8 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu

Фильм және анимация

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
8 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Katak
Bing terjumpa seekor katak di halaman rumah dan dia ingin menyimpannya, jadi dia dan Sula memutuskan untuk buatkan katak itu sebuah rumah baldi yang selesa. Tetapi katak itu tidak begitu suka rumah barunya lalu melompat keluar. Ke manakah katak itu pergi?
06:33 Kereta api
Bing dan Pando sedang bermain dengan kereta api mainan Bing di taman permainan. Kereta api itu pandai melintasi jambatan dan hebat dalam meluncur. Tetapi ketika Bing meluncurkannya dari bumbung rumah mainan, kereta api jatuh terhempas dan pecah. Adakah Bing dapat membaikinya?
13:06 Memberi
Di Kedai Padget, Flop dan Padget sedang membantu Bing untuk memilih hadiah yang paling sesuai untuk harijadi Sula. Bing suka trak tetapi dia tahu yang Sula suka barang-barang berkilau. Padget kemudian mengeluarkan tongkat berputar berkilau, yang memang sesuai sangat dengan Sula! Bing sukakan tongkat itu juga dan dia mahu bermain sendiri sebelum pergi ke rumah Sula untuk menyambut hari jadinya. Adakah Bing akan dapat melihat betapa gembiranya Sula dengan hadiah darinya?
19:39 Silap mata berkilau
Bing pergi bermain dengan Sula yang sedang melakukan ‘silap mata berkilau’. Apabila Bing ingin membuat silap mata berkilaunya sendiri, dia terbersin apabila sedang mencari batu kilauan ajaib di halaman rumah. Apabila dia berjaya menemui batu yang paling cantik dan sesuai, Sula tunjukkan kepada Bing serbuk berkilau ajaib istimewa kepunyaannya. Tetapi apakah yang terjadi apabila Bing terbersin sekali lagi sehingga semua serbuk berkilau Sula terbang ke merata tempat?
26:12 Bersembunyi
Bing sedang membantu Flop di kedai Padget untuk mencari bahan-bahan bagi salad buah-buahan, apabila dia memutuskan untuk bersembunyi dari Flop. Bing bersembunyi di sebalik rak lalu memanggil Flop untuk mencarinya. Flop Boo-kan Bing apabila dia dapat mencarinya, dan mereka kemudian kembali mencari buah pear dan oren yang lazat! Apakah yang akan terjadi apabila Bing bersembunyi pula di bilik stor kedai Padget dan terkurung di dalam?
32:45 Rama-rama
Bing dan rakan-rakannya sedang bermain di tempat Amma hari ini ketika seekor rama-rama cantik masuk ke dalam. Mereka kemudian melukis rama-rama masing- masing dan membantu rama-rama yang sebenar untuk terbang keluar dari tempat mereka. Tetapi apakah yang berlaku apabila Bing tertangkap rama-rama di tangannya sewaktu dia cuba untuk menyelamatkan rama-rama tersebut?
39:18 Memilih
Bing dan Flop berada di Kedai Padget hari ini bagi memilih mainan untuk dibeli. Namun ia menjadi sangat susah apabila terpaksa pilih satu sahaja! Bing berfikir dengan sesungguh hati tetapi masih tidak dapat memilih samada dia mahu kapal laut atau van perkelahan. Apakah yang akan terjadi apabila Bing rasa yang dia telah membuat pilihan yang salah lalu ingin menukarnya?
45:51 Telefon Bimbit
Bing dan Hoppity mahu bermain Salad Bercakap hari ini menggunakan telefon bimbit Flop.
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) onelink.to/bingapps
*****
KZread rasmi Bing Bahasa Melayu - tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan - ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED

Пікірлер

    Келесі