6 PERKARA YANG PERLU ANDA TITIK BERATKAN SEBELUM MEMILIH HANDLE

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

6 PERKARA YANG PERLU ANDA TITIK BERATKAN SEBELUM MEMILIH HANDLE UNTUK KABINET DAPUR
Handle atau pemegang merupakan sentuhan terakhir pada kabinet dapur, sama ada dalam bentuk klasik, kontemporari atau moden. Handle datang dalam pelbagai jenis material dan kemasan. Tetapi, macam mana kita hendak tahu handle yang mana sesuai untuk kabinet dapur kita?
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew nak kongsikan 6 petua memilih handle untuk kabinet dapur. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
Pertama, kualiti dan fungsi
Dalam pemilihan handle ianya penting untuk anda memastikan ianya berkualiti dan berfungsi dengan baik. Anda perlu fikir kekerapan anda membuka dan menutup pintu kabinet atau laci dapur anda. Anda juga mesti mahukan handle yang selesa digunakan dan stylish, betul tak?
Jadi, digalakkan untuk anda mencuba dahulu handle yang anda ingin beli. Pegang handle pada pintu kabinet anda dan periksa sama ada ianya mudah digenggam. Anda juga perlu pastikan handle anda mempunyai cengkaman yang betul untuk mereka yang menggunakan dapur anda. Sebagai contoh, untuk mereka yang mempunyai tangan yang lebih besar atau orang tua yang mungkin mengalami arthritis di jari mereka.
Akhir sekali, anda boleh bertanya kepada penjual dari mana handle tersebut dibuat dan warranty yang mereka tawarkan.
Kedua, gaya
Fikirkan gaya dan konsep keseluruhan yang anda inginkan untuk dapur anda. Handle yang anda pilih memberi pengaruh yang besar pada keseluruahan dapur anda. Sebagai contoh, kontemporari, klasik, moden klasik dan moden.
Ketiga, kemasan
Sebaik sahaja anda telah memilih gaya handle yang anda inginkan, menentukan kemasan akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, handle jenis klasik boleh didapati dalam pelbagai jenis kemasan.
Anda juga perlu pertimbangkan elemen ciri reka bentuk dapur anda apabila memilih kemasan handle anda. Antara kemasan yang anda boleh dapati adalah aluminium, chrome, gangsa, tembaga, plastik dan banyak lagi.
Keempat, saiz
Sesetengah handle boleh didapati dalam panjang yang berbeza. Saiz handle sangat penting, kerana anda tidak mahu handle yang pendek untuk laci atau kabinet yang besar. Uncle Andrew cadangkan supaya anda mendapatkan khidmat nasihat daripada kitchen designer untuk mencadangkan saiz handle yang sesuai berdasarkan saiz kabinet dapur anda.
Kelima, kedudukan
Secara umumnya handle dipasang secara mendatar pada laci dan menegak pada pintu.
Jika anda inginkan konsep kontemporari anda boleh mempertimbangkan untuk memasang handle secara mendatar pada pintu. Tetapi Uncle Andrew nasihatkan supaya cuba gunakan terlebih dahulu kerana anda mungkin tidak selesa membuka pintu kabinet anda seperti kedudukan menegak.
Selain itu, pastikan handle anda diletakkan pada kedudukan yang tidak berlanggar antara satu sama lain apabila anda membuka kabinet anda.
Jika anda tidak mahu handle yang terlalu banyak pada kabinet dapur anda. Maka, anda boleh memasang handle pada kabinet bawah sahaja dan menggunakan handle- handleless pada bahagian kabinet atas.
Yang terakhir, bajet
Kenapa letakkan bajet yang terakhir? Terdapat 5 sebab mengapa dan anda baru sahaja mendengarnya. Sebelum anda boleh menetapkan bajet anda, anda perlu tahu apa yang anda inginkan. Ianya lebih baik bayar lebih dan dapatkan apa yang anda betul-betul perlukan daripada menyesal di kemudian hari.
Apakah handle yang akan anda pilih, atau yang telah anda pilih untuk kabinet dapur idaman anda dan kenapa anda memilihnya? Kongsikan dengan Uncle Andrew pada ruangan komen dibawah.

Пікірлер: 4

  • @ikanemas7743
    @ikanemas77432 жыл бұрын

    Terima kasih uncle berkarya demi malaysia tercinta..tq uncle atas info yang bermanfaat

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²

  • @pakcuramadhan
    @pakcuramadhan2 жыл бұрын

    Ty uncle.. terbaik

  • @mudismail
    @mudismail2 жыл бұрын

    👍

Келесі