak amalan dan boleh pandang sinis orang lain. Semoga kita sama2 berdoa diberikan sifat sentiasa merendah diri dan tidak merendahkan dan menghakimi orang lain.

  • @ulfah_mihoo3758
    @ulfah_mihoo375822 күн бұрын

    dulu masa noreen ade post gambar or vid dance.. selalu scroll je.. sbb tak nk umpat dia dlm hati.. but tgk skrg.. tak sangkaaa.. dia lagi baik dari aq yg selama ni dah lama bertudung..alhamdulillah! happy for u.. semoga sentiasa istiqomah.. sebab istiqomah tu tersgt susah.. pasti ade ujian semasa istiqomah.. moga kuat💪🏻💪🏻

  • @nussnawi
    @nussnawi28 күн бұрын

    Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, yg meyakini Allah,Maha Esa Maha Kuasa, Tanpamu Iman bagaimanalah, merasa diri hamba padaNya, Tanpamu Iman bagaimanalah, menjadi hamba Allah yg bertaqwa.. Iman x dapat diwarisi dr seorang ayah yg bertaqwa,ia x dapat dijual beli,ia tiada ditepian pantai,wlau apa pun caranya jua,engkau mendaki gunung yg tinggi,engkau merentas lautan api,namun x dapat jua dimiliki,jika tidak kembali pada Allah.. Tempat yg kosong itu la rumah kpd "Iman"... Ikhlas,Ihsan & Iman bila bersatu hilanglah rasa kosong itu.... Indah & istimewanya ciptaan Allah kpd KhalifahNya.. wallahu a'lam...

  • @hamkeearbe7041
    @hamkeearbe704120 күн бұрын

    Dalam hijrah perlu byk sabar...be strong...Allah PILIH siapa Yang dia nak letak dalam jalan kebaikan...ujian2 ITU adalah kasih2Nya Allah...tetap istiqomah...n jadi contoh untuk artis2 Yang lain...in Shaa Allah...semoga sentiasa dalam rahmat Allah ..Aamiinnn❤

  • @syahirah4443
    @syahirah444325 күн бұрын

    Haze tak pernah tak ilmiah 😊 Noreen tak pernah tak lawak 😂 semoga Allah merahmati both of you 🫶🏻

  • @IsteriNizam
    @IsteriNizam23 күн бұрын

    Alhamdulillah norreen... Dulu ada masa saya minat tgk awk.. ada masa sy menyampah.. tak sangka sekarang sy minat sgt² dgn awk.. ❤❤❤

  • @emmakoh9194
    @emmakoh919421 күн бұрын

    Sbbtu aku suka haze ni. Betul norrin cakap. Haze kalau bercakap walaupun huha huha. Dalam huha dia ada isi. ❤️

  • @user-yo5gw8mj6v
    @user-yo5gw8mj6vАй бұрын

    Kite doa kan yg baik² tok semua ❤❤❤❤❤

  • @hannaathirah
    @hannaathirah11 күн бұрын

    Aku ngis ms dgr podcast ni. Allah datangkan mereka berdua mungkin sebab nak menjentik hati2 yang sedang mencari 'true happiness' tu. Semoga kita istiqamah mencari hakikat kehidupan yang sebenar Nak tambah sikit pasal 'mengasingkan diri' mcm Noreen buat. Teringat pasal masa Rasulullah SAW menyendiri beridadah kat gua Hira' yang selama 3 tahun sebelum dapat wahyu pertama. Macam lebih kurang juga konsep menyendiri yang macam Noreen cakap tu. Nabi ke gua tu sebab nak jauhkan diri daripada kaum musyrikin masa tu kalau tak silap

  • @syaifudinduakim5007
    @syaifudinduakim500722 күн бұрын

    I still remember video bbrapa thn yg lepas bila Haze dtg jmp Noreen hadiahkan Quran.. ms tu Haze br 'hijrah'.. Noreen ada sesuatu dlm hatinya tapi dia x dpt nak cakap masa tu dan memang dia x sangka.. Alhamdulillah akhirnya.. Journey and anugerah dari Allah buat insan terpilih..

  • @asyrafsharudin7435
    @asyrafsharudin743529 күн бұрын

    Tapi, plizz.. kalau Ade fesyen yg memendekkan tudung dan menampakkan leher.. tolong lah jangan ambik Noreen.. sebab ramai artis bertudung buat macam tu.. semoga istiqomah.. amin..

  • @shazatulshima1185
    @shazatulshima118527 күн бұрын

    Saya pun suka cara haze menasihati.. mmng kna betul.. dlm klakor2 .. tu mmng betullah ape yg dikatakan.. ❤

  • @mamamia3236
    @mamamia323615 күн бұрын

    Ms norreen bercakap dlm bilik dgn haze psl nak berhijrah sbb haze pon mcm baru2 hijrah. Aku betul2 yakin norreen akan hijrah. Wpon content2 dia lps tu masih gila2 dan seksi, xtau kenapa masih rs insyaAllah dia akan berubah sbb dia bukan bodoh dan aku doakan dia... aku tahu dia xkan sia2kan hidup dia. Bila dia dah berhijrah, aku terkejut sbb cpt nya makbul doa. Allahuakbar im so proud of u guys.

  • @Nrztty881
    @Nrztty88125 күн бұрын

    Aku dr dlu suka noreen cuma adalah sikap dia yg buat aku x suka tp aku abaikan je dn hrap dia berubah tiba2 skrg dh berubah patutlah dh lama x nmpk dia kt tiktok smoga kita smua berubah mnjadi org yg soleh dn solehah

  • @AkuMak_88
    @AkuMak_8829 күн бұрын

    Wah bertemu lagi korang berdua..xsangka🌼back then,nmpk sgt Noreen ingin berubah cuma xjumpa jln lagi..now da sampai seru kan .. alhmdullilah..semoga kita sama2 istiqamah🔥

  • @cap.s2284
    @cap.s228429 күн бұрын

    Dulu haze pernah jumpa noreen mengenai hijrah, memang nampak noreen mencari something and haze pun dapat rasai sesuatu pada noreen. Well betulah orang cakap, orang baik nampak sesuatu yang baik pada orang yang baik. Love both ❤

  • @nsahida
    @nsahida24 күн бұрын

    Kenapa aku nangis sepanjang podcast korang berdua ni, oh my!!! bangga sangat dengan uols berdua. Menjadi inspirasi kepada diri aku sendiri. Terima kasih uols!

  • @norlinanordin5932
    @norlinanordin593224 күн бұрын

    Akk mmg bangga Bila dapat lihat penghijrahan korang berdua ... syukur alhamdulillah..kekal istiqamah aamiin2

  • @Kidkatz17Petshop
    @Kidkatz17Petshop23 күн бұрын

    Aku suka cara Noreen react dan respon bila Haze cakap dia dlu smpai dh lupa cara solat dan terpaksa pegang buku waltu solat..Dia respon "xpe..Allah tahu apa dia buat" Kt situ dh nmpak Noreen btol2 Dah Hijrah..

  • @masturaosman6789
    @masturaosman678929 күн бұрын

    Alhmdulilllah bangga dngn noreen . Dulu klu nmpak vid dia , sllu doakan semoga hidayah diberikan untk noreen ❤

  • @idzuadi
    @idzuadi12 күн бұрын

    Myb amalan Noreen byk berbakti kepada ibubapa..

  • @fariza_yahya7663
    @fariza_yahya76637 күн бұрын

    Mungkin aku terlambat utk comment.. Dalam diri aku sendiri, aku cuba dan selalu tanamkan sangkaan baik pada Allah s.w.t sebagai hambanya.. Sesungguhnya Allah s.w.t itu MAHA PENGASIH dan PENYAYANG terhadap hamba-hambanya.. Aku yakin setiap hambanya yang jahil, bila tiba masanya Allah ingin campakkan hidayah Allah pasti akan berikan.. Istiqamah itu bukan perkara yg mudah, tapi jgn lupa utk selalu berdoa supaya Allah s.w.t sentiasa sempurnakan dan tetapkan iman kita semua..

  • @nununzazai4590
    @nununzazai459029 күн бұрын

    Kuat betul Chemistry sahabat 2 ni❤.mcm ndak kecukupan masa 50minit tu.... hoho..

  • @botakJR89.
    @botakJR89.3 күн бұрын

    Haze..setuju..hati² bertolenrasi dengan individu² yang mungkin akan hadir..terima kasih atas Ilmu..

  • @zaridaainiabuzarim642
    @zaridaainiabuzarim64229 күн бұрын

    Alhamdulillah dan tahniah buat haze dan noreen...saya mendoakan sekarang, dan akan dtg kamu berdua menjadi hamba ALLAH yang baik dan memberi manfaat kepada semua.

  • @ayshakzmn3354
    @ayshakzmn335419 күн бұрын

    Ingatkan video ni akan jadi sedih tapi takk, comfy nya tengok talk haze dengan noreen. 40 minit tak cukup puas😭 thank you noreen, haze atas semua nasihat and dah ingatkan psl apa yg maybe kita dh bnyak terlupa dlm life ni. harap lepas ni ada lagi sesi dengan noreen❤️

  • @dalilapaimin6754
    @dalilapaimin675413 күн бұрын

    Saya sentiasa mendoakan hamba2 Allah yang berubah kearah kebaikan dan berharap mereka ISTIQAMAH. Semoga Haze dan Norreen tabah ye, Insha Allah. Amin.. Amin... Ya Allah 🤲🤲🤲🤲🤲

  • @user-mu7nn4gc1j
    @user-mu7nn4gc1j27 күн бұрын

    Wei nak nangis...moga ramai artis jadi macam korang 2 .

  • @madihahaz5194
    @madihahaz519429 күн бұрын

    Teringat awal2 dulu haze ada buat video dgn noreen jgk. Alhamdulillah akhirnya 😍😍😍😍 kali kedua video dgn noreen lg sekali

  • @eihazain3062
    @eihazain30622 күн бұрын

    masa tgk noreen dlu dlm hati berkata teruknye die, mana tau lepas ni tibe2 die berubah. skali alhamdulillah mmg betul die berubah👍

  • @roseluv_247
    @roseluv_24723 күн бұрын

    Saya doakan Norren diberi keteguhan hati untuk sentiasa istiqamah semoga Allah lindungi org org yg ikhlas di jalanNya 🤲

  • @anisya64
    @anisya6425 күн бұрын

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah beri peluang kpd kamu berdua ,ramai di luar sana yg nk berubah ttp tidak berjaya.Tahniah noreen n haze...still istiqamah

  • @rasiankhasrar5767
    @rasiankhasrar576724 күн бұрын

    Orang energetik yg jadi diri sendiri, mereka bukan totally losing their iman. Kita penghujung nya tetap tujuannya mati bertemu dengan Allah. Tu je. Sesiapa pun insyaallah akan ada titik tolak berubah.

  • @runnawrunnaw3559
    @runnawrunnaw355929 күн бұрын

    Kita likeeee dulu sebelum dengar sampai habis sebab confirmm podcast paling best niii🎉❤

  • @Yokoyoko279
    @Yokoyoko279Ай бұрын

    Semoga kita semua istiqomah berbuat baik atas bumi allah hendakNya aamiin yra 🤲🏽

  • @ainafilzah_
    @ainafilzah_29 күн бұрын

    Terima kasih for both Abg Haze & Kak Noreen. Video ni datang tepat pada waktunya. Semoga Allah sentiasa bantu kita semua dałam perjalanan hijrah ini. :)

  • @lailatulmonaromli3982
    @lailatulmonaromli39823 күн бұрын

    alhamdullilah....happy to both of u...allah izin both of menjadi contoh & inspirasi.dan semoga Allah izin both of u terus istiqomah

  • @nawfas100
    @nawfas10029 күн бұрын

    Thanks Haze n Norreen. Ada part yg buat aku sebak sbb aku pn dalam fasa nampak cahaya yg korang cakap tu. Diri kita je tahu, mcm mana kita risau bila signal2 nk tergelincir tu dtg. 😭

  • @rosnahandi5560
    @rosnahandi556028 күн бұрын

    Allah... memang gelak memanjang kalau ada Noreen 😊 Tahniah Noreen dan Haze

  • @iGhoster77
    @iGhoster7726 күн бұрын

    Betul lah tu.. Allah sedang rindu dengan 'menjetik' hati kita.. setiap orang tu pengalaman dia berbeza.. seronok cerita tentang ni, tapi tak semua orang akan dapat, rasa & faham.. cinta Allah itu luarbiasa.. manisnya tidak terungkap dengan kata2.. tapi cinta Allah itu juga mahal, dan hanya terpilih sahaja dapat memilikinya.. semoga kita semua istiqomah 🤲🏻

  • @TeacherSyeri
    @TeacherSyeri17 күн бұрын

    Seronok cerita org2 yg berhijrah. Tahniah, Haze & Nureen. Doakan saya jugak.

  • @nurulshahada477
    @nurulshahada47723 күн бұрын

    best sangat podcast ni, dua2 mahir bercakap dan kelakar. tak kering gusi. menantikan whats next. Tahniah buat kedua2nya haze n kak noreen moga dipermudahkan urusan anda berdua untuk istiqomah insya-allah. saya lah tu salah sorang yang follow back bile dua2 dah berhijrah..jangan maraaa eh

  • @miraamira3806
    @miraamira38064 күн бұрын

    So saya nak cadangkan semua saudara seislam saya tolong baca buku dasar-dasar islam, that book very impactful for us to become a better muslim, kita akan sedar islam ke kita yang sebenarnya, ada kah kerana keturunan, dari ic atau amalan kita, Allah jadikan kita islam bukan saja2, harus ada perbezaan antara islam dgn agama yang lain, cari ler ilmu agama islam yang sebenarnya, ingat syaitan tu dia tak takut dengan orang baik tapi dia takut dengan orang yang berilmu, pengetahuan serta perbuatan kita dalam agama islam akan menentukan nasib kita di sana, ubah diri, taddabur al quran betul2, itu lah ilmu utama yang perlu kita lakukan as umat Nabi Muhammad SAW

  • @chekunora7229
    @chekunora722925 күн бұрын

    Pertama kali tgk perubahan pada noreen..siyes..air mata saya bergenang..antara gembira,terharu dan kagum..sy benar benar respek kat noreen..bukan senang nak buat perubahan yang besar mcm tu..sy doakan semoga noreen akan sentiasa istiqomah dalam usaha beliau..aamiinn..

  • @nurdaus5505
    @nurdaus550516 күн бұрын

    Ya Allah...love sangat Collab ni Haze & Noreen.... See you in Jannah guys.....

  • @anismursyidah1447
    @anismursyidah1447Ай бұрын

    Mmg tggu2 2 orng ni!!!!

  • @Fitrah95
    @Fitrah9524 күн бұрын

    Betul Haze and norreen, sesiapa sahaja boleh mengajak ke arah kebaikan. Tidak bererti yang kita berubah atau berhijrah kita tidak layak mahupun layak, takde garis kelayakan untuk kita mengajak ke arah kebaikan. Even dikalangan kita semua masih ada kekurangan walaupun ilmu itu kita sudah ada, ini kan pula orang yang tidak tahu atau kurang dari segi ilmunya. Kebanyakan manusia zaman sekarang lebih suka menilai berbanding belajar. Belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki, kita dikelilingi orang yang bijak ilmu dan agama itu juga rezeki. Jika ada ilmu kongsi seperti orang yang punya ilmu dan adab. Istiqomah itu bukan perkara mudah tapi indah jika kita dapat istiqomah. Semoga kita semua dapat berterusan melakukan perubahan ke arah kebaikan dan menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari.

  • @norazwawan2562
    @norazwawan256222 күн бұрын

    alhamdulillah Noreen dikurniakan pasangan yg serasi..❤

  • @ateeramj
    @ateeramj26 күн бұрын

    It's about quarter life crisis, kan? Aku pun melalui benda yang sama since few years ago. Memang mengundurkan diri seketika daripada society utk cari balik makna hidup. Sekarang slowly cuba utk bangkit balik. Semoga Allah pelihara semua hambaNya dalam rahmatNya.

  • @anissuraya3715
    @anissuraya371528 күн бұрын

    I really love noreen! Follow dia since dia bekerja as insurance agent tak silap masa ulang alik kerja naik motor dengan razzi 😂 but then stop kejap and now i really love her back ❤

  • @nurafifimohamedtaib1032
    @nurafifimohamedtaib103217 күн бұрын

    Jazakallah khayr. syukur Allah lorongkan saya dengar podcast ini hari ni.

  • @ctaisya1506
    @ctaisya150620 күн бұрын

    firstime dengar podcast haez. sebab nampak ada norren. best pulak layan.

  • @lalanfood
    @lalanfood29 күн бұрын

    ingat lg vdeo noreen mnangis haze bg alquran,.. masa tu rasa tdetik da,yg npk noreen mcari jalan pulang dipeluk Allah, kemudian, skg, Allhamdulillah noreen yg skg,🤍

  • @kemanne3382
    @kemanne3382Ай бұрын

    👏👏👏 Hidayah milik Allah Rabbul Izzati

  • @nurulothman6340
    @nurulothman634029 күн бұрын

    Tahniah haze dan noreen. Jauh jarak duduk.

  • @abyllaamjah2170
    @abyllaamjah2170Ай бұрын

    Thank you guys

  • @anuarbinbustaman
    @anuarbinbustaman22 күн бұрын

    saya amat setuju huhaahaa Haze tapi inputnya wowwww! teruskan Haze amalan Haze untuk pengikut macam saya!!!!!

  • @nurulafiqahhatta
    @nurulafiqahhatta24 күн бұрын

    the sync laugh at 19:51 !! These people always made my days

  • @cheqlia4110
    @cheqlia411027 күн бұрын

    Alhamdulillah suka keduanya sebab haze & nurin tak berubah 180% tu.. still diri sendiri cuma yg lebih better

  • @nurainsulaiman3216
    @nurainsulaiman321621 күн бұрын

    Thanks Cikgu Haze. ...dan Noreen.

  • @arilkhai
    @arilkhai19 күн бұрын

    Terima Kasih. 😊

  • @nurmaizanhamri4180
    @nurmaizanhamri418021 күн бұрын

    Love both lillahitaala. Bagi saya, mungkin asbb niat yg tulus buat sesuatu kerana Allah, maka Allah hadirkan n makbulkan doa2 kalian. Semoga Allah merahmati both of you. ❤

Келесі