"AKU BERMIMPI BIDADARI SYURGA " - AHMAD AMMAR PEMUDA MALAYSIA YANG SYAHID DI BUMI TURKI

Kisah ini berlaku pada tahun 2013, dimana pemuda ini telah syahid di bumi Turki. Ahmad Ammar Ahmad Azam seorang mahasiswa universiti Marmara Turki dalam jurusan Sejarah yang telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh ambulans ketika sedang dalam perjalanan untuk mengajar di sebuah madrasah.
Amat menarik kisah syahidnya ini apabila jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Eyub Sultan yang telah bersemadi para sahabat nabi. Warga tempatan mengatakan "mustahil utk sesiapa pun dikebumikan di Eyub Sultan" kerana di situ bersemadinya Saiyidina Al Ayub Al Ansari.
Ikuti kisah beliau selanjutnya...
Sumber :
www.gpsbestari.com
www.goodreads.com
Selangorkini.com
Facebook Sehidimiz Ahmad Ammar

Пікірлер: 1 000

  • @detektifmatdespatch
    @detektifmatdespatch4 жыл бұрын

    Assalamualaikum wbt Ahmad Ammar.. Sikapnya, tuturnya, sangat disegani oleh sesiapa pun. Allah memilih beliau untuk syahid di bumi Turki dan disemadikan bersama para sahabat nabi dan para auliya'.. Sungguh beruntung beliau dan kedua ibu bapanya... Beliau lah contoh pemuda zaman mencabar yang masih impikan untuk mati syahid dan Allah memakbulkan doanya.. Al-Fatihah untuk ahmad ammar.. Note - sedikit pembetulan di minit 0.16 sepatutnya tariqat Naqsyabandi (kesilapan ini amatlah dikesali}🙏 Sebarang komen sila tempek dibawah👇

  • @kiasfansuri5532

    @kiasfansuri5532

    4 жыл бұрын

    Wslm wbt arwah seorg yg bertuah.Masyallah...moga tenang disana.😊🤲🏼

  • @nurmuhammad3164

    @nurmuhammad3164

    4 жыл бұрын

    Salam adMin bole kisah kan riwayat arwah tuan guru nik aziz bin nik mat..sy rindu kan beliau.

  • @muhammadhaikalluqmanbinada709

    @muhammadhaikalluqmanbinada709

    4 жыл бұрын

    Salam admin. Saya ada seorang sahabat yang baru meninggal bulan 11 2019 di Maghribi.Nama beliau adalah Mohd Hafizuddin bin Hazrul.Kami gelar beliau Jika di Turki ada Syahid Ahmad Ammar.Kami di Maghribi ada Syahid Mohd Hafizuddin.Beliau meninggal disebabkan penyakit leukimia .Beliau bertarung nyawa menggunakan alat bantuan penafasan selama 3 minggu.Saya bersedia sepenuhnya untuk berkongsi maklumat berkenaan peribadi beliau jika admin sudi membuat video.Saya berharap suatu hari nanti Mohd Hafizuddin juga dapat dikenali seperti Ahmad Ammar.Ketika kawan saya ni sakit juga Kami ada juga dapatkan liputan media dari Malaysia untuk dimasukkan dalam berita.Alhamdulillah.Tapi saya mengimpikan ada sebuah video seperti Ahmad Ammar.Beliau dikebumikan di Bumi Maghribi iaitu di perkuburan Sidi Ibni Abbas Sale, Maghribi.Beliau merupakan pelajar Tahun Pertama Pengajian Islam di Universiti Mohammed ke-5 Maghribi.Semoga mereka dihimpunkan bersama para Syuhada'.Aminn.Terima Kasih Admin.

  • @bropukau7399

    @bropukau7399

    4 жыл бұрын

    Ni klau abu syafiq tau..mesti dia dengki ni..

  • @aspawi6742

    @aspawi6742

    4 жыл бұрын

    Al Fatihah ,semoga di tempat kan bersama orang orang yg beriman, Aamiin

  • @manehat
    @manehat4 жыл бұрын

    Aku seorang mualaf. Aku ada buku beliau.. Setiap kali membaca pasti jatuh air mata.banyak pelajaran yg diambil.

  • @maslairyan2265

    @maslairyan2265

    3 жыл бұрын

    Tolong bagi gue satu buku pasal anak muda yg teramat mulia di zaman moden ini

  • @muhdridhzuan4997

    @muhdridhzuan4997

    3 жыл бұрын

    masyaAllah..semoga kita istiqamah dalam kebaikan.

  • @nurinaramatali9224

    @nurinaramatali9224

    3 жыл бұрын

    Buku apa sis tajuknya

  • @zr1172
    @zr11723 жыл бұрын

    Saya nak berubah,tolong doakan saya.

  • @myatinyshawol2845

    @myatinyshawol2845

    3 жыл бұрын

    Aamiin

  • @fadhlielly9935

    @fadhlielly9935

    3 жыл бұрын

    Semoga Dipermudahkan Segala Urusan... Aaminn...

  • @fadhlielly9935

    @fadhlielly9935

    3 жыл бұрын

    Jangn mudah putus asa..kuatkn semangat..hadapai cebaran dunia dengam hati yng sabar ye ...

  • @maslairyan2265

    @maslairyan2265

    3 жыл бұрын

    Sama lah kita .selama ini angan angan ku ingin berubah ke arah kebaikan dunia akhirat yaa Allah kurniakan kami hidayah kearah jalan-mu yaa Allah SWT sebelum ajal kami menjemput.

  • @currentking1158

    @currentking1158

    3 жыл бұрын

    Amin

  • @ms2420
    @ms24204 жыл бұрын

    Tidak perlu kita sedih tentang pemergian beliau..... sepatutnya kita bergembira kerana dia sedang berada di taman syurga....dan kita juga berharap utk meninggal dunia dalam keadaan baik seperti beliau....dunia hanya sementara....sana yg kekal.

  • @flegis123

    @flegis123

    4 жыл бұрын

    Belum kiamat... Sekarang dia berada di Alam Barzakh / Alam Kubur. Kubur boleh jadi salah satu dari lubang syurga atau lubang neraka. Sebelum berlaku kiamat besar. Selepas perhitungan / titian siratul mustaqim di padang mahsyar, barulah ada syurga dan neraka.

  • @wangander8873

    @wangander8873

    4 жыл бұрын

    @@flegis123 bukankah setiap yang syahid di jalan allah tidak perlu dihisab....sebab allah dah janji kan syurga bagi siapa yang syahid dijalan allah

  • @flegis123

    @flegis123

    4 жыл бұрын

    @@wangander8873 Baca balik, fahami komen saya. Jangan soal tp kaji Ilmu Quran, ilmu hadis dan penjelasan ulamak (pewaris Ilmu Nabi) tentang akhirat, malaikat maut, Alam kubur, mahsyar atau tanda2 kiamat. Apa yg "bukankah" yg kamu kata belum berlaku.

  • @flegis123

    @flegis123

    4 жыл бұрын

    @@wangander8873 Belum kiamat lagi... Sekarang dia berada di Alam Barzakh / Alam Kubur. Kubur boleh jadi salah satu dari lubang syurga atau lubang neraka. Jika mendapat ketenangan maka kiamat nanti akan lebih baik, jika mendapat penyeksaan maka kiamat nanti akan lebih dahsyat. Kematian pula dinamakan sbg kiamat kecil. Selepas berlaku kiamat besar. Manusia pertama yg dibangkitkan adalah Nabi Muhammad s.a.w, kemudian para Nabi dan yg lainnya, utk dipertanggungjawabkan, perhitungan dan timbangan, serta titian siratul mustaqim di padang mahsyar, barulah ada syurga dan neraka yg sebenar. pernah dengar malaikat munkar dan nakir? Sebenarnya, sebelum ini, Nabi Muhammad hanya diperlihatkan Allah tentang masa depan, gambaran syurga dan neraka. Kena fahami ada bnyak dalil2 Quran, hadis serta penjelasan Ulamak tentang akhirat, mahsyar, alam kubur, alam barzakh, kiamat dan sbgnya. Saat ini, syurga (hanya ada malaikat, bidadari yg tinggal, dan makhluk syurga yg lainnya), Dan neraka (hanya dipanaskan, yg ada malaikat zabaniyah dan makhluk neraka yg lainnya) tp tidak brpenghuni oleh manusia beriman, kafir dan yg bertaubat. Telah ditakdirkan sejak Luh Mahfuz dibina istana, sungai atau rumah syurga...Allah telah menjanjikan mengikut amalan yg Allah mengetahui apa yg akan berlaku. Sebab dia pencipta Luh Mahfuz, Qada' dan Qadar, Yg mana Allah telah mengetahui siapa yg akan masuk syurga dan siapa masuk neraka. Termasuk jumlah2nya Allah mengetahui. Tidak ada kuasa yg boleh menandingi Maha Pengetahuan dan Maha Bijaksana nya Allah. Bukan seperti kebijaksanaan yg dibuat2 atau pengetahuan yg dibuat2, padahal semuanya ciptaan2 Allah. Termasuk pergerakan yg kecil kuman, air, daun, angin, hujan ATAU pergerakan yg besar manusia, kipas, elektrik, kereta, gajah, gunung, bintang, ...dsb Hanya Allah yg berkehendak dan Allah tidak menghendaki makhluknya, siapakah para WaliNya, siapakah para NabiNya sejak sebelum diciptakan langit dan bumi. Makhluknya, termasuk manusia diciptakan untuk beribadah. Maka, apa2 saja berlaku, adalah ujian dan dugaan, dan Allah sangat suka orang2 yg berdoa dan mengharap drpd org yg tidak berdoa dan mengharap selain drpd Allah. Walaupun Allah juga mengetahui siapakah makhluk yg akan berdoa, sebab segalanya telah tertulis dlm Ilmu Allah. Saat ini, Para Nabi, Para WaliAllah atau org2 beriman hanya tinggal di langit. Sedangkan, Langit bukan syurga. Nanti, para Nabi, waliAllah dan org beriman juga akan menjalani tanggungjawab mereka di padang mahsyar.

  • @rampaijonathan1314

    @rampaijonathan1314

    4 жыл бұрын

    Mana kau tau dia kat taman syurga sekarang? Kau balik ulang alik dari syurga ke?kuat sembang kau ni 🤣🤣

  • @fazilajusoh6925
    @fazilajusoh69254 жыл бұрын

    Amalan beliau nampak simple je..blajar leklok, jd anak yg baik, jaga percakapan dan budi pekerti, sertai misi dakwah, mengajar agama, jaga solat jaga hubungan dgn Allah, tpi tu smua lah susah manusia nk buat sbenarnya, mmg beliau telah benar2 berjihad di jalan Allah seumur hidup beliau..ameen

  • @zultana2078

    @zultana2078

    2 жыл бұрын

    Jangan lupa selalu berselawat juga mengingati pemimpin ulung kita, Rasulullah SAW

  • @akusendiri6999

    @akusendiri6999

    Жыл бұрын

    Salam.fazila..boleh berkenalan

  • @muhammadzulfiqar416
    @muhammadzulfiqar4164 жыл бұрын

    Klau konten ini tidak dibuat saya tidak mungkin mengenali beliau. Terima kasih admin. Al-fatihah utk arwah Ahmad Ammar 🤲🏻

  • @muslihin_channel1510

    @muslihin_channel1510

    3 жыл бұрын

    Betul...

  • @roslinidah7623

    @roslinidah7623

    3 жыл бұрын

    Samalah dgn sy

  • @kerolsajee8936

    @kerolsajee8936

    3 жыл бұрын

    Sama.

  • @ustazyss7425

    @ustazyss7425

    3 жыл бұрын

    Aku pernah dengar dah kisah ahmad ammar ni waktu aku darjah 4, 6 tahun lepas x salah aku, cikgu bahasa arab aku cerita tentang dia siap promote buku tentang hidup ahmad ammar tu lagi

  • @lovemusicfam9522

    @lovemusicfam9522

    3 жыл бұрын

    Kisah ammar ni ada buku dia keluaran dari pakcik arwah ni. Aku dah beli memang menyayat hati sepanjang kisah dia.

  • @marinotoko
    @marinotoko4 жыл бұрын

    Pemergian arwah dgn cara yg sgt mulia menunjukkan amalan tariqat itu adalah benar. Cumanya kena pandai cari gurunya yg mursyid. Tgk cara arwah ni teringat arwah adik saya yg zuhud, beliau satu2nya huffaz dlm keluarga saya. Beliau smpai 1 tahap x de duit pun x pe masa belajar di sunway university, katanya kat masjid ada makan. Beliau sgt dkat dgn masjid dan slalu hadir berjemaah. Beliau juga sgt pemurah, duit biasiswa semuanya diserahkan kpd mak saya, tv digital yg besar di rumah pun guna duit biasiswa maybank beliau. Beliau juga taat mcm arwah ammar ini, hormat org tua, ikut arahan. Ada 1 masa duit biasiswa ada lebihan kerana duit sewa rumah lbih murah dr peruntukkan biasiswa utk cover. Duit lebihan tu beliau x guna pun, terus derma ke masjid sbb dia kata lebihan tu bukan hak dia. Punya lah jujur arwah ni.

  • @Guasokongmanutd
    @Guasokongmanutd4 жыл бұрын

    Di dunia tempat aku berpenat, di syurga tempat aku berehat Allayarham Ahmad Ammar

  • @Yusufxzulaikha

    @Yusufxzulaikha

    Жыл бұрын

    Aku menangis lihat video ini.🥺

  • @amirulshah8584
    @amirulshah85843 жыл бұрын

    Pernah ziarah kubur dia kat istanbul. Kawasan kubur sgt luas dan banyak kubur di sana kene mendaki sikit dan agak jauh dari kubur ayyub al ansari, tapi dalam kawasan kubur yg sama. Ayah dia besar kan ammar ikut cara sultan muhammad al fateh, utk membangun ummah instead of diri sndr. Ayah dia plan utk hantar ammar blaja sejarah uthmaniyyah sampai phd, kemudia balik malaysia olah balik cerita sejarah uthmaniyyah mengikut jalan sebenar islam, bkn jalan cerita barat. Risalah an nur yg ammar khatam dlm 8bulan tu(org turki sndr amik masa bertahun nk khatam) sbnrnya takrifan al quran yg sgt detail utk rakyat turki setelah turki di perintah oleh boneka barat mustafa kamal attaturk. Byg kan risalah ni bertujuan utk tarik balik rakyat turki utk ikut semula syariat islam, sdgkan pada masa tu peradaban barat dah jadi asam garam lumrah gaya hidup rakyat turki antara yg paling teruk, azan mesti dlm bahasa turki. Mcm tu la jgk ayah ammar plan utk ammar terbit kan risalah berkaitan sejarah uthmaniyyah utk tarik semula anak2 muda malaysia supaya knal sejarah sbnr tentang islam, buat anak muda suka dan berkobar bila tau sejarah hebat islam, knal panglima2 islam, secara xlgsng anak2 muda akan berwawasan ke arah mengembalikan kegemilangan khalifah islam. Sebagai cth, masih ramai xtau sejarah al fateh lawan dracula, ramai xknal siapa salahuddin al ayyubi sblm dia jadi pemimpin tentera perang, sdgkan dia bkn sultan pun, ramai yg blaja zaman gelap eropah masa tingkatan 4, tapi ramai xtau pada masa yg sama sepanyol adalah negara muslim yg sgt canggih, bertamadun, bijak pandai, terang benderang 24jam sehingga kan kristian yg dtg tercengang dgn kehebatan sepanyol time tu. Sbb tu Raja Ferdinand III dan Ratu Isabella nk tawan sepanyol. Bila tawan, jadi la negara kristian sampai skrg. Sultan al fateh umur 21 atau 22 dah perang dgn tentera byzantin, dianggap tentera kebal masa tu di konstatinople, dan menang. Ahmad ammar umur 20 tahun syahid. Korg masa 20 tahun watpe?

  • @Cheamin-rh9lx

    @Cheamin-rh9lx

    Жыл бұрын

    Minum ketum je mase umur 20 an

  • @noorfarah3382
    @noorfarah33823 жыл бұрын

    Orang yg baik ni memang cepat pergi. Macam arwah sepupu sy mmg seorang anak yg baik dan disenangi semua org. Semua org puji arwah ni mmg baik tak banyak cerita, mmg x jumpa 1 keburukan pun kat dia. Tapi dia pergi dulu sebab kanser. Al fatihah buat arwah along. Al fatihah juga buat arwah ammar.

  • @makcikkiahtv9064
    @makcikkiahtv90644 жыл бұрын

    - jaga solat - tidak pernah puas buat kerja amal - patuh pada ibu bapa Allahyarham Ahmad Ammar, Bintang Syurga. Sapa pernah tengok gambar Allahyarham keluar peluh kot dahi ?

  • @arifmarzuki1657

    @arifmarzuki1657

    4 жыл бұрын

    Wans 47 tanda syahid

  • @adeb8454

    @adeb8454

    4 жыл бұрын

    Ada lagi tak gambar tu?

  • @BrainBoosters0

    @BrainBoosters0

    4 жыл бұрын

    Boleh search kat you tube pasal ahmad ammar. Ada gamba dahi dia berpeluh muka senyum

  • @zulkiflisaadon4064

    @zulkiflisaadon4064

    3 жыл бұрын

    @@wans4739 kena selalu pergi dengar ceramah baru ada ilmu dlm diri tu, itu salah satu tanda orang soleh meninggal dunia... Ni aku bagi siap link ceramah ringkas je tak lama 7 minit oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus... Berkenaan perbezaan tanda2 org yg nak mati diantara orang jahat dengan orang beriman ( kzread.info/dash/bejne/qH-s3M2AfbuzZZc.html )

  • @suzaimahsuib9475

    @suzaimahsuib9475

    3 жыл бұрын

    @@zulkiflisaadon4064 betul tu

  • @ahmadnuman6627
    @ahmadnuman66274 жыл бұрын

    "ahmad ammar orang pertama dari malaysia disemadikan di perkuburan eyyub sultan" BE PROUD GANG

  • @salzeeanna
    @salzeeanna4 жыл бұрын

    Aku ada buku sejarah hidup arwah Ammar. Allah syg dia dan ambil dia sewaktu muda. Al fatihah utk arwah.

  • @maxverstappen3219

    @maxverstappen3219

    4 жыл бұрын

    Aku pon ade.bapak aku bgi sruh aku bace.best gak buku dia.

  • @aziemaharshad001

    @aziemaharshad001

    4 жыл бұрын

    Aku pun ada... 2 buah buku yang dikarang ayah dia sndri... Mmg bg sumber inspirasi...

  • @faezhelmi5872

    @faezhelmi5872

    4 жыл бұрын

    @@kucingkucing316 Awak boleh cari juga buku nukilan Abdul Latib Talib.. saya suka gaya penulisan beliau...boleh dicari di setiap kedai buku, atau boleh dptkan melalui ebook. keluaran PTS sdn bhd.

  • @amazingexiaxt126

    @amazingexiaxt126

    4 жыл бұрын

    Bagus.. sy tkde pun buku dia.. buku bola naga yg ada 7 biji tu adalah.. sampai abis episode

  • @wanamirahwanyusoff4829

    @wanamirahwanyusoff4829

    4 жыл бұрын

    saya pun ada

  • @zuharmyynwa125
    @zuharmyynwa1254 жыл бұрын

    Allahuakbar..kematian yg dicemburui..inshaAllah syurga buatmu sahabat ahmad ammar..

  • @ammarfirdaus8195
    @ammarfirdaus81954 жыл бұрын

    Nama saya Pon ammar,dulu sya pon teringin jadi mcm Ahmad ammar...ya Allah ampunkanlah dosa²ku,ampunkanlah dosa ibubapaku,saudaraku,saudara seagamaku🤲sesungguhnya kami ya Allah hambamu yg xpernah lepas dari dosa😭

  • @alongsepet9201

    @alongsepet9201

    4 жыл бұрын

    dari kau doa dalam ni.aku rasa baik kau berdoa time solat..inshaallah makbul..doa dalam media x dapat ape bos..kalau sekadar kongsi boleh la dlam media..cume bagi pendapat

  • @Putra-rj7bh

    @Putra-rj7bh

    4 жыл бұрын

    @@alongsepet9201 bro kita tak boleh ckp mcm tu, kalau dia post mcm ni supaya kita boleh aminkan doa nya dan kita sendiri boleh tgk diri kita dan memperbaikkan lagi. Kalau terasa minta maaf, niat cuma nak bagi tahu je. Supaya kita semua berada di golongan² yang beriman. Amin.

  • @HambaAllah-xd4fl

    @HambaAllah-xd4fl

    4 жыл бұрын

    Along Sepet aminkanlah.. Nk fikir buruk je kejenye.. 😅

  • @shalion2975

    @shalion2975

    4 жыл бұрын

    Along Sepet dia doakan dlm ni secara langsung ramai2 dh baca. Kan positif tu. Ramai2 bacakan doa. Benda senang je hidup ni.

  • @radzizainon358

    @radzizainon358

    4 жыл бұрын

    Ya Allah perkenankan doa hambaMu ini di saat2 masa yg mustajab ini. Aamiin Ya Rabb...

  • @zalikha4375
    @zalikha43754 жыл бұрын

    Terimakasih cover story pasal ahmad ammar sahabat saya. alfatihah dibaca dan disedekahkan buat ahmad ammar ahmad azam

  • @norainibujang2570

    @norainibujang2570

    3 жыл бұрын

    Al Fatihah.Mohon Allah tempatkan dikalangan org2 soleh.aamiin.

  • @nooraiwa4

    @nooraiwa4

    3 жыл бұрын

    @A Random Guy kalau betullah dia bukan sahabat beliau, dia masih saudara Islam kita yang sama sama mengalirkan darah Nabi Adam. Bersyukur dan berbanggalah kerana ada seorang Muslim seperti beliau sebagai saudara Islam kita.

  • @nuurha3715
    @nuurha37154 жыл бұрын

    Saya ke turki thun lepas, waktu sya nak lintas jalan ke seberang untk lihat laut, mak melarang sya Jangan lintas jalan, dgn kereta yg amat laju, padahal jlan kecik je. Mmg laju btul.. Terus sy tringat arwah ammar meninggalkan asbab kene langgar di Turki.. Tanah perkuburan panglima2 disana berbukit, Agak sukar untk mndaki n mencari kubur Beliau.. Hanya mampu memandang dri jauh dn sedekah alfatihah untuk arwah Ammar, sesudah menziarahi makam para sahabat terakhir abu ayub al'ansory....

  • @zainonali7173
    @zainonali71734 жыл бұрын

    Siapa sokong dibuatkan cerita tentang allahyarham Ahmad Ammar ni biar ramai yg tahu.. comment je xnk like pun xpe

  • @LoganiumXY
    @LoganiumXY4 жыл бұрын

    Nmpk mcm kematian biasa tp Allah angkat darjat jd luar biasa. Subhanalllah..

  • @fadzhilmohamad7253

    @fadzhilmohamad7253

    3 жыл бұрын

    @NM apa yg taksub nya sedara?

  • @shfiqizllan1343

    @shfiqizllan1343

    3 жыл бұрын

    @NM bau bau dengki disitu

  • @PoyoLaKau

    @PoyoLaKau

    3 жыл бұрын

    Mmg luar biasa pon..awl muharam..peluh bile mnggal..sorg di knali rmai..kne lggar pon x luke sdangkan rusuk ptah..alfatihah

  • @Nine.ix.9

    @Nine.ix.9

    3 жыл бұрын

    @NM kalau tak faham jangan ckp orang taksub. Kalau orang sebut "angkat darjat" pun boleh jadi taksub maka Rasulullah SAW pun tak akan mengajar kita erti "diangkat darjat". Jangan condemn orang lain kalau kita sendiri pun ilmu cetek...

  • @nickyminaj8364
    @nickyminaj83643 жыл бұрын

    Saya bukan islam tp saya bangga punya seorang yg bergitu sempurna dalam hidupnya dan asalnya dr malaysia ..alangkah bagusnya kalau kita semua mengikut jejak mulia beliau...jatuh air mata saya...salam takziah

  • @muhammadhairiey6444

    @muhammadhairiey6444

    3 жыл бұрын

    Sekarang tinggal mana

  • @boniface1034

    @boniface1034

    3 жыл бұрын

    Betul bro aku pun sama.., walaupun bukan org islam tapi semenjak aku tahu kisah2 dia ni apa lagi.. Sama org Malaysia.. Aku jadi kagum.. Bukan calang org ni.., may soul rest in peace 🙏untukmu saudaraku..

  • @muhammadhairiey6444

    @muhammadhairiey6444

    3 жыл бұрын

    @@boniface1034 hi.. kami bangsa apa dan agama apa...bagus rakyat Malaysia sifat macam kamu berdua

  • @boniface1034

    @boniface1034

    3 жыл бұрын

    @@muhammadhairiey6444 saya beragama Kristian..

  • @muhammadhairiey6444

    @muhammadhairiey6444

    3 жыл бұрын

    @@boniface1034 OUh..Iban ke bangsa.. pandai bab Islam.x

  • @afstudio7889
    @afstudio78894 жыл бұрын

    ALHAMDULILLAH , SYURGA BUATNYA . HARAP KITA PUN DI PILIH DALAM GOLONGAN KE SYURGA , AMINN . CHANNEL NI SEMAKIN MENARIK SEKARANG , RAMAI ANAK MUDA BOLEH DAPAT INFO DARI KISAH² YG DAHULU . TERBAIKK . TERUSKAN CONTENT MENARIKK 🔥🔥🔥

  • @ajimotor3744

    @ajimotor3744

    4 жыл бұрын

    Aminnn

  • @asmaaina7289
    @asmaaina72894 жыл бұрын

    Pernah baca cerita dia dalam sebuah buku dulu..mulanya tak kenal pun dia pastu cikgu cerita pasal kehebatan pemuda yang digelar oleh kawan kawannya syahid yang tertangguh.. dengar cikgu saya cerita pasal kehebatan Ahmad Ammar ni saya dan kawan-kawan sebak dan kagum dengan peribadi dan akhlak Ahmad Ammar..lepastu cikgu cakap kalau nak tahu lebih lanjut tentang kisah dan peribadi Ahmad Ammar ni cari buku yang mengisahkan tentang Ahmad Ammar ni..mujurlah kat perpustakaan masa tu jumpa buku dia..sebak gila baca ketaatan dia pada agama..dia cakap "biar di dunia aku berpenat,di akhirat tempat aku berehat..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..Ahmad Ammar pemuda yang hebat

  • @muhammadhaikalluqmanbinada709
    @muhammadhaikalluqmanbinada7094 жыл бұрын

    Salam admin. Saya Ada seorang Sahabat yang baru meninggal Bulan 11 2019 Di Maghribi 🇲🇦.Nama beliau adalah Mohd Hafizuddin bin Hazrul.Kami gelar beliau Jika Di Turki Ada Syahid Ahmad Ammar.Kami Di Maghribi Ada syahid Mohd Hafizuddin.Beliau meninggal disebabkan penyakit leukemia.Beliau bertarung Nyawa menggunakan alat bantuan penafasan selama 3 minggu.Saya bersedia sepenuhnya untuk berkongsi maklumat berkenaan peribadi beliau Jika admin sudi membuat video.Saya berharap suatu Hari nanti Mohd Hafizuddin juga dapat dikenali seperti Ahmad Ammar.Ketika kawan saya ni sakit Kami Ada juga dapatkan liputan media Dari Malaysia untuk dimasukkan Dalam berita.Alhamdulillah.Tapi saya mengimpikan Ada sebuah video seperti Ahmad Ammar.Beliau dikebumikan Di Bumi Maghribi iaitu Di perkuburan Sidi Ibni Abbas Sale, Maghribi.Beliau merupakan Pelajar Tahun Pertama Pengajian Islam Di Universiti Mohammed ke-5 Maghribi.Semoga mereka dihimpunkan bersama para Syuhada'.Amin Terima Kasih Admin.

  • @izzata6329

    @izzata6329

    4 жыл бұрын

    @A Random Guy hahhhhhaahah

  • @muhammadhaikalluqmanbinada709

    @muhammadhaikalluqmanbinada709

    4 жыл бұрын

    @A Random Guy hehe ye tak ye jugak an.

  • @honeystar8852

    @honeystar8852

    3 жыл бұрын

    pehal ko ni..org dh xde xpyh la ko beria..gila

  • @muhammadamnibinmohammadzah1941

    @muhammadamnibinmohammadzah1941

    3 жыл бұрын

    @A Random Guy ayat tu tapis sikit risau kat akhirat nanti susah nk mintak maaf dengan arwah

  • @fahimmdjoe2974

    @fahimmdjoe2974

    3 жыл бұрын

    @A Random Guy ayat ko jaga skit ye😒

  • @suhanaimantv6051
    @suhanaimantv60514 жыл бұрын

    ya Allah mengalir air mata dengar. brp kali dgr pun masih mengalir air mata. bukan sedih, tp beruntungnya dia bersemadi bersama sahabat. semoga sy menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 yg soleh solehah. amin.

  • @Diakatadiaraja9011
    @Diakatadiaraja90114 жыл бұрын

    Assalam semua..nama ank sy yg kedua sy ambil sempena Ahmad ammar ni..ketika itu arwah baru meninggal..mnyusuri kisah beliau..sy mngimpikan impian ank sy jd sprti arwah..alfatihah utk arwah..

  • @yunziehan9343

    @yunziehan9343

    3 жыл бұрын

    Name ank lelaki tunggal saya pon ahmad Ammar sempena name arwah..al fatihah buat arwah..

  • @Diakatadiaraja9011

    @Diakatadiaraja9011

    3 жыл бұрын

    @@yunziehan9343 alhamdullillah..semoga trcapai hajat kita

  • @nurulasmaabdulrazak9734

    @nurulasmaabdulrazak9734

    3 жыл бұрын

    nm ank sya pon terinspirasi dr kisah ammar ni... Ahmad Ammar Fateh... semoga ank2 kt mnjdi ank yg soleh... amin

  • @Diakatadiaraja9011

    @Diakatadiaraja9011

    3 жыл бұрын

    @@nurulasmaabdulrazak9734 semoga ank2 kita mnjd insan yg solehah..

  • @barbarking4200
    @barbarking42004 жыл бұрын

    Saya pon pernah baca buku yg cerita ttg Ammar ni.. mmg best cita dia.. Sedehh btw dia sgt hormat & patuh mak dgn ayahdia😢

  • @khr.ikhwan

    @khr.ikhwan

    4 жыл бұрын

    betul... cerita dia mmg best. sgt inspirasi kpd kita 🙂

  • @pudinsaifudin5806

    @pudinsaifudin5806

    4 жыл бұрын

    buku dia akan "hidup" wlaupn beliau dah meninggal dunia.

  • @emorider6804

    @emorider6804

    4 жыл бұрын

    sebab mak and ayhnya pun memahami minat anaknya.. takkan sesekali merendah cita2 anaknya.. baru la ank leh taat gn ibu bapa gn mudah

  • @mad-bu8jl

    @mad-bu8jl

    4 жыл бұрын

    Semoga berbahagia di alam sana. kzread.info/dash/bejne/gJ2CyK2phaXMaNI.html

  • @emorider6804

    @emorider6804

    4 жыл бұрын

    sng kata mungkin mk ayhnya tk pernah cengey(garang) gn anaknya.. so anak pun tkderla maki2 hamun.. tu la bahagia hidup dlm bekeluarga

  • @maslairyan2265
    @maslairyan22653 жыл бұрын

    Tetiba airmata jantanku mengalir bilamana terbaca konten ini ,alhamdulillah semoga aku di beri hidayah dan semoga Allah mengambalikan ku ke agama Islam,yaa memang nya kami beragama Islam turunan dari orang tua yg sudah lama beragama Islam tapi yaa nama sahaja aku id keislaman dlm MyKad tapi segala suruhan Allah SWT sudah lama aku tinggalkan ,yaa Allah kembalikan aku dalam agama nabi Muhammad s.a.w yg engkau redhai yaa Allah..

  • @zizietahir5985

    @zizietahir5985

    3 жыл бұрын

    Aamiin yaa rabbal alamiin

  • @cheqnaa1999

    @cheqnaa1999

    2 жыл бұрын

    Aamiin ya Allah, semoga hidayah buat mu hingga akhir hayat.

  • @maslairyan2265
    @maslairyan22653 жыл бұрын

    Alhamdulillah ..satu satunya manusia mulia dari kawasan nusantara ,(Malaysia) yg di kebumikan dalam tanah perkuburan para sahabat nabiSaw,dan para syahid.semoga saudara Amar Allah SWT tempatkan dlm syurga Firdaus.. amiinn yaarabiilalamiin

  • @norainibujang2570
    @norainibujang25703 жыл бұрын

    Saya pernah baca kisah Ammar ini.Ia memberikan saya kekuatan dan belajar menerima Qada dan Qadar.Saya pernah patah hati/atau hilang semangat pd tahun 1991.Terlalu banyak peristiwa yg berlaku.Walaupun telah hampir29 thn berlalu pergi,tapi seolah2 semcm baru saja berlaku.Sehingga kini saya masih tercari2 apa yg telah terjadi sebenar pd diri saya.Di saat inipun saya masih dlm 'confius' ttg diri saya.Cuma saya sangat menyakini Qada dan Qadar Allah S.W.,T.Mungkin di dunia ini kita tidak bersama .Mohon Allah yg Maha segala2nya temukan kita di alam sana.aamiin.

  • @mehmedizu9948
    @mehmedizu99484 жыл бұрын

    salah seorg my Idola🤲,mula kenal arwah tahun 2013 dri ayah dy sendiri yg dtg bg ceramah psl arwah dekat hospitl n beli buku dy yg tebal tu

  • @nasranmuhammad8228
    @nasranmuhammad82284 жыл бұрын

    Kematian yang dicemburui. Aku cemburu dgn kematianmu saudaraku, sedangkan aku tidak tahu kesudahanku di dunia ini..

  • @sitiqadariah1965
    @sitiqadariah19654 жыл бұрын

    Hebatnya arwah... Ini pemuda yg patut d banggakan.. Malaysia.

  • @imanitumutiarachannel4259
    @imanitumutiarachannel42594 жыл бұрын

    Admin punya isi bukan biasa2....admin punya pengetahuan pon expert punya stage....great...beruntunglah ammar,sekarang nii dia sdang berada didalam paruh burung hijau dan sedang berlegar2 dlam syurga.....walaupon x dpt merasa nikmat syurga,x dpt menyentuh bidadari,tpi dah dpt melihat dan dpt bau syurga....kematian yg dicemburui....memiliki harta 1 dunia pun,belum tntu buatkan kita dpt merasa nikmat syurga melain rahmat dan kurnia dri ALLAH SWT serta AMAL SOLEH KITA,kain kafan harga sejuta semeter pun belum tentu dapat membuatkan kita dapat tidur tenang didalam kubur melainkan syafaat dari surah AL MULK 1-8 dan dgn izin ALLAH SWT shj serta ibadah kita....wallahualam....semoga kita mndapat kematian yg dicemburui.....neraka memang dibina untuk manusia,tetapi janganlah kita "menempahnya" sbb 8X api neraka yg dibasuh lautan pon kita dah tak mampu hadapinya....

  • @adeb8454

    @adeb8454

    4 жыл бұрын

    Admin baca skrip haha

  • @azrimamud4144

    @azrimamud4144

    3 жыл бұрын

    @@adeb8454 ye ke haha

  • @fisabilillahofficial530
    @fisabilillahofficial5304 жыл бұрын

    Arwah dh bahagia...kita je yg belum tahu lg..YA ALLAH ampunkan dosa2 beliau dan semua umat2 islam telah pergi menghadapmu..

  • @norsidahyangyahaya6820
    @norsidahyangyahaya68204 жыл бұрын

    Alhamdullilah, saya pernah melawat perkuburan beliau semasa Di turki

  • @userthreeseven9285
    @userthreeseven92854 жыл бұрын

    Saya pernah baca buku ttg arwah Ahmad Ammar.. Mmg layak beliau disemadikan di sana. Bintang syurga ❤

  • @misaaizza1566
    @misaaizza15663 жыл бұрын

    Al-fatihah buat Ahmad Anmar Ahmad Azam semoga rohnya ditempatkan bersama sama Para Suhada dan hamba hambaNya yang dikasihi.Salam takziah buat keluarga Almarhum dan sentiasa diberikan hidayah.

  • @ammararabi6146
    @ammararabi61464 жыл бұрын

    Hmm tibe2 pulak rasa sedih😥 Semoga arwah ditempatkan dgn orang beriman.. aamin

  • @ayonal-qodahi3327
    @ayonal-qodahi33273 жыл бұрын

    Subhanallah.. Kematiannya di hadiri para rakyat Turki dan ulama2 yg solatkan jenazah Allahyarham, dan di semadikan bersama Sahabat Baginda Rasulullah dan pejuang2 Islam Turki Utsmaniah.. Beruntung kamu wahai Amar hamba Allah yg soleh.. 😢 kami berbangga dengan kamu wahai Ammar, seluruh Malaysia mengenali kamu setelah Allah ambil kamu, sedangkan dahulu ketika hayat kamu Allah sembunyikan Kemuliaan kamu wahai Ammar..

  • @nadieyra87
    @nadieyra874 жыл бұрын

    Air mata berjujuran jatuh bila tengok video ni.😭 Kisah Ahmad Ammar dan Badrul Munir harus dijadikan inspirasi buat semua orang Islam di seluruh dunia.

  • @s0ulgam1ng6
    @s0ulgam1ng64 жыл бұрын

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aminnn... سموݢ ارواح دتمڤتکن د کالڠن اورڠ-ورڠ يڠ برايمان

  • @haizanasir7286

    @haizanasir7286

    4 жыл бұрын

    امين

  • @orangesunquick1434
    @orangesunquick14343 жыл бұрын

    Pasti banyak lagi amalan & kebaikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya. Sebab tu Allah angkat darjat dia diakhir hayat. Bertuah sungguh kamu adik Ammar. Begitu juga ibu ayah & keluarga kamu. Alfatihah.

  • @ainirosmary93_22
    @ainirosmary93_224 жыл бұрын

    *Buat baik, Allah sayang* Al-fatihah kpd arwah..

  • @jariahali7587
    @jariahali75873 жыл бұрын

    Al-fatihah...Ahmad Ammar sdg berbahagia di Syurga..in sha Alllah!!!👐👐👐👐

  • @muhammadimamakbar8085
    @muhammadimamakbar8085 Жыл бұрын

    Kisah mengharukan ,mujahid yang tertangguh.Syahid.Do'a untuk almarhum,mari ,kita baca Surah Al Fatihah,aamiin.

  • @nazrinabdullah3342
    @nazrinabdullah33424 жыл бұрын

    Alfatihah buat hero kita dari Malaysia. Moga roh mu sentiasa dirahmati Allah Swt. Aaminn.

  • @rafiqbujang89
    @rafiqbujang894 жыл бұрын

    Allah berikan pemuda contoh untuk seluruh dunia khususnya pemuda di Malaysia semoga tenang di sana

  • @caspersuhaimikhalid4162
    @caspersuhaimikhalid41623 жыл бұрын

    Harap detektif mat despatch buat kisah2 anak muda malaysia yg hebat terutama islam yg mampu memberi inspirasi kpd anak2 muda di malaysia membangun jiwa islam dlm diri..BERIMAN & BERAMAL HIDUP MENJADI BERKAH..aaamiiin.

  • @hanimabdul5484
    @hanimabdul54844 жыл бұрын

    Anak sy nama ammar inspirasi drp ahmad ammar...smg perjuangannya spt ahmad ammar

  • @nazeerahzulkafli417
    @nazeerahzulkafli4174 жыл бұрын

    Alhamdulillah.. dapat jugak tgk video kisah arwah Ammar. Sejak baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, saya terus jadikan Ammar idola saya. Walaupun dia nampak normal dan biasa2 je saat kehidupannya, nampaklah seperti Allah mengangkat darjatnya setelah kematiannya. Meninggal ketika dalam perjalanan nak menyampaikan ilmu, lepastu kematiannya mudah mcm tu je. Accident kena langgar dgn ambulans, ambulans tu jugak yg bawak arwah pegi hospital. Lepastu rezeki dia, dapat dikuburkan di kawasan perkuburan sahabat nabi, Abu Ayub Al Ansari. Sedangkan org Turki pun boleh dikata sgt tipis peluang utk dikuburkan kat situ. Boleh nampak dah bukan calang2 arwah Ammar ni sampai Allah muliakan arwah mcm tu sekali selepas kematiannya. Janji Allah utk org2 yg beriman & beramal dgn agamaNya ❤ Moga kita semua dapat mencontohi peribadi arwah Ammar. Amin2 yarabbal alamin 🤲

  • @suriyatiabdullah8359
    @suriyatiabdullah83593 жыл бұрын

    Masyaa Allah. Hebatnya arwah Ammar. Didunia lagi Allah dh tunjukkn keistimewaanmu.. Mudh2an syurga tmpt kembalimu. AMIN

  • @norehanlong1451
    @norehanlong14514 жыл бұрын

    Sungguh bertuah kedua ibu bapanya dapat anak seperti Ammar.

  • @maslairyan2265
    @maslairyan22653 жыл бұрын

    Aku bener bener manangis bila membaca surah Al fatihah buat alyaraham Ahamad Ahmad ,alhuakbar..

  • @sulaimanakhlaken5634
    @sulaimanakhlaken56344 жыл бұрын

    Kehidupan yg serba sederhana...tetapi kaya dengan ilmu di jalan Allah s.w.t..

  • @armscurll
    @armscurll Жыл бұрын

    datang balik oktober 2022,sebab nak ambil semangat daripada cerita arwah Ahmad Ammar,semoga kami semua mampu meneruskan perjuanganmu wahai Ahmad Ammar 🤲

  • @noorainanatasyabintimohdno496
    @noorainanatasyabintimohdno4963 жыл бұрын

    Cantiknya aturan Allah dari awal hingga akhir hidup pemuda ini... Iri hati dengannya.. Ya Allah, kurniakan lah kami anak² yg taat pada perintah-Mu🤲

  • @sukri6688
    @sukri66884 жыл бұрын

    Masya-Allah untung nya beliau, waktu saya darjah 5, tak kenal beliau dan skrg sudah berumur 18 tahun dan telah mengenal jasa dan budi beliau kpd agama dan negara. Semoga arwah diampunkan dosa dan ditempatkan bersama org yg beriman. Untung nya beliau, nasib saya belum tau, hmmm

  • @SA-ie2lw
    @SA-ie2lw3 жыл бұрын

    Allahuakbar 1st time tengok gambar rasa macam arwah ni ada sesuatu. Tergerak hati nak tahu kisahnya. Mulia sungguh orang yang mencari redha Allah dan menuntut ilmu. Al fatihah buat arwah semoga kita semua dapat contohi peribadi mulia yang beliau miliki ❤️

  • @greenyellow1200
    @greenyellow12004 жыл бұрын

    AHMAD AMMAR SHAHID DI MEDAN ILMU 💚 KELUARGA HEBAT ANAK HEBAT 👍

  • @MohdFaisalAbuHassan
    @MohdFaisalAbuHassan4 жыл бұрын

    Subhanallah. Sayu rasa hati, iri hati dengan penghormatan yang diterimanya, dan kagum dengan kedua ibubapanya. Insan hebat ini lahir dari ibubapa yang hebat

  • @niceruff
    @niceruff3 жыл бұрын

    Sy menyaksikan keperibadian arwah. Mmg btol mcm yg digambarkan dalam video. Beliau salah seorang junior di sekolah agama menengah bestari (Sambest) subang jaya. Alfatihah buat beliau.

  • @meknaklatesandgold3739
    @meknaklatesandgold37394 жыл бұрын

    Aku cemburu dgn kematiannya..ya Allah,terimalah taubat ku agar aku jg diterima di syurga Mu yg abadi..amin

  • @mazrin2187
    @mazrin21874 жыл бұрын

    Ingat lagi masa tahun 2016 masatu umur 15 tahun kedua org tua arwah dtg ke sekolah kami bagi ceramah tentang ahmad ammar..sebelum beliau mula ungkap kata. kami ada tayangkan sebuah multimedia tentang arwah ammar iaitu anak beliau..siapa sangka ayah arwah ammar menitiskan air mata..ingat lagi ayah arwah ckp:setiap kali dia lihat gmbar arwah ammar dia akan menitiskan air mata..tenanglah wahai ammar seluruh yg mengenalimu amat menyayangi dan meredakn kepergianmu..

  • @fidahchannel9423
    @fidahchannel94234 жыл бұрын

    Terima kasih atas perkongsian. Semoga arwah ditempatkan di syurga yang abadi. Doakan anak saya menjadi insan yang baik, memperjuangkan agama Islam. Amin.

  • @ZuhailiZainaL77
    @ZuhailiZainaL774 жыл бұрын

    "Mati Syahid.".. Kematian yg dicemburui..Semoga dicucuri Rahmat keatas Arwah Ammar serta ditempatkan dikalangan insan2 yg terpilih disisi Allah s.w.t dan para syahid. Al-Fatihah (Dibaca)

  • @hudhudchannel2591
    @hudhudchannel25914 жыл бұрын

    Yg nie memang tk boleh lupa.. dia nie buat aku bersemangat nak beramal soleh.. yaa Allah...

  • @farisfarhadz
    @farisfarhadz4 жыл бұрын

    Arwah memang The Chosen One lah beruntungnya jadi beliau... 😭

  • @cikeiza2234
    @cikeiza22344 жыл бұрын

    walaupon aku ta kenal arwah tapi aku bangga sbb dye org malaysia . walaupon aq ta kenal dye airmata aq mengalir sebak dgn pemergiannye 😢

  • @anakkampungchannel87
    @anakkampungchannel872 жыл бұрын

    Org2 situ berebut2 nak usung jenazah arwah......kite xtau silap2 beribu malaikat ikut mengusung skli.... Sungguh mulia akhlak beliau.

  • @Goofydo
    @Goofydo4 жыл бұрын

    Mata berair... Baru lepas potong bawang tadi... Al-Fatihah. T_T

  • @SyahAmri11

    @SyahAmri11

    4 жыл бұрын

    Kedai dh buka ke😲

  • @nazmanrashid7830

    @nazmanrashid7830

    4 жыл бұрын

    Bagi sikit bawang mat.lapar la.😄😄😄

  • @amein73
    @amein733 жыл бұрын

    mashaAllah semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih serta para ambiya

  • @roy-be3ri
    @roy-be3ri4 жыл бұрын

    Kata2 akhir yg sedih,,dan memberi semangat jalani hidup ini untuk mencari ilmu dunia dan akhirat,,,,

  • @awangmohamadiskandar3670
    @awangmohamadiskandar36704 жыл бұрын

    Al Fatihah...Moga roh beliau ditempatkan dikalangan roh org-org yg beriman...Aamiin...insya allah☝️

  • @syauqisyukri387
    @syauqisyukri3874 жыл бұрын

    Aku ade beli buku tentang kisah hidup arwah ni mmg mcm malaikat punya baik

  • @alinahMQuantum

    @alinahMQuantum

    4 жыл бұрын

    Where to buy the book? What's the title? Thanks adik

  • @puanmawar183

    @puanmawar183

    4 жыл бұрын

    Blh bgtau buku beli kt mana

  • @syauqisyukri387

    @syauqisyukri387

    4 жыл бұрын

    Alamak dah tak ingatlah beli kt mana sbb buku tu beli 5 tahun lepas

  • @syauqisyukri387

    @syauqisyukri387

    4 жыл бұрын

    @@alinahMQuantum tajuk dia nama arwah Ahmad Ammar

  • @nurulatiqah3885

    @nurulatiqah3885

    3 жыл бұрын

    @@alinahMQuantum Tajuk buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar".. kalau saya bli di kedai buku beberapa thun lps

  • @khairulamin4456
    @khairulamin44564 жыл бұрын

    Alhmdulilah syurga buat mu saudaraku

  • @muhammaddanial4056

    @muhammaddanial4056

    3 жыл бұрын

    Terbaik amin pinji

  • @JandaChomot
    @JandaChomot4 жыл бұрын

    Hebatnya arwah.. Tak tahu mcm mana pengakhiran kita nanti. Semoga kita semua meninggal dalam keadaan yg beriman.

  • @nurwani3631

    @nurwani3631

    4 жыл бұрын

    Aamiin

  • @H3ck3r69

    @H3ck3r69

    4 жыл бұрын

    Amin

  • @brotherazlanz4933

    @brotherazlanz4933

    4 жыл бұрын

    Amin....

  • @unknowns4867

    @unknowns4867

    4 жыл бұрын

    Aminn

  • @znmotorsports6437

    @znmotorsports6437

    3 жыл бұрын

    Hosnul khotimah..amin

  • @jannah120666
    @jannah1206664 жыл бұрын

    subhanallah.. sejuk ibunya yang mengandunnya.... sebak... terharu.. semoga anak2 kami semua menjadi seperti Ammar.. w.pun tidak sehebat Ammar..

  • @kucenjantan1268
    @kucenjantan12684 жыл бұрын

    Megalir air mata jantan tghari ni... Byknya dosa yg pernah aku lakukan atas dunia yg sementara ni

  • @_slier
    @_slier4 жыл бұрын

    Salam..What a great lost to our Nation..He can contribute to the development of our Nation.We need more this kind of youth for our Nation..We planned, but Allah The Almighty have His Own Plan, and Allah Plan is the best..Clearly Allah loves him more than the rest of us..May Him rest well among the bless souls..InsyaAllah..I trully admire him..Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan hamba2Nya yang beramal soleh.InsyaAllah saudaraku, aku juga akan menyusuli mu

  • @94danielboy
    @94danielboy4 жыл бұрын

    Ahmad Ammar ialah senior saya ketika di Maktab Tentera DiRaja, bila waktu riadah, mesti pakai pakaian menutup aurat. Dia juga seorang senior yg sangat baik kepada junior. Al-Fatihah....

  • @wangander8873

    @wangander8873

    4 жыл бұрын

    Sungguh mulia ciri dan budi perkerti arwah ahmad ammar..permergian yang dicemburui oleh semua orang..♥️😞

  • @Zaccfear

    @Zaccfear

    4 жыл бұрын

    hidup boy ! Ahmad ammar batch saya 09-10. Kelas sebelah jer...budak MTD.. bakal2 panji panji imam mahdi. amin ya rabbal alamin

  • @syednasranshamilsyeddin1966

    @syednasranshamilsyeddin1966

    4 жыл бұрын

    Mtd, jgn simpan duit byk byk di rumah. Jgn hilangkan duit mak ayah tu.

  • @syednasranshamilsyeddin1966

    @syednasranshamilsyeddin1966

    4 жыл бұрын

    @@Zaccfear wahai mtd, dah besaq panjang cerdik akal jgn simpan duit byk byk di rumah.

  • @mnslife8160
    @mnslife81604 жыл бұрын

    Allahu, Seseorang yg berjuang dgan segala usahanya di jalan Allah SWT dan mendapat syahid pada pengakhiranya. Betapa mulianya kehidupan seseorang yg begitu sedangkan kita x thu lgi pengakhiran kita mcam mne.

  • @haziqizz4567
    @haziqizz45674 жыл бұрын

    "Dunia tempatku berpenat, akhirat tempat ku berehat"//AHMAD AMMAR

  • @siapanamakamu
    @siapanamakamu3 жыл бұрын

    Al-fatihah (dibaca), syahid dlm menuntut ilmu, syurga buat mu sahabat, Alhamdulillah

  • @radzizainon358
    @radzizainon3584 жыл бұрын

    Pesanan Ahmad Ammar kepada jamaah kami yg kecil ini, umumnya kepada semua: 1. Ikhlas, 2. Kembangkan Syiar Agama Islam selagi terdaya, 3. Belajar al-Quran, 4. Jadikan al-Quran sebagai panduan. EMPAT PERKARA di atas yg MAMPU MENGUBAH KEPERIBADIAN MANUSIA kepada KEPERIBADIAN ISLAM !! 15/8/15, 5am, Perak.

  • @masitahothman2700
    @masitahothman27003 жыл бұрын

    Kerana terinspirasi ,Saya sampi punya 4 buah buku tentang Ahmad Ammar ..semoga Kita semua jua mendapat husnulkhotimah spt Arwah Ahmad Ammar... insyaALLAH..Aamiin🤲

  • @adyeechannel
    @adyeechannel4 жыл бұрын

    amin..semoga beliau di tempatkan bersama sama para nabi dan rasul di sana..alfatihah

  • @mr-hu2wj
    @mr-hu2wj4 жыл бұрын

    kenapa tibe2 hati batu aku ni,terasa sedih dan pilu yer..Allahuakbar,naluri aku merasakan darjat arwah ammar ni sgt2la bsar dan tinggi dimata Allah..sgt beruntung kluarga arwah Ammar sbb ade jminan syurga tuk kdua ibu bapanye..😭😭

  • @sabrisamsofficial
    @sabrisamsofficial3 жыл бұрын

    Mendengar kalimat "Syahid Yang Tertangguh" terus naik bulu roma aku😢

  • @hafizshahrin6735
    @hafizshahrin67354 жыл бұрын

    Selain saudara Ahmad Ammar, sapa² yg free tu...boleh laa baca kisah Siti Hajar Mat Sabir, pelajar UTEM...ibunya ada menulis kisah beliau berjuang menghadapi maut...boleh bagi keinsafan✌ kisah ni tahun 2013 kot...

  • @niezalrosli8862

    @niezalrosli8862

    4 жыл бұрын

    Yg kena kanser tu ye?

  • @noorzahirahzainal1581

    @noorzahirahzainal1581

    4 жыл бұрын

    Ha ada baca , Alhamdulillah dpt kenal arwah kak Siti hajar, secara Tak sengaja dpt baca kisah Dan kenal arwah

  • @noorzahirahzainal1581

    @noorzahirahzainal1581

    4 жыл бұрын

    @@niezalrosli8862 kemalangan jln raya

  • @DePayne

    @DePayne

    4 жыл бұрын

    yg sentiasa husnudzon kpd Allah tu ke?

  • @saidatuldoll8481

    @saidatuldoll8481

    4 жыл бұрын

    Menarik,kena cari dan baca ni! JAZAKALLAHU khaira bro share👍

  • @mohdammar3933
    @mohdammar39334 жыл бұрын

    Semoga arwah ditempatkan golongan orang beriman...

  • @ctfatimaazzahra3756

    @ctfatimaazzahra3756

    4 жыл бұрын

    Allahu akbar! Ttiba muncul diberanda video mulia ini aku mmbacanya ingin tau mndgar ceramah Sheikh itu airmata ku berhamburan kluar alangkah brtuah nya Anak ku wahai Syahid Yg Tertangguh al fatihah 🥰dari nenek melbourne

  • @nabil7322

    @nabil7322

    3 жыл бұрын

    Amin

  • @paranormalpenang7648
    @paranormalpenang76484 жыл бұрын

    Al-Fatihah buat Allahyarham Ammar pehuni syurga semoga Allah SWT meletakkan Amar di kalangan orang yang beriman amin ...

  • @amerzul8956
    @amerzul89563 жыл бұрын

    Ya Allah Ya Tuhanku . Murahkanlah rezeki umat Islam di atas muka bumi ini Ya Allah . Permudahkanlah urusan mereka . Aminn

  • @boyweed9705
    @boyweed97054 жыл бұрын

    Sungguh beruntung amar..pemuda yg luar biase..

  • @laylaconrad3549
    @laylaconrad35494 жыл бұрын

    Bukan di mana kita di kubur kan itu menentu kan kemuliaan dan syurga neraka nya kita.. tapi amal ibadah lah penentunya..

  • @rajakomen7993
    @rajakomen79934 жыл бұрын

    Sungguh dunia ini penuh dengan keletihan dan dukacita bagi org yg berada dijalan Allah...akhirat itu lebih baik dari dunia..berehatlah ahmad ammar.

  • @julieabdrahim8008
    @julieabdrahim80084 жыл бұрын

    Al fatihah buat Ammaar, Tenanglah Ammaar di sana ,doa dari kami semua sentiasa untuk Ammaar.Aamiin Yarabbal Alamiin 🤲

  • @farhanzul359
    @farhanzul3594 жыл бұрын

    Alhamdulillah tq detektif, sya brsyukur kepda Allah swt dn trima ksih kepada channel ini kerana dpat mengingatkan smula seorang anak muda yang menggeparkan seluruh umat islam terdahulu... Untuk pngtahuan pihak admin, sya amat mengamumi arwah trsbut dn sya hrap agar admin dpt trus kupaskn lgi dn mmberi pluang kpda gnrasi anak muda yg cintakan Allah dn umatnya... Kpda pngguna channel bleh la membeli atau ingin mengthui tntng siapakan anak muda ini bleh la ke channel gptd atau search group penjejak tamadun dunia atau skiranya tidak puas lagi bleh membeli buku online iaitu Cerita Cinta Ahmad Ammar, Setelah Ammar Meninggalkan Kita AL FATIHAH BUATMU AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM

  • @nuamus5267
    @nuamus52673 жыл бұрын

    arwah memang mati syahid .. kerana menuntu ilmu .. Allahuakbar .

  • @CikZam90
    @CikZam903 жыл бұрын

    🥺🥺💕💕 masyaallah Subhanallah Allahuakbar ☝️ ALLAHUMMA SHOLLI'ALA MUHAMMAD WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD💕

  • @azzobrienchannel1777
    @azzobrienchannel17774 жыл бұрын

    Ya Allah, terima kasih sbab keluarkan cerita Ahmad Ammar, cdrita beliau merupan inspirasi kepada saya, sejak membaca kisah beliau padah januari 2014, saya tidak pernah lupa pada kisah tentang amal ibadah hingga saat kematian beliau, sangat2 beruntung dan terpilih oleh Allah swt, bagaimanakah kita nanti, adakah kita mampu menjadi sebaik Ahmad Ammar dlm mengejar segalan perintah Allah swt, Ya Allah, Engkau ampunkan lah dosa2 kami, kedua orang tua kami, adik beradik kami, keluarga kami, saudara mara kami, sahabat dan rakan kami, orang2 di sekaliling kami mahupun seluruh umat islam dan manusia yg sentiasa melakukan kebaikan atas namaMu Ya Allah, lindungilah dan jauhilah kami dari segala bencana, musibah dan marabahaya, murahkanlah rezeki kami, berilah kami keshatan yg baik, lanjutkan usia kami eupaya kami dapat lakukan ibadah kejalaMu Ya Allah, sentisa limpahi kehidupan kami dengan rahmat dan hidayah Mu Ya Allah dan berikanlah kami kekuatan hati dalam beribadat ke jalanMu, ameen Ya Rabb...

  • @chemaryani6320

    @chemaryani6320

    2 жыл бұрын

    Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin