10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu

Фильм және анимация

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Pengembara Alam
Bing dan rakan-rakannya menjadi pengembara alam hari ini! Mereka pusingkan roda Pelangi dan apabila roda tersebut berhenti pada suatu warna, mereka perlu cari benda di halaman rumah yang mempunyai warna yang sama dengan warna di roda. Tetapi apakah yang akan terjadi apabila warna yang Bing perlu cari tersembunyi di sebalik semak besar yang berduri?
06:23 Kotak makanan
Bing, Pando dan Sula sedang bermain permainan ‘sama sepadan’ di tempat jagaan Amma. Apabila tiba waktu makan tengahari, Bing tunjukkan kepada Pando dan Sula bekas makan tengahari Hoppity Voosh-nya yang baru! Tetapi Pando juga ada yang serupa- SEPADAN! Mula-mula memang rasa seronok apabila sama, tetapi kemudian, Bing dan Pando tertukar bekas dan dapat makanan yang salah.
12:46 Atchoo!
Bing sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah Sula tetapi dia tiba-tiba bersin tanpa berhenti dan badannya berasa panas jadi terpaksalah dia tinggal di rumah dan simpan hidung beringusnya untuk dirinya sendiri. Dia berharap dia masih boleh bermain di rumah Sula dan makan bagel karot Amma yang sedap sehinggalah tiba-tiba datang pelawat yang tak disangkakannya...
19:09 Membesar
Coco dan Bing sedang mengukur tinggi mereka dengan melukis garisan ketinggian bersama Flop. Coco ingin mengukur Bing sekali lagi apabila Bing tak dapat ambil kapal terbang kertasnya dari rak. Bing dan Coco dapati yang garis tinggi Bing jauh lebih rendah daripada sebelumnya! Adakah Bing mengecil?
25:32 Kolam Randuk
Bing, Sula dan Flop hendak pergi ke kolam renang untuk berkelah dan mereka ada semua benda yang mereka perlukan. Bing ada gogalnya, Sula ada bola pantai dan Flop pula ada barang-barang berkelah. Tetapi, apabila mereka sampai di sana, kolam renang tiada air pula di dalamnya! Sula rasa tidak seronok tetapi mereka kemudiannya sedar yang mereka boleh buat banyak benda lain yang selalunya mereka tak dapat buat ketika kolam tersebut ada air!, Malah meraka turut dapat berkelah di dalam kolam!
31:55 Sorok- Sorok
Bing sedang bermain sorok-sorok di tempat jagaan bersama Sula, Pando dan Coco. Semua kanak-kanak berhenti bermain untuk menaiki kereta api tandas, tetapi Bing memutuskan untuk menahannya, dengan harapan dapat memenangi permainan tersebut. Permainan dimulakan semula dan semua bersembunyi tetapi adakah Bing dapat menahan dari membuang air atau dia akan menghentikan permainan untuk kereta api tandas…
38:18 Ini saya punya
Bing dan Pando sedang dalam perjalanan pulang dari pantai. Tetapi Panda perlu ambil Bullabaloo dari rumah Bing sebelum dia masuk tidur.
44:41 Sesuatu Buat Sula
Bing sedang buatkan Sula sekeping kad dengan barang-barang kesukaan Sula setelah dia terima kad daripada Sula melalui pos.
51:04 Bermalam
Bing dan Coco bermalam bersama harini! Mereka dah gosok gigi, pakai baju tidur tetapi apakah yang mereka perlukan seterusnya?
57:27 Buaian
Bing berasa gembira apabila Flop mengayunkan buaiannya di taman, tetapi apabila Pando tiba, dia meminta giliran untuk bermain juga.
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) onelink.to/bingapps
*****
KZread rasmi Bing Bahasa Melayu - tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan - ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED

Пікірлер