No video

7 TEMPAT MENARIK DI DAERAH KULIM | KEDAH DARUL AMAN | 2021

#TEMPATMENARIK #KULIM #KEDAH #2021
DAERAH KULIM
Bagi pengunjung yang ingin berkunjung ke Kulim, berbagai tempat menarik di Kedah boleh dilawati di daerah ini. Bandar Kulim adalah bandar terbesar. Disini ada segala kemudahan pelancongan yang anda mahu. Untuk penginapan, ada hotel, rumah tumpangan dan juga rumah rehat. Homestay juga tidak menjadi masalah. Bagi pengangkutan, ada bas, teksi dan kereta sewa untuk ke mana-mana. Jika anda suka merasai kelazatan makanan tempatan, bandar Kulim mempunyai banyak restoran yang menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti Nasi Ayam Periuk Besar, Angah Nasi Ayam Hainan, restoran ikan bakar, nasi campur makan tengahari dan lain-lain lagi. Berikut adalah lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi.
1. Taman Burung Kulim
Taman Burung Kulim terletak dipinggir bandar Kulim. Lokasinya tidak jauh dari Menara Jam Merdeka. Taman ini mempunyai lanskap menarik dengan kolam ikan, gazebo dan taman bunga. Sesuai untuk bawa anak-anak ke sini. Berbagai spesis burung dapat dilihat. Pengunjung boleh memberi makan burung, itik dan ikan yang ada di taman ini. Selain itu, pengunjung dapat bermain dengan arnab, kura-kura dan beberapa haiwan lain.
2. Merdeka Clock Tower
Menara Jam Merdeka ini terletak di Bandar Kulim dan menjadi mercu tanda bandar ini. Ia telah dirasmikan pada 15 September 1957 oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Hamid. Kawasan menara jam ini terdapat dataran yang agak luas untuk pengunjung berkumpul memerhatikan menara ini dengan lebih dekat.
3. TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM
Tree Top Walk Sungai Sedim adalah jalan kanopi hutan hujan terpanjang di dunia dengan panjang 925 meter dan ketinggian 26 meter di atas lantai hutan pada titik tertinggi.Tree Top Walk ialah tempat menarik yang cukup terkenal bukan sahaja di Kedah malah negeri berhampiran seperti Penang dan Perak. Jika anda peminat alam semulajadi, datang diawal pagi untuk melihat pelbagai jenis haiwan, burung-burung dan mergas lain dari atas laluan Canopy. Tapak perkhemahan dan chalet penginapan juga terdapat disini untuk anda bermalam.
4. HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM
Hutan Lipur Sungai Sedim terletak di lokasi yang sama dengan Tree Top Walk. Tempat pelancongan di kedah yang terkenal dengan aktiviti lasak sehingga ke peringkat antarabangsa ini cukup menarik. Ada berbagai aktiviti air yang disediakan disini seperti whitewater rafting, tubing, dan lain-lain. Jeram yang dalam dengan air yang bergerak laju melalui celah-celah batu besar pasti mengujakan anda.
5. HUTAN LIPUR ULU PAIP
Hutan Lipur Ulu Paip ialah kawasan air terjun yang terletak dalam Hutan simpan Gunung Bungsu. Ia merupakan lokasi perkelahan popular dan sering dipenuhi orang-ramai terutama di musim cuti persekolan dan cuti umum. Kawasannya yang redup dikelilingi hutan semulajadi cukup menenangkan. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah berkelah, mandi-manda, jungle trekking dan perkhemahan.
6. TAMAN TASIK PUTRA KULIM
Taman Tasik Putra Kulim ialah taman rekreasi popular yang terletak di bandar Kulim. Aktiviti menarik disini ialah memancing, berkelah, berkayak dan beriadah. Kemudahan yang ada termasuk medan selera, wakaf, tandas awam, tempat meletak kereta dan pelbagai peralatan sukan 'outdoor gym' dan 'physical fitness'.
7. AIR TERJUN JUNJONG
Satu lagi tempat menarik alam semulajadi yang terkenal di Kulim ialah Air terjun Junjong. Ia merupakan kawasan perkelahan penduduk setempat. Air terjun Junjong tidaklah menarik namun airnya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak mandi. Kemudahan tempat meletak kereta dan gerai makanan turut disediakan untuk pengunjung.

Пікірлер: 11

  • @faizkidd4095
    @faizkidd40952 жыл бұрын

    TQ for sharing. alhamdulillah

  • @ruzaagrotechtv
    @ruzaagrotechtv2 жыл бұрын

    Terbaik

  • @ZARACUTEGAMING2324
    @ZARACUTEGAMING23247 ай бұрын

    Bang semua tempat tu saya pernah pergi

  • @stewena7443
    @stewena74432 жыл бұрын

    Aku tingal dekat sana

  • @FarhanJalilChannel
    @FarhanJalilChannel2 жыл бұрын

    Mantappp baq hangggg...

  • @zulkiflyhjali5142
    @zulkiflyhjali51422 жыл бұрын

    Awesome 😍 hajat sangat nak pi Sedim...😃 Covix pulak....🤗emmmmm😄😄😄😄😄😄😄

  • @nfbknowledgetv4060

    @nfbknowledgetv4060

    2 жыл бұрын

    Lepas kovid boleh p...:-)

  • @hashimamin1001
    @hashimamin1001 Жыл бұрын

    Sedim tu best kalau cuti mesti pi

  • @qaijingga3952
    @qaijingga3952 Жыл бұрын

    biar betik tiket dewasa rm1 je

  • @DnA-xk6eh
    @DnA-xk6eh2 жыл бұрын

    Dekat tasik putra kulim boleh memancing ka,ikan boleh bawak balik x?

  • @roslihashim2766

    @roslihashim2766

    Жыл бұрын

    Boleh